Pengikut Setia

30 Januari 2011

Kesabaran dan keredhaan Fasha Sandha

Selamat sejahtera,


Dramatis popular reda apabila hubungan cintanya dengan Jejai sudah berakhir


ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini. Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Baginya, jalan yang diambil itu adalah pilihan terbaik buat mereka berdua dan selebihnya, dia memohon untuk menyimpannya kemas di sudut hati sebagai rahsia yang tidak perlu dikongsi.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

“Saya tidak kecewa, sebaliknya berasa seperti mendapat kekuatan baru untuk meneruskan perjalanan hidup ini,” ulas pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan ini sarat nada positif.

Cuba disuap soalan mengenai kemungkinan hatinya masih berbekas dengan perasaan sayang terhadap Jejai, aktres kelahiran Johor Bahru itu cuma mampu menghela nafas panjang sebelum bersuara ringkas. Bisik Fasha perlahan, biar semua itu disimpan sendiri di kamar hatinya. Apa yang dapat mampu dijelaskannya, dia sudah memaafkan Jejai atas perpisahan yang terjadi.

“Langsung saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepadanya. Saya juga manusia biasa yang punya kekurangan dan tidak sempurna. Saya cuma mahu mengingati segala yang manis sepanjang bersamanya.

“Secara peribadi, Jejai seorang lelaki yang baik namun sudah tertulis dia bukan jodoh saya. Saya reda kerana perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua,” katanya yang kekal dengan pendirian untuk terus mengunci mulut.


.... sumber Berita Harian Online

Kronologi percintaan Fasha - Jejai





•Sekian lama menafikan hubungan yang diperkatakan, Fasha dan Jejai akhirnya membuat pengakuan rasmi mereka ialah pasangan kekasih pada 18 Mei tahun lalu.





•Pengakuan itu adalah lanjutan daripada kejutan Jejai yang menempah helikopter untuk ke Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha menjayakan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata.





•Percintaan mereka diuji apabila bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah dikatakan cuba menggoda Jejai hingga Fasha membuat kenyataan terbuka di laman Twitter meminta Tiz supaya tidak mengganggu teman lelakinya pada Jun tahun lalu.





•Selesai itu, Fasha membuat kenyataan kepada pihak media mengenai hasratnya untuk mengakhiri hubungannya dan Jejai dengan ikatan perkahwinan jika ada jodoh.





•Hubungan cinta mereka diuji lagi apabila hati Fasha terluka apabila mendapat tahu Jejai bersama keluarga, bekas isterinya, Nora Danish serta anak mereka bercuti ke Jepun baru-baru ini. Fasha pula ke Pulau Bali, Indonesia bagi merawat hatinya yang luka apabila mendapat tahu Nora turut sama dalam percutian itu.





•Percutian Fasha menjadi perhatian apabila gambarnya berbikini ketika bercuti di pulau itu disebarkan di Internet. Lucunya apabila laporan menyebut Fasha berbuat demikian kerana infin melepas geram dengan tindakan Jejai bercuti bersama bekas isterinya.





•Selepas berteka-teki mengenai status percintaan mereka, Jejai pada Isnin lalu menamatkan persoalan itu dengan mengumumkan dia dan Fasha sudah berpisah.





•Jejai membuat kenyataan dan penjelasan itu selepas terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip. Jejai juga menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan mereka.


~~~~~~~~~~~~~~

2 ulasan:

  1. bosan btol ngan si fasha ni.belit2 cite die wooo. tapi.lantaklah. tak ada kaitan ngan kite.hehehehe

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian