Selamat sejahtera 1Malaysia,
Wujudkah blog khusus untuk mengutuk blogger lain? Suatu pertanyaan yang agak keras bunyi nye, tetapi itulah hakikat yang harus diterima. Adakah blog sedemikian wujud di Malaysia atau mana-mana negara di dunia yang khusus untuk kutuk-kutuk orang. (Jawablah sendiri)
Aye bukanlah pakar motivasi atau pakar kaunseling. Pi kursus kaunseling pun baru peringkat asas jer. Memang nye yer motivasi atau kaunseling tiada kaitan dengan tajuk catatan nih, tetapi pasti ada kaitan dengan apa yang aye nak catatkan, supaya nanti tiada lah sesiapa yang membacanya terperasan pulak yang aye nih pakar itu ini.... oh tidak...
gambar dari nuffnang.com.my untuk yangbaik.blogspot.com - sebuah pencarian pada 31.1.2011 sehingga jam 11.00 pagi. |
Gambar di atas (untuk lebih jelas klik pada gambar berkenaan maka akan membesarlah gambar itu) menceritakan apa yang aye perkatakan di peranggan atas. Bacalah apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat.
Sebenarnya tadi, sejurus sebelum buat entry ni aye ada terbaca kat facebook. Tak tau pulak tak pasal2 rupanya memang ada orang cari blog yang kutuk Redmummy.com. Bukan aye nak jadi peguambela RM lagipulak aye bukan kojer ngan RM, memang tak dapat dan tak pernah dapat sesen pun dari RM (kot2 lepas ni ... itu lain citer lah). Cuma macam tak sangka kan... tiba2 ada orang cari benda2 tak baik tu kat blog nih... kontra kan dengan nama blog nih... helloooo.... nama blog neh yangbaik tau... bukan yang tak baik... isk3. Tapi tak per, at least kita tau juga asam garam dan rencah hidup manusia yang berbagai-bagai.
Then, lagi satu nak cerita tentang sebuah pencarian yang panjang mengenai Fasha Sandha... ada jugak...
cukup dulu membebel kat sini...sekian.
*p/s: istilah 'blogger jutawan' tidaklah merujuk kepada Redmummy, kerana dengan terang dan jelasnya RM telah menyatakan dalam blog nye berkali2 bahawa beliau belum pun menjadi jutawan hanya kerana blog.
peace...