Pageviews

31 Januari 2011

Terkini: Harga Minyak Ron 97 naik 10 sen mulai 1 Februari 2011

Selamat sejahtera,

Harga minyak Ron 97 naik lagi, dari RM2.40 kepada RM2.50.  Kenaikan sebanyak 10 sen yang dikatakan kali ke empat dijangka akan berkuatkuasa mulai 12.01 malam ini.... pasti ker.

artikel ini aye dapat dari blog aku dan sesuatu...

mungkinkah kenaikan berkenaan akan disusuli pulak dengan ROn 95.... oh tidak... jangan lagik...

sekian.

Wujudkan blog untuk kutuk blogger jutawan | Alkisah sebuah pencarian bersama Nuffnang

Selamat sejahtera 1Malaysia,

Wujudkah blog khusus untuk mengutuk blogger lain?  Suatu pertanyaan yang agak keras bunyi nye, tetapi itulah hakikat yang harus diterima.  Adakah blog sedemikian wujud di Malaysia atau mana-mana negara di dunia yang  khusus untuk kutuk-kutuk orang. (Jawablah sendiri)

Aye bukanlah pakar motivasi atau pakar kaunseling.  Pi kursus kaunseling pun baru peringkat asas jer.  Memang nye yer  motivasi atau kaunseling tiada kaitan dengan tajuk catatan nih, tetapi pasti ada kaitan dengan apa yang aye nak catatkan, supaya nanti tiada lah sesiapa yang  membacanya terperasan pulak yang aye nih pakar itu ini.... oh tidak...

gambar dari nuffnang.com.my untuk yangbaik.blogspot.com - sebuah pencarian pada 31.1.2011 sehingga jam 11.00 pagi.
Gambar di atas (untuk lebih jelas klik pada gambar berkenaan maka akan membesarlah gambar itu) menceritakan apa yang aye perkatakan di peranggan atas.  Bacalah apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat. 

Sebenarnya tadi, sejurus sebelum buat entry ni aye ada terbaca kat facebook.  Tak tau pulak tak pasal2 rupanya memang ada orang cari blog yang kutuk Redmummy.com.  Bukan aye nak jadi peguambela RM lagipulak aye bukan kojer ngan RM, memang tak dapat dan tak pernah dapat sesen pun dari RM (kot2 lepas ni ... itu lain citer lah).  Cuma macam tak sangka kan... tiba2 ada orang cari benda2 tak baik tu kat blog nih... kontra kan dengan nama blog nih... helloooo.... nama blog neh yangbaik tau... bukan yang tak baik... isk3.  Tapi tak per, at least kita tau juga asam garam dan rencah hidup manusia yang berbagai-bagai.

Then, lagi satu nak cerita tentang sebuah pencarian yang panjang mengenai Fasha Sandha... ada jugak...

cukup dulu membebel kat sini...sekian.

*p/s:  istilah 'blogger jutawan' tidaklah merujuk kepada Redmummy, kerana dengan terang dan jelasnya RM telah menyatakan dalam blog nye berkali2 bahawa beliau belum pun menjadi jutawan hanya kerana blog.

peace...

Lebih dari 10 Fakta mengenai The World of Dubai

Selamat Sejahtera buat 1Dunia,

The World of Dubai!  Gugusan pulau buatan manusia digelar The World di perairan Dubai, didakwa kini terbiar dan semakin terhakis.


Bagaimanapun, pemaju projek itu, Nakheel menegaskan dakwaan yang dibuat sebuah mahkamah tentang keadaan 300 buah pulau itu tidak benar sama sekali sebaliknya pulau-pulau tersebut masih stabil.


"Tiada isu tentang kestabilan pulau-pulau di The World yang yang lebih kurang 70 peratus daripadanya telah dijual dan diserahkan kepada pemiliknya.

"Pembeli pulau itu berhak meneruskan pembangunan yang telah dirancang," ujar jurucakap Nakheel menangkis dakwaan itu.

Pulau-pulau yang kebanyakannya dimiliki individu kaya dari pelbagai negara yang hanya boleh dimasuki menggunakan bot atau helikopter itu, merupakan satu daripada projek mega negara Teluk tersebut.

Pemilik-pemilik pulau terlibat telah mengumumkan beberapa perancangan untuk membangunkan pulau mereka, tetapi kerja-kerja itu masih belum berjalan sepenuhnya.

30 Januari 2011

Kesabaran dan keredhaan Fasha Sandha

Selamat sejahtera,


Dramatis popular reda apabila hubungan cintanya dengan Jejai sudah berakhir


ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini. Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Baginya, jalan yang diambil itu adalah pilihan terbaik buat mereka berdua dan selebihnya, dia memohon untuk menyimpannya kemas di sudut hati sebagai rahsia yang tidak perlu dikongsi.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

“Saya tidak kecewa, sebaliknya berasa seperti mendapat kekuatan baru untuk meneruskan perjalanan hidup ini,” ulas pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan ini sarat nada positif.

Cuba disuap soalan mengenai kemungkinan hatinya masih berbekas dengan perasaan sayang terhadap Jejai, aktres kelahiran Johor Bahru itu cuma mampu menghela nafas panjang sebelum bersuara ringkas. Bisik Fasha perlahan, biar semua itu disimpan sendiri di kamar hatinya. Apa yang dapat mampu dijelaskannya, dia sudah memaafkan Jejai atas perpisahan yang terjadi.

“Langsung saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepadanya. Saya juga manusia biasa yang punya kekurangan dan tidak sempurna. Saya cuma mahu mengingati segala yang manis sepanjang bersamanya.

“Secara peribadi, Jejai seorang lelaki yang baik namun sudah tertulis dia bukan jodoh saya. Saya reda kerana perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua,” katanya yang kekal dengan pendirian untuk terus mengunci mulut.


.... sumber Berita Harian Online

Tenang hadapi musibah dan bencana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tenang hadapi musibah dan bencana.  Siapa kita untuk menduga kita yang bisa terjadi. Namun kita mampu berusaha dan berikhtiar serta merencana setiap peristiwa yang bakal kita tempuhi.  Contohnya hari ini, dalam pilihanraya kawasan DUN Tenang.  Dalam bersiap siaga, hujan lebat melanda dan mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan.  Anggota bomba dan JPA3 sentiasa bersedia...

Dalam masa yang sama ada pula hebahan melalui SMS yang mengatakan pilihanraya dibatalkan.  Mujurlah pihak SPR cepat membuat pemberitahuan... pilihanraya tetap berjalan seperti biasa seperti yang telah dirancang dan keputusannya bakal diketahui malam ini. 

seketika itu dulu...
~~~~~~~~~~~~~~

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya

(Umar Al Khatab)

24 Januari 2011

Untuk seketika bukannya lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

gambar hiasan:  sumber dari google.com
dah tengok gambar kat atas tu kan?
dah beberapa hari ni... dok asyik sangat dengan blog nih
untuk itu atas nasihat pakar rujuk dan penasihat peribadi
aye memilih untuk berehat seketika dari aktiviti blog
bukan bermakna tak buka internet atau blog
tetapi berehat unyuk memberi ruang kepada diri sendiri agar dapat berehat dengan aman bersama si jari runcing yang comel...
sambil itu menghabiskan masa dalam tempoh pantang larang dan juga makan jamu... ada jamu mak dara, jamu haruan, jamu perawan dan jamu makan nasi dengan sambal lada hitam...

tetapi itulah hakikatnya...
aye harus berehat dan akan kembali mengemaskini blog ini setelah kekuatan diri cukup untuk mencari idea-idea baru dan bernas...
masa rehat itu aye akan jeling-jeling juga ke blog ini...

sekian, selamat berbloging kepada semua...

23 Januari 2011

Sakit gigi atau gigi sensitif ?

Selamat sejahtera 1 Malaysia,

Mempunyai gigi yang sensitif memang menyakitkan dan menyukarkan.  Kerana sensitif itulah hilangnya satu nikmat makan.  Namun tahap sensitiviti seseorang berbeza dan punca atau sebabnya mungkin doktor gigi sahaja yang mampu menghuraikannya.

zaman kanak-kanak memang indah... kecantikan gigi jika tidak dijaga dan diurus dengan baik mampu mengubah cara dan corak pemakanan apabila dewasa.


apabila dewasa... kerana kelalaian atau kecuaian semasa muda (bermula dari zaman kanak-kanak) atau mungkin juga kerana semulajadi, kerosakan gigi amat menyukarkan.


untuk itu apa kata anda buktikan pada diri anda bahawa masih belum terlambat untuk mengatasi masalah gigi yang sensitif... layari laman web colgate untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan jadikan gigi sensitif satu penyiksaan...Buktikan bahawa anda mampu hidup bahagia..

ps:  catatan khidmat masyarakat untuk colgate dan nuffnang dari yangbaik.blogspot.com

sekian...

3 Bersaudara mengidam aiskrim Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tidak ingin memberi komen yang panjang-panjang, sebaliknya sekadar catatan untuk ingatan diri dan siapa-siapa yang sudi membaca.

~~~~~~~~~
Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.

(HR Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Sekian semoga mendapat manfaat bersama.

p/s:  nak sambung buat aiskrim... dah sejuk kot... nanti kite letakkan gambar 3 bersaudara dan aiskrim Malaysia ye...

22 Januari 2011

Cerita Ceriti Google Page Rank | Berapa PR blog anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak update sikit cerita tentang Google Page Rank.  Memang susah nak buat cerita kalau kita tak tahu hujung pangkal dan makna cerita.  Tetapi yang hairannya nak juga buat cerita, sekadar menumpang populariti tentang PageRank yang sedang meletup sekarang. 

Rata-rata otai blog... terutamanya blog yang dimiliki oleh jejaka idaman Malaya.  Kalau tak percaya... boleh tengok kat 'blog list yangbaik' ...Boleh dikatakan 'mereka' semuanya membicarakan tentang kepentingan PR untuk blog.  Taklah sehebat Wanita Melayu Terakhir, kalau berbicara tentang kepentingan PR untuk blog ... sekadar di pinggiran jer... tapi tak semua.  Cuma tak nampak sangat perbincangan mengenai PR kat blog mereka.

Baca juga cerita-cerita tentang Google PageRank kat blog Denaihati.com.  Boleh dikatakan majoriti pengunjung yang memberi ulasan/komen adalah terdiri dari blogger 'jejaka idaman Malaya'...

Untuk mengetahui apa pula PageRank blog anda, cubalah aplikasi kat bawah nih:-
<><><> <><><> <><><>



Check Page Rank of your Web site pages instantly:













This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service






 
 
sekian... adanya

Makan-makan Mesra hujung minggu di Petronas Bandar Universiti

Selamat sejahtera,

Catatan ringkas kali ini disediakan berkaitan "pesta" makan-makan di Mesra Petronas Bandar Universiti, Seri Iskandar.  Jika anda pernah ke sana pasti anda pernah merasai kelazatan dan keenakan nasi ayam dan laksa.  Rasanya memang sedap dan layanan petugasnya yang Mesra menjadikan hidangan bertambah enak lagi.

So, tak payak cerita panjang-panjang... layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil ... sebelum makan... selepas makan ... dah tak cantik...

dimulakan dengan nasi lemak dan milo panas... actually memang tak berapa kena juga nasi lemak dengan milo tetapi disebabkan masa tu aye sedang hamil... maka kopi adalah larangan keras, bukan kerana takut anak hitam tetapi kopi boleh memberi gangguan terhadap penyerapan vitamin.  Nasi lemak seperti biasa ada sambal tumis ikan bilis, 1/4 biji telur, timun dan 'secubit' ikan masin... kocik la sangat ikan masinnya adalah sebesar ibu  jari Alif... kalau dapat besar sikit lagi okeh juga... apa2 pun bedal jer..

Alif dengan khusyuknya dan sabar menunggu ayah 'mengkecikkan' lagi ikan kering yang telah sedia kecik... geram nak makan dengan tanganya jer... ayah lambat ler.  Lepas makan, buka peti ais kat belakang tu... cari 100plus... perghhh... carilah air mineral ker... ini tidak...

akhirnya.... Alif dapat makan sendiri jugak... sebab nasi tu ditinggalkan oleh ayahnya kerana mengambil hidangan yang seterusnya...


Tara... hidangan seterusnya adalah roti bakar bersama telur rebus separuh masak... memanggg tak cukup untuk ayah seorang atau pun ummi seorang... sebab roti tu di makan berempat dengan Alif dan Diena.  Nasib baik juga anak2 tak berapa minat dengan roti tu... sebabnya mereka lebih berminat dengan jajan-jajan yang berlonggok dalam kedai mesra tu... cuma kena control sat... lepas makan depa pi la cari mana berkenan..


Setakat ni dulu gambar yang sempat di post... gambar nasi ayam dan laksa tu... tunggu ajer lepas aye habis pantang nanti nak pi makan kat sana lagi....

bukan tu jer yang ada kat kafe tu. Ada jagung kukus, pizza (taklah sehebat Zan Pizza atau Pizza hut, tapi aye sukakan kejunya... yummiii), kentang putar dan roti bakar bersama orang kaya.  Itu dulu menu yang aye ingat. 

Sekian