Pageviews

06 Ogos 2011

Jemu doh baca kisah putus tunang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sejak akhir-akhir ni sering keluar cerita pasal selebriti negara terputus tunang.  Heh?...ha.... macam layang-layang terputus tali la pulak... merata-rat cerita pasal putus tunang, tak habis-habis. 

Teringat pesan orang tua-tua... dan tak lama lagi kita juga kan jadi tua, tapi... belum tua lagi dah nak bagi pesan kat orang lain... tak boleh ker?... Apa-apa pun untuk ingatan diri sendiri dan anak pinak agar peristiwa yang sama tidak berlaku kepada mereka.

Kalau dulu-dulu, bila bertunang tu orang buat senyap-senyap dan dikalangan ahli keluarga jer.  Dan semasa bertunang hanya wakil keluarga lelaki jer yang datang ke rumah keluarga perempuan.  Dan jangan haraplah dapat jumpa di jejaka tampan ... sangat lah tu..

Nak tulis panjang lebar kat sini nanti ada pihak yang terasa pulak, kesian kat pengusaha butik pakaian pengantin...

Penutup cerita.. Selamat berpuasa, kurangkan kontroversi tingkatkan amalan!

Hilangkan kejadian semalam

Assalamualaikum dan selamat sejahtea,



Semalam Jumaat 5 Ogos 2011.  Dah tertulis tarikh tu kat blog ni.  So, untuk hilangkan tarikh tu... dengan gigihnya mengupdate story untuk hari ini pulak. 

Kadang-kadang ada juga terfikir perlu ke letakkan tarikh untuk entry kita ha?.  Kalau rajin update dan kemaskini cerita tak apalah, dibuatnya dah buat tarikh baikkkkk punya tetiba esok ... dah kering idea, sedangkan tarikh tu masih tercatat kat tajuk ... apa  lagi yang tak kena nih...

Hari ni, memang bosan sungguh sebabnya... pagi2 lagi dah terpaksa menghirup udara segar bercampur baru plastik terbakar... ini angkara jiran-jiran yang tak perihatin dengan alam.... Kenapa lah mesti dibakar sampah plastik tu?   Lori sampah dah masuk ikut jadual cantikkk punya, bungkus ajelah sampah tu... masuk tong sampah... tak lah susah nak bakar segala bagai lagi... rosak pagi Sabtu nih...

05 Ogos 2011

5 Ogos 2011 | Ada lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Semua orang termasuk pemilik blog ini terkadang keliru dengan status diri sendiri... Why?.. Coz, semenjak dua menjak... sejak bulan Ramadan la.. nak update cerita terbaru sesaja sedangkan kerja dok bertimbun... tak suka betul nak guna aya skema nih... macam di dunia tiada orang lain yang sibuk...

Petang ni ada lagi...ada apa... mesyorat la....

Malam karang kot ada masa baru boleh update cerita, tu pun nak kena pastikan draf minit mesyuarat petang ni dah siap.. kalau tidak tunggu esok... tapi kalau buat kerja bertangguh kan tak elok... nanti siapa yang susah... ????

Jumpa lagi...

Recycle gambar lama ketika bersantai selepas lunch di Residence Hotel at Uniten... ceritanya dah ada dalam blog ni juga... apa khabar semua? Ada sesiapa kenal yang kenal aye tak kat sini?
Hai Kak Tini!!!!


*-*
.

Apa yang akan terjadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kematian telah berada di leherku, kuburan adalah rumahku, pada hari kiamat kelak aku akan berdiri dihadapan Allah, shirath (jembatan di atas neraka jahannam) akan menjadi jalan yang harus kulewati. Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang akan terjadi padaku kelak.
(Atha' as-Sulami)

Say NO to make-up! #BareYourSkinDay for just 24 hours.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pernah guna SK-II?... Tak pernah dan ada rasa juga nak cuba, cuma tak berapa pasti dengan status kebolehgunaannya (ayat baru ker ayat skema?).  Ye lah kan harga bukan sepuluh dua... ratus2 tu...

Target Pageview Bulan Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pageviews bulan Julai 2011 4,892

Hajat hati nak sasarkan pageviews untuk bulan Ogos 2011 sebanyak 5,500 

Kenapa 5,500?
Sebab ini blog aye dan itu sasaran awal.  Kalau tercapai dah cukup bagus tapi kalu lebih lagi sangatlah bagusnyer... kalau tak tercapai?... Tak per tunggu sasaran bulan September 2011 pulak... amacam boleh? 

Hidup Luar Biasa.

04 Ogos 2011

Sembang dan berlawak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ingin bercerita panjang dengan buddy anda tentang tentang date romantik semalam? Baru sahaja habis lepak sejam lalu tapi masih ingin berbual panjang? Jom langgani DiGi® Easy Prepaid Super Buddyz untuk meringankan bebanan kredit!

Dengan DiGi® Easy Prepaid Super Buddyz, anda boleh nikmati panggilan dan SMS percuma kepada 3 Buddyz™ anda 24 jam setiap hari! Anda hanya perlu dail*128*1*3# untuk langgani, hanya 99 sen/hari sahaja!
Jika anda masih bukan pelanggan pelan DiGi Easy Prepaid, belilah pek SIM untuk RM 16.80 sahaja! DiGi menyenangkan anda bersembang dan berlawak dengan Buddyz™ anda dengan begitu senang!

Kalau sayang buat apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalau sayang... buat apa?  Lain macam jer bunyinyer...Soalan yang sebenarnya macam ni...

"kalau sayang ummi alif kena buat apa?"... haa... baru betul

"kalau sayang ummi, kena dengar cakap ummi, kalau ummi panggil cepat datang, kalau pergi surau jangan buat bising, jangan bergaduh dengan adik, kena puasa...setengah hari boleh?"

"kenapa setengah hari jer?"

"sebab kat tadika tadi ada sukan... letih sangat"

..... tiada jawapan.... "tanya ayah lah"
*-*



*

Golden Churn punya cerita pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

kredit picture to DTS
(DTS ambil di mana tu memang tak tau, tapi yang aye tau gambar ni ambik kat DTS... )


Akhirnya terjawab sudah alkisah tentang status halal dan haram mentega Golden Churn.  dan memang sahlah mentega Golden Churn itu haram untuk orang Islam kerana mengandungi DNA 'kerbau pendek'. 

Nasib baik dan seingat aye lah... memang tak pernah guna, tapi jumpa tu pernah la kot ... kat TESCO ke kat GIANT... tak pasti pulak....

Mentega ni (Golden Churn) memang tak pernah guna, sebab bila buat kek atau kueh, biasanya kita orang (aye dan mak aye dan adik2 aye) guna marjerin Planta tak pun marjerin Daisy sesekali ada la marjerin keluaran Felcra, apa ke namanya dah tak ingat pulak... Dah dekat nak raya ni... ehhh dekat eh... belum seminggu puasa lah...

Well, semoga kita semua terpelihara dari segala ancaman musuh yang nampak dan tak nampak...

Selamat berpuasa!

Dah tanya | Jawablah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Dah tanya aye jawab

cari apa lagi

cari alasan untuk cuti

Nak cuti rehat ke cuti sakit atau cuti kecemasan

cari jari yang runcing atau cari sebab dan kisah berkaitan jejari

cari mopol purifying fluid atau cari kicap kipas udang

cari kenangan indah untuk kuatkan semangat atau pulih semangat yang hilang

cari tempat berbuka puasa atau cari bazar ramadan

cari butik baju raya atau cari tukang jahit baju

cari songkok atau cari sampin

cari kueh tradisional atau nak tempah kueh

Carilah apa-apa, jawapan tu semua ada di sini

Tapi yang pasti dan satu-satunya yang pasti adalah...

semua jawapan itu tergantung ....

kan?

*-*