Pageviews

17 Februari 2011

Kasihani anak-anak itu

Selamat sejahtera 1Malaysia,

Sejahterakah Malaysia hari ini?  Mungkin kerana sejahtera atau sebaliknya, maka lelaki ini yang .... sampai hati... lihatlah... nak tulis taip apa lagi?... hanya gambar itu mampu mengukir apa yang tersirat...

sumber gambar dan berita:  Harian Metro (14 Februari 2011)

sudah gelapkah hati
sudah kaburkah mata
sudah hancurkah agama
mengapa dihancurkan pemikiran anak itu?...
sedih.... sayu... pilu....

.

16 Februari 2011

Perodua Kenari Kereta Kompak untuk keluarga Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Malaysia,

Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua yang mula dikeluarkan pada tahun 2000. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tempat duduk. Kenari mempunyai enjin 989cc, 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900.

Pada tahun 2004, telah dibuat beberapa penambahbaikan seperti pilihan warna dan variasi lampu.  Pengeluarannya telah diberhentikan sekitar tahun 2009.

sumber gambar:  mr google (telah disunting semula atas sebab nak dapatkan aura merah kenari... )

15 Februari 2011

Mereka berdua-duaan di KLIA pada hari Maulidur Rasul 1432

Selamat Sejahtera buat semua,

Gambar atas:  Alif dan Diena di KLIA pada tahun 2010 kerana hantar "kakak" balik beraya di Indon. Cerita di sebaliknya... sedih untuk dikenang, pahit untuk diceritakan... yang pasti inilah kali pertama mereka berdua (adik beradik) menjejakkan kaki ke KL dan pastinya KLIA juga... dan tak lupa juga ummi dan ayah juga baru kali pertama...

Dan... kali ini mereka berdua pergi lagi ke KLIA... kali ini alif dan ayah saja kerana hantar kakak; Kak Long Izatul ke New Zealand untuk belajar...course apa tak ingat la pulak...

Janjinya flight jam 6.30 petang.... rupa2nya hampir jam 9.00 malam baru berlepas... itulah perkhabaran yang diperolehi sebentar tadi...tak taulah jam berapa pulak nak sampai rumah (Perak).  Dah lah keluar tadi jam 8.00 pagi... 9.30 malam baru keluar dari KLIA... banyak pulak hentian nanti... berapa jam ha?

Selamat belajar kepada Firas Izatul Abdul Wahab.

Andai ada gambar2 yang sempat ayah 'tangkap' kat KLIA nanti buleh upload kat sini.

Hari ini cuti umum kerana Maulidur Rasul...

Sekian...

Saya Mahu Strawberry White Coffee Genting Highlands dari Eyriqazzz.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Strawberry White Coffee Genting Highlands dari Eyriqazzz.com.  katanya kopi tu sedap, tetapi mengapa 8.5/10 jer... paling kurang 9.9/10 ker... eh hehehe pandai-pandai pulak nak buat jugjement lain...

Sebenarnya ini adalah penyertaan untuk small give away.  Memang teringin sangat2 nak rasa kopi tu... tak pernah jumpa lagi kat area sini...pergi Genting pun belum lagik... (malu....)

Okeh... nak cepat nih..... kopi yang eyriqazzz nak bagi tu cuma ada 7 paket jer... so sesapa 7 orang yang tercepat dapatlah....

sekian...

***UPDATED***

masuk dalam senarai ...7 terpantas.... tq

Rancangan Menarik Sempena Maulidur Rasul di TV3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dengan gigihnya mengemaskini catatan terkini di blog yangbaik sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masehi.




Berikut adalah senarai program Istimewa Maulidur Rasul– Menghidupkan Sunnah Rasulullah di TV3 pada 14, 15 & 18 Februari 2011:


 
  • HIJAB DI KALBU- Isnin, 14 Februari 2011, 10.00 malam
Mengisahkan pasangan suami isteri, Iskandar seorang pengusaha rangkaian restoran makanan Thai dan Azizah pula mempunyai perniagaan aksesori wanitanya sendiri.Kedua-dua pasangan ini sangat taksub dengan kuasa mistik seperti tangkal, pelaris perniagaan dan pendinding. Salah satu daripada pelanggan tetap mereka adalah sebuah agensi pelancongan umrah dan ziarah. Pemilik agensi tersebut, Haji Abdullah, menawarkan agar keluarga ini mengikuti umrah dan ziarah selama 10 hari.Berbekalkan rasa terharu dan terhutang budi, Iskandar dan Azizah akhirnya bersetuju untuk menunaikan umrah, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan semenjak mereka memulakan perniagaan restoran tersebut 7 tahun lalu.

 
Pelakon: Sharifah Shahrizah (Eja), Arash Mohamad, Zain Saidin, Mubarak Majid, Sabrina Ali dan Wan Maimunah

 

 
  • MALAYSIA HARI INI (MHI)- Selasa, 15 Februari 2011, 6.30 pagi
Topik: Keperibadian Rasulullah S.A.WMulakan pagi anda bersama Wardina, Ally, Nurul, Abby ditemani Fedtri menerusi Malaysia Hari Ini (MHI) yang akan bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan akan membawakan pelbagai topik bicara menarik bersempena Maulidur Rasul.

 

 
  • AL KULIYYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL - Selasa, 15 Februari 2011, 10.00 pagi
Topik: Pengorbanan AbadiCinta Rasulullah S.A.W terhadap umatnya melebihi kasih sayang baginda kepada keluarga sendiri.Baginda berdakwah demi umatnya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dari musuh Islam menganggu malah sehingga ada ketikanya baginda tercedera.

 
Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi MustaffaPanel Jemputan: Dr Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC ) dan Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim (Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan).

 

  • JEJAK RASUL: MUHAMMAD S.A.W UTUSAN TERAKHIR - Selasa, 15 Februari 2011, 11.00 pagi
Mengambil inspirasi sempena dengan hari kelahiran Baginda, episod khas Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir pastinya akan membuka minda dan menambah ilmu di dada dengan himpunan pelbagai kisah yang dipetik dari Al-Quran dan Sunnah, serta diperkukuhkan dengan fakta dan hasik kajian saintifik mengenai nabi terakhir, Muhammad S.A.W

 
Pengacara: Haji Zainal Ariffin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman

 

 
  • WANITA HARI INI (WHI) - Selasa, 15 Februari 2011, 12.00 tengahari
Topik: Mencontohi Keluarga Rasulullah S.A.W

 
Teruskan bersama TV3 menerusi Wanita Hari Ini (WHI), rancangan bual bicara popular khas untuk kaum Hawa yang akan bersiaran langsung dari Kompleks Balai Islam, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Luangkan masa untuk menghayati bersama kisah dan perbincangan menarik mengenai kisah kehidupan keluarga Baginda Rasullah S.A.W

 
Pengacara: Azizah Ariffin dan Hazrena Mohd KassimPanel Jemputan: Ustazah Syarifah Hayati dan Wakil Pakar Agama dari Universiti Sains Kelantan

 

 
  • KONSERT SINAR MAULIDUR RASUL - Selasa, 15 Februari 2011, 3.00 petang
Hari penuh bermakna ini akan terus diceriakan dengan persembahan hebat barisan penghibur tersohor tanah air seperti kumpulan nasyid Rabbani, biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan turut diserikan dengan penampilan Aishah dan Jamal Abdillah membawakan irama nasyid, zanji dan dendangan lagu-lagu bahasa Arab sempena meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang telah berlangsung di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada tahun lepas (2010).Artis: Rabbani, Sharifah Aini, Aishah dan Jamal Abdillah

 

 
  • YANG TERPUJI - Selasa, 15 Februari 2011, 10.00 malam
Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal.Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buah-buahan, menyakat orang tua dan kanak-kanak dan sebagainya.Dia sering melakukan kegiatan tersebut dengan kawan baiknya, Amir. Ibunya, Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkannya malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika.

 
Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Zaidyansjah, Bob Lokman, Rashid Jaafar dan Taha Wahid

 
  • CEREKA PILIHAN: KAU YANG SATU - Jumaat, 18 Februari 2011, 1.00 petang

Adam, seorang mualaf yang masih lagi mencari agama dan mencari Allah Yang Satu.Adam yang juga merupakan seorang arkitek telah pergi ke sebuah kampung untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina chalet dan telah menyewa sebuah rumah kepunyaan Pak Asan.Pak Asan seorang yang pandai dalam agama tetapi mengamalkan khurafat seperti menurun nombor.Pak Asan juga suka bercakap besar dan sering memburukkan orang kampung.Semua perkara yang dilakukan oleh orang kampung menjadi salah pada pandangannya.

 

Pelakon: Ako Mustapha, Abu Bakar Omar, Razali Buyung, Irma Hasmi, Norlia Ramly, Maimun Mutalib, Zain Saidin dan Roslan Salleh

 

 

  •  AL-KULIYYAH ISTIMEWA MAULIDUR RASUL -Jumaat, 18 Februari 2011, 5.00 petang

Topik: Bencana LisanMembicarakan kepentingan umat Islam berhati-hati dalam berbicara.Lidah manusia perlu bercakap (lisan) perkara-perkara yang baik.Elakkan bercakap (lisan) perkara yang buruk seperti fitnah, mencaci, menghina yang boleh membawa kepada bencana perpecahan.

 
Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi MustaffaPanel Jemputan: YBhg. Sahibus Samahah, Mufti Kelantan, Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim, Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan.

 

14 Februari 2011

Mari Mengenali Baginda Rasulullah S.A.W | Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mari Mengenali Baginda Rasulullah S.A.W, bersempena dengan Maulidur Rasul (15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432)
BIODATA RINGKAS BAGINDA RASULULLAH SAW

PENDAHULUAN

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTALLIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

~~~~~~~~~~~~~~
Sumber:  email

12 Februari 2011

Di mana letaknya Setia

Selamat Sejahtera buat 1Malaysia,


Dengan gigihnya dipersembahkan lirik lagu "Setia" untuk dihayati dan diamati bersama... tak kisahlah lagu propaganda ke apa ker... yang penting ia mengingatkan kita untuk setia kepada negara kita yang tercinta ini, itulah Malaysia.


Demi negara yang tercinta

Dicurahkan bakti penuh setia

Demi raja yang disanjung tinggi

Kesetiaan tak berbelah bagi



Kepada pemimpin kepada rakyat

Khidmat diberi penuh taat

Sama bekerja sama berusaha

Setia berkhidmat untuk semua



Rela berkorban apa saja

Amanah bangsa tetap dijaga

Kami berikrar penuh setia

Untuk agama bangsa dan negara

11 Februari 2011

Baik bicara itu yang bagaimana?

Assalamualaikum dan selamat 1Malaysia,

Selamat pulang warga Malaysia (Pelajar atau pekerja) dari Mesir (Kaherah).  Setelah menjejakkan kaki di tanah Malaysia ini tentu lepas segala rasa gundah gulana yang berkecamuk dalam dada.  Semoga anda semua sihat dan selamat.


Kembali kepada tajuk... baik bicara itu bagaimana ya?

Aye dan anda semua tentu bersetuju baik bicara itu adalah bercakap dengan sopan dan tidak menyakitkan hati orang selain dengan nada suara yang sedap didengar. 

~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.(Ibnu Mubarak)

~~~~~~~~~~~~~~~

10 Februari 2011

Berapa anda dapat

Selamat sejahtera buat 1Malaysia,


Berapa anda dapat dengan nuffnang, boleh dapat ke RM100 sebulan?   Belum tentu kan?
Memang kalau diikutkan perasaan... tapi kenapa pulak nak ikut perasaan... tunjuk perasaan pun tak perlu.  Kerana tujuan kita buat blog adakah semata-mata kerana nuffnang... jangan buat kerja gilerrrr.... Biarpun ada blogger boleh dapat hingga ribuan ringgit sebulan... itu rezeki dia dan memang itu mata pencarian dia kot...




Bagi kita blogger yang tak berapa nak hidup lagi nih... berblogging seperti biasa jer... walaupun ada masa dan ketika terasa macam jelak kan... bila log in kat nuffnang... tengok tengok macam tak der perubahan dan tak ada peningkatan pun ... apa yang penting sekarang adalah kita bila berblogging biarlah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada orang yang membaca...

layan jer...

09 Februari 2011

Sakura Chinese Tea Set dari al kesah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Sakura Chinese Tea Set - Hadiah Kedua (tidak termasuk cookies kat belakang tu ... ).  Boleh juga dikatakan sebagai rezeki baby baru (Inas Insyirah)


Alhamdulillah!  Rezeki bulan Februari 2011 juga...dapat hadiah kedua bagi GA sulong sempena perayaan CNY oleh blogger al kesah.  Al kisahnya penyertaan berkenaan tidaklah dibuat di sini tetapi di blog yang suka suka.


Terima kasih kepada aida (penganjur) yang telah menganjurkan GA ini dan juga kepada chempaqa lavender cottage kerana aye dapat tahu GA ni dari beliau  Mungkinkah ini satu permulaan untuk membuat hobi baru....pengumpul pinggan mangkuk antik...


Kemenangan ini turut dikongsi bersama dengan 4 lagi peserta lain yang bernasib baik.  Peserta bertuah berkenaan adalah:
dan...


Meminjam kata kata penganjurnya "Tuah ayam nampak dikaki..tuah kita tak siapa yang menduga kan"

Sekian....