Pageviews

03 Oktober 2009

Bones Of Love

Artist: Raihan, Album: Demi Masa, Song Category: Nasyid
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind
~
Won't you ever know
Don't you realizeIt's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart
~
Oh falling in love
With Allah....
~
The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail
~
Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night
~

Peristiwa 1 Oktober

Banyak peristiwa dan kejadian yang terjadi pada 1 Oktober.
Pagi... hati Aye berbunga bunga ... bagai gambar di atas...
memang gembira... kerana pada hari itu... pagi itu...
PLUiTM menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri 1430H,
walaupun dalam masa yang agak suntuk untuk persiapan dan segalanya...
nampak macam berjaya... kesilapan?... hmmm kat mana-mana majlis pun boleh ada..
tapi dalam majlis tu... takdelah ketara sangat... yang skit-skit punya kes ... tak amik ati lah... berbunga lah hati aye ... walaupun pada hari tu... aye puasa yang ke-6... AYE HEPI..
~~~~~~
Petang....okey jer... sambung keje...
cuma nak minta maaf ngan kawan-kawan sebab tak dapat bantu...
aye ada urusan lain yang harus dilaksanakan segera...
harap dapat difahami....
~~~~~
Malam... okey lagi...
~~~~~
Esoknya... 2/10... hati aye ... bagai gambaran di bawah...
Kenape???... Aye kurang pasti dan tak tahu... dan kenapa sepatutnya jadi cam tu.. hati aye terguris... dan terluka... cuma tak berdarah... tak taulah kat dalam sana...
Sejenak ....
aye fikir dan berulang-ulang kali Aye cari di mana salah atau silap aye...
Aye tak jumpa ... atau memang aye tak nampak... atau memangnya Aye yang tak perasan...
Sampai sekarang dan mungkin sampai bila pun aye akan terus berfikir dan mencari sebab musabab kenapa begini jadinye...
Sahabat...
mengapa harus aku disisihkan
mengapa hati ku rasa begini
mengapa harus aku yang kecewa
mengapa harus aku yang sakit
Sahabat...
kini hatiku ...
tak mungkin berbunga lagi...
hanya bunga layu berguguran...
tak mampu ku sirami ...
Sahabat ...
mengapa harus aku ?????
MENGAPA
~~~~~~~~

02 Oktober 2009

SUSU KAMBING SUSU UNTUK KEHIDUPAN MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH

Salam sejahtera buat semua ... Jom Minum Susu Kambing, Baik Untuk Kesihatan.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

Kebaikan susu kambing

  1. Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu
  2. Tidak Menyebabkan Alahan
  3. Susu Terbaik Bagi Mereka Yang Alah Dengan Susu Lembu Atau Susu Soya
  4. Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
  5. Susu Kambing Bersifat Alkali Manakala Susu Lembu Bersifat Asidik
  6. Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Darah
  7. Membantu Menyembuhkan Penyakit-Penyakit Seperti Asma, Semput,
  8. Demam Kuning, Ulser Perut, Buasir, Darah Tinggi, Jantung Dan Sebagainya
  9. Meningkatkan Tenaga Dan Tenaga Batin
  10. Awet Muda
  11. Meningkatkan Jisim Tubuh, Tulang dan Otot Yang Sihat
  12. Melancarkan Sistem Penghadaman Dan Perut
  13. Baik Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin Yang Menyusukan Anak
  14. Tingkatkan Daya Kepekaan, Penumpuan Dan Perkembangan Otak


PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA HR MARKETING SDN. BHD.
HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
Peneraju Menghasilkan Produk Berasaskan Susu KambingSyarikat BerlesenMilik Penuh Bumiputra HalalMempunyai Kilang Sendiri Bertaraf GMP


Memenangi ‘Anugerah Industri Komoditi’ Pada Tahun 2007Komited Kepada PengeluaranProduk BERSIH, SUCI dan HALALSkim Ganjaran Menarik dan Mudah DicapaiSistem Latihan dan Bantuan AktivitiPenggunaan Teknologi Perkilangan Yang CanggihPenggunaan Bahan Mentah Yang Segar dan TerpilihAmalan Ilmu Perladangan Organik Yang Memelihara Keharmonian Kesihatan Manusia dan Alam SemulajadiKawalan Biologi Tanpa Menggunakan Antibiotik Dan Bahan KimiaKombinasi Antara Tenaga Kerja Terlatih, Mesin Teknologi Terkini Dan Baka Kambing Susu Berkualiti Tinggi

Nak join memberpun mudah... caranya :http://www.HRGroup2u.net/yangbaik


Pastikan ruangan penaja : yangbaik

Dua pilihan nak join member :
1) RM40.00 : Dapat sekotak dan dapat kit niaga sempoi.
2) RM220.00 Pilihan produk :
a) 7 kotak susu kambing = 15 peket sekotak berserta kit niaga sempoi
ATAU
b) 4 kotak susu kambing + 3 botol tablet ( sebotol 50 biji ) dan 2 kotakkopi susu kambing plus spriluna.


Pilihan di tangan anda!!!http://www.HRGroup2u.net/yangbaik
..

30 September 2009

Doa Penutup Dari Pandangan Jin

Dipaparkan untuk makluman dan amalan

Ada Apa Dengan Sayang?

Have a good day! Today Me want to share 'something' with all viewers about friendship. Actually Me receive this article from a friend that I admire her very much.
The story as below.... Happy Reading !!
Give this heart to everyone you don't want to lose in '09 including me if you care.. Try to collect 12, it's not easy!
YOU HAVE 20 MINUTES TO TELL 6 FRIENDS THAT YOU LOVE THEM (INCLUDING ME) TOMORROW'S NOT PROMISED. SO , I LOVE YOU! GO!
....

29 September 2009

Ada apa dengan ceria

Salam.... Sebenar-benarnya artikel ni dah lama gak Aye nak create tapi... belum berkesempatan... tapi dalam dok sibuk ni pun masih sempat lagi nak buat entry dalam blog ni... cuma Aye rasa macam masanya kurang sesuai kan... sebabnye sekarang blogger kalau buat entry pun lebih kurang berkisar tajuk hari raya.. tapi entry Aye ni .. apa yang penting.... ini blog Aye... suke hati Aye la..
Aye kurang pasti sama ada tajuk entry kali ni sama atau tidak dengan cerita yang Aye nak buat nih... tapi kaitan tu tetap ada. Beberapa bulan yang lepas Aye ada cerita berkenaan Program Keceriaan Bulanan Mei Pejabat Pendaftar... so, berikut adalah lebih kurang macam sambungan nye...

Gambar & cerita Aye kuar kat Buletin Pendaftar.... suke nya... tapi .... la ...why .... this picture of me ... tengah sakit kepala ni... tahan punya tahan sakit kepala ... ni la hasilnya... hmmm...
gambar header buletin pendaftar yang dimaksudkan... dalam buletin tu ada citer lain lagi...


****oooOOOOooo***
-

25 September 2009

Weblog Popular 1Malaysia

Entri ni Aye create untuk citer pasal contes weblog popular 1Malaysia. okey tak?

  • Nak cerite tentang weblog atau 1Malaysia? Kalau nak citer pasal 1Malaysia, aye tak berapa pandai sangat. Memanglah sana... sini... situ... sini... orang dok citer pasal 1Malaysia, sampai kueh 1Malaysia pun ade... elok juga promosi skit tentang 1Malaysia. Ye lah kita rakyat Malaysia, walau dimana kita berada seharusnya Malaysia tetap di hati... tambahan lagi tinggal di Malaysia,...
  • Actually saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://mombloggersplanet.com (Mombloggersplanet - MBP). Aye dah lama jadi pengikutnye tapi ... dalam senyap jer.. silent.... kalau ada contestpun aye tak berapa kisah sangat... cuma baca jer... tapi bila ada contest "1Malaysia". Aye rasa teruja pulak tak join... lagipun bila lagi "umi " nak bagi sokongan kepada 'mom'. Dah ada peluang ni... ambik jer..
  • Justeru itu jugalah aye calonkan MomBloggersPlanet sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
  • Nak tau apa bestnya MBP? Banyak... macam-macam ade.. terutamanya untuk ibu-ibu... Antaranya Blog Review, Blogging Tips, Blog & Make Money, Blog for Business, Blog Promotion, Contest dan banyak lagi... Yang paling aye suke sangat2 Blogging Tips dan Blog Review. Kalau tak percaya lawatlah http://mombloggersplanet.com/, pasti teruja punya... ala... bukan sahaja untuk ibu.... bapak pun boleh juga.
  • Jadi tunggu apa lagi... jom lah sertai contest ni... pegi jer ke http://mombloggersplanet.com/ then, click kat gambar cam kat atas tu... pastu ikut jer jalan citer yang ada... mudah....

.

24 September 2009

Kubur penebus rasa bersalah

berikut adalah email yang diterima dari seseorang... dipaparkan di sini untuk bacaan dan ingatan sepanjang masa....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya..... (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang....") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah..... memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebaga pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat........

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

17 September 2009

Kad Raya Aidil Fitri 1430 untuk semua


Kad ini ditujukan istimewa kepada semua 'follower' aye.

Tidak dilupakan juga kepada semua pembaca blog ini.

15 September 2009

Antara Asli dan Ragu-Ragu -2

Sebenarnya apa yang AYE maksudkan pada 'post' lepas adalah berkaitan dengan pemakaian purdah oleh Pengasas Sendayu Tinggi, Pn. Rozita.

Memang AYE kagum dengan beliau, semangat dan ketabahan beliau.


Tapi AYE agak curiga juga dengan email yang AYE terima adakah ianya memang benar cerita dari Pn. Rozita... aye cuba jugak surf kat internet... dan memang jumpa sama jer citernya... jadinye tak perlu lah AYE 'tempek' email tu kat blog aye... sebab citernya dah tersebar... cuma tak meluas...tapi akan meluas juga kan...


Asal yang sebenarnya aye nak stori tentang beberapa peristiwa yang aye lalui sejak kebelakangan ini. Banyak sangat pengalaman suka dan duka... macam tajuk 'header' blog aye lah... yang suka...sukalah... yang duka... hmmm... ni yang tak suka nak citer... peritnya Tuhan saja yang tahu... biarlah aye simpan dalam kotak ingatan aye... mudah2an kelak aye kan terlupa dan tak perlu aye ingat... tak sanggup!!!


Kesimpulan yang boleh Aye kongsi dan patut dan mesti ingat adalah... jangan sesekali campur tangan dalam urusan kerja orang lain... walapun ianya perit untuk aye elak kerana... aye tak boleh tengok orang susah dan aye rasa aye perlu bantu... cuma kekadang bantuan aye tu macam tak bermakna dan ... ntahla.. mungkin aye jer yang rasa macam tu ... sebab aye tak pandai komuniket ngan orang.

.

.

.