Pageviews

29 November 2011

Bila Ombak Rindu Melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bersiaran, Ombak Rindu mula melanda.  Rindu kepada blog dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog.  Walau tidak bersua secara nyata namun perjumpaan di alam maya juga sungguh menarik.

Hampir seminggu lalu Yangbaik tidak bersiaran kerana menguruskan hal keluarga.  Bukan tiada peluang tetapi tiada semangat untuk berbloging.  Namun Ombak Rindu yang melanda telah memberi kekuatan kepada Yangbaik untuk melakarkan sesuatu di kanvas blog ini.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa duka di atas pemergian ibu mertua pada pagi tanggal 23/11/2011.  Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Yang pergi telahpun pergi seperti yang telah dijanjikan olehNya.  Kita yang masih hidup teruskan perjuangan dan bakti kepada negara dan agama. 

Sekian dulu...

21 November 2011

Hidup bagaikan tawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tiada katayang mampu diungkapkan, hanya catatan ini pengganti diri....


"Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala".  (al-Hasan al-Bashri)



.

20 November 2011

Ada apa dengan 20112011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan 20 November 2011?  Yang pastinya ia adalah bersamaan dengan 20112011 iaitu 20 hb 11 tahun 2011.  Sungguh tiada yang istimewanya dengan tarikh ini... sehingga catatan ini ditulis.

Yang pastinya juga catatan ini ditulis kerana nombor 20112011 itu sendiri memang unik dan hanya berlaku sekali seumur hidup.

Pada masa yang sama kalau nak diceritakan aktiviti pada 20112011 adalah pada hari ini, sekali lagi Yangbaik berkampung di HAT Lumut.  Bukan dengan semua ahli keluarga tetapi dengan suami dan Alif. 

Kesihan juga kepada Irdina Huda dan Inas Insyirah kerana terpaksa ditinggalkan dirumah bawah jagaan 'ain'.  Apa pun kehidupan mesti diteruskan.  Ada sesetengah perkara kita terpaksa lepaskan salah satu untuk mendapatkan yang lagi satu, kalau tidak ia akan jadi seperti kata-kata orang lama "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". 

Apapun yang ditulis pada hari ini atau apa juga peristiwa pada hari ini tetap menjadi ingatan dan catatan kisah perjalanan hidup secara peribadi.

sekian

catatan dari HAT Lumut.

>_<
.