Pageviews

04 November 2010

hari ni okey ker?

Assalamualaikum,

apa mood anda hari ni?

sekadar ... okey jer?

atau pun... oke!!!!

walau apa pun situasinya... semoga anda dan saya (aye lah..) okey sentiasa dan akan bertambah baik lagi...

esok kan cuti... hari Deepavali... dapat cuti panjang.... 3 hari...

kalau balik kampung atau berjalan-jalan (makan angin) berhati-hati di jalan raya...

itu jer..

Nasihat secara rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memberi nasihat kepada orang bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadi susah adalah apabila nasihat itu tidak masuk akal dan orang yang dinasihat itu tidak dapat menerima nasihat.

mengapa perlu memberi nasihat kepada orang lain andainya diri sendiri tidak ternasihatkan

memberi nasihat kepada orang juga perlu kepada masa dan tempat yang sesuai bukan boleh diberi pada sebarang masa atau tempat.  kerana semua orang itu ada maruah dan harga diri, biarpun dia perlu diberi nasihat namun dia ada air muka dan maruah.... HARUS INGAT ITU...

~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.

(Imam asy-Syafi'i)

03 November 2010

nak cari glamor

Salam,





orang buat blog awak pun nak jugak

orang buat duit dengan blog awak pun nak jugak

orang buat stori the mori yang best-best melatop... awak ntah ke mana

kononnya nak glamor dan kaya dengan blog

tapi tak jugak, manakan tidak

buat stori nak dengan tidak jer

nak usaha lebih skit tak nak...

asyik nak menempek entry orang jer

pass tu gaduh le tak der orang nak bagi komen

nuffnang pun tak berapa nak singgah bagi BE (Buffered Earning)

yang ada pun ciput jer... yang lebihnya... tunggu la berkurun lagi baru nak tambah...


opppsss........... peace... ada yang terasa atau aye yang syiok sendiri...

Nuffnang Premiere Screening – The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Salam,

Just for information and for sharing also for making this blog always updated... lol

Nothing much, just read the sypnosis of The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader, which was taken from nuffnang directly... peace!!!

Return to the magic and wonder of C.S. Lewis’ beloved world – via the fantastic Narnian ship, the Dawn Treader. In this new installment of the blockbuster “The Chronicles of Narnia” motion picture franchise, Edmund and Lucy Pevensie, along with their cousin Eustace and their royal friend King Caspian, find themselves swallowed into a painting and on to the Dawn Treader. As they embark on an incredible adventure of destiny and discovery, they confront obstacles beyond imagination.

picture credit to http://www.gsc-eonbankcard.com/
Thanks

Biru Mata Hitamku

Salam,

akhirnya bukanlah penghujung kepada perubahan
kerana perubahan itu perlu untuk kebaikan
melakukan perubahan bukanlah kerana tidak tetap pendirian
melakukan perubahan adalah untuk kepuasan diri namun dalam masa yang sama tidak menjadikan perubahan itu sebagai satu alasan untuk menukar pendirian

tetapi andaikata pendirian itu menyusahkan diri sendiri
tidak sukar kan untuk ubahnya
manusia perlu ubah pendirian supaya tidak rigid dengan situasi semasa

tambahan pula sekarang harga minyak Petrol Ron 97 dah naik
mujurlah namun sampai bila pula Ron 95 tak naik harga
tiada jaminan kan?

semua mampu berubah
hatta harga sebiji bawang sekalipun
kerana perubahan itu ada dalam diri kita
dan kita perlu adaptasi perubahan itu dengan bijak

02 November 2010

perlu tanya ker sebelum ubah pendirian

Salam,

eh eh... nak tanya skit, kalau nak ubah template or design blog nih perlu ke tanya pendapat orang lain?

hm... aye rasa macam nak tukar pulak design nih... tapi sayang lak ngan warnanya... ini semua sebab pengaruh Red Mummy.

eh... apa pulak pendirian aye tu... bukan kerana dipengaruhi oleh Red Mummy, tetapi sebab kaler nya merah yang membuatkan rasa macam mengancam jer... lagi pulak macam sedap jer mata memandang... merah kan warna berani... dan bersemangat...

tunggu lah sehari dua lagi kot, rasa-rasa nak tukar nanti warna apa pulak yerk?....

merah - tanda berani
putih - tanda bersih
biru - tanda bersatu atau juga kuasa
kuning - warna di Raja...

macam warna bendera Malaysia pulak...

lain-lain warna akan aye pikiorkan ...

antara marah dan pandangan mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

catatan pasal marah lagi ker? bosan ker... entah la, tak tau nak buat catatan aper?
tak tentu pasal nak buat pasal marah pulak.  Agak2 nanti apa pandangan mereka?

hmmm....

layan jer la dulu apa yang ada kat sini...

jangan marah ya...

bunyi nya macam keras sikit...

~~~~~~~~~
Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.  (Abu Sufyan ad-Darani)

Sambungan cerita bulan November lagik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

bertemu kembali pada 1 November 2010 hari ini
gambar seperti yang dicatatkan petang tadi  .. peristiwa pada pagi 1 November 2010

Pen Sheaffer yang diterima daripada Unit Pentadbiran... ball pen warna hitam terima kasih.  Pen siap ada nama aye, gambar pemiliknya... biarlah rahsia.
Jam dinding diterima daripada Kelab E-Village... ada lambaian di situ... Insya Allah bila sampai waktunya akan aye ke sana juga... doa2kan semoga murah rezeki.  Terima kasih kepada AJK Kelab yang telah bersusah payah...
Hiasan dinding dari Unit Keselamatan.  Cantik! warna ungu/purple... bentuk hati dengan bunga Rose warna ungu, suka sangat2... terima kasih banyak2 kepada staf Unit Keselamatan terutama kepada Kak Zana (BFF) kerana dia tahu favourite kaler aye...
Sekian adanya cerita bergambar untuk 1 November 2010.  Insya Allah jika ada kelapangan akan ditempekkan pulak gambar-gambar lain yang ada kaitan dengan cerita ini...

01 November 2010

Cerita tentang November 2010 jugak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sumber gambar:  Mr. Google... thanks

saja nak mengendeng jap, nak buat cerita juga tentang peristiwa yang bakal berlaku dan telah berlaku untuk bulan November 2010.  Apa yang pasti kejadian ini akan dan telah berlaku untuk diri aye sendiri

Jom lihat senarai peristiwa berkenaan:~

1 November 2010:
~  Perhimpunan bulanan peringkat ofis - dah berlaku pagi tadi
~  Penyampian hadiah untuk staf yang akan bertukar ... sedey2 - dah berlaku jugak pagi tadi semasa perhimpunan bulanan
~  Kena buat ucapan jugak sempena majlis perpisahan, simple jer - dah berlaku
~  Jamuan perpisahan, lagi le simple jer...

3 November 2010:
~  Temujanji dengan doktor di Klinik Kesihatan Kg Gajah - kena cuti ker tak yah, selalunya sampai sekerat hari kat situ... minta2 tak yah lah cuti

5 November 2010:
~  Hari Deepavali - ada aku kesah?... ada!!!! dapat cuti panjang sikit... 3 hari

10 November 2010:
~  Hari gaji untuk bulan November - wei awalnya... jimat2 yer

16 November 2010:
~ Lapor diri di tempat kerja baru... nak citer ke tak nak? alah tak yah la...

17 November 2010:
~ Hari Raya Qurban - satu hari jer cutinye... nak mohon cuti tambahan rasa segan pulak sebab baru jer masuk kerja kat tempat baru. Well, kita tengok dulu cam ner dengan suasana tempat baru... amik feel dulu lah
sumber gambar:  Mr. Google
(eh eh November untuk Topaz yek...)

okeh... buat masa nih... itu dulu

jangan salah sangka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rehat sebentar sementara mencari Peogeot 307 atau Celcom Blue atau Celcom Xpax atau juga rahsia kemenangan pasukan bola Kelantan dalam Piala Malaysia 2010
Gambar hiasan

Masih juga mencari rahsia resepi Pizza Hut berkeju yang baharu serta Blueberry Blackberry atau iPad yang paling canggih sehingga kini....

Masih juga mencari kot-kot Lisa Surihani sudi singgah kat blog nih atau juga Fazura, lagi suka kalau Datuk Siti Norhaliza yang singgah... suka sangat2...
layan dulu...

~~~~~
Jangan berikan ilmu Anda kepada orang yang tidak mau menuntutnya. Jangan Anda tebarkan mutiara kepada orang yang tidak mau mengambilnya. Dan jangan gelar dagangan Anda di hadapan orang yang akan menghancurkannya.  (Yazid bin Maisaroh)