Pageviews

05 Mei 2009

Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian
bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara
(air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan
pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius
hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
• Demam panas
• Batuk dengan atau tanpa kahak
• Sakit dada
• Tiada selera makan, tidak mahu makan
• Rasa tidak sihat, sering merengek
• Pernafasan laju atau susah bernafas
• Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
• Pernafasan laju
• Sukar untuk bernafas
• Bibir menjadi biru
• Batuk berdarah
• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan
badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
• Paracetamol
• Rehat yang secukupnya
• Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
    paru-paru. Contohnya:
    • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
    kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National
    Childhood Immunization Programme)
    • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
    pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
    • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
    kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
    yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.

Rukun Islam

Islam dibina atas 5 perkara;
i) Mengucap 2 kalimah syahadah
ii) Mendirikan solat (5 waktu)
iii) Menunaikan zakat
iv) Mengerjakan Haji
v) Puasa di bulan Ramadan

(Hadis Riwayat Muslim)

04 Mei 2009

Kemuliaan Mukmin

Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

25 April 2009

Aku dan Pengurusan Rekod

Aku...
23/4/2009, Pagi2 (4.00 pagi) dah kena bangun. Kul 5.00 nak bertolak ke JPbSM. Kursus mula jam 9.00 pagi. Ngantuk nih... semalam dah la tidur lewat,... letih interview lagi... bukan merungut.. cuma mengenangkan keadaan diri... tapi macam merungut gak kan.. hmm..

Kawan2,
Member yang pegi skali - yin, shila dan ika... hehehehe, abih la girls tak de kat ofis. Seronok gak kuar macam nih, macam pi bercuti plak.

Kursus,
KPR, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 ptg jer (4 jam), jadiklah dapat juga tambah jam kursus. Tapi masa 4 jam tu sebenarnya macam tak cukup sebab banyaknya yang kena ketchup... tapi kursus ni pun lebih kurang macam pengenalan jer...

salam...

Aku dan Temuduga EO

Salam buat semua,

Hmmm... at 22nd April 2009, actually my true birthday... (ha!) I was attend an interview as 'EO' at UiTM Shah Alam (BM PTAR1), quite funny and disguise... this 'place' has been as a place to meet old friend (like clubbing - just like club for person whose not reach their time yet)... I hope I'll understand this
....

Semasa menunggu,
Sampai lebih kurang pada jam 1.20 tengahari... masa interview sebenar jam 2.30 petang. Tak pe sampai awal boleh study (konon)... tapi silap gak sebab tak cukup bahan nak study... jadi discuss je ngan kawan2... then revise skit nota yang dibawa... hmmm rasa macam dan sedia.

Semasa temuduga,
.... masuk... relax jer... tiba masa nak jawab... eiii kenapa la tak kuar plak idea tadi... macam-macam jawapan... rasa macam dah okehhh... tapi tengok wajah panel... macam ada yang tak kene jer... huhuuhu.. kantoi la tu..

Selepas...
.. dah tak dapat la tu,.. tengok muka panel pun dah tahu... balik umah, sampai malam tunggu gak... tak der jawapan pun ...sudah lah... cuba lagi... lebihkan preparation....!!!!!

adios

17 April 2009

Aku, MPK dan "Glukos"

Sebenarnya nak citer pasal apa nihhh...

Aku... kena pi bengkel MPK kat INTEC di Seksyen 17, Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2009.
Aku?... terpikir gak... belum layak rasanya pi bengkel MPK nih... yelah aku hanya gred 17, sedangkan yang pi kat sana tu smuanya gred 27 ke atas... walau pun begitu aku reda dan pasrah... ewah macam lagu plak... tak pe semua tu ilmu... bkan snang nak dapat...
Aku.. sedih?... Hmmm cam ne tak sedih kena tinggal 2 cahaya mata intan payung ... aku tak biasa tinggal lama-lama....

MPK... Manual Prosedur Kerja... disediakan disediakan untuk panduan bagi memastikan pelaksanaaan aktiviti dan proses-proses di jabatan adalah menepati perundangan, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa ... selaras dengan sistem pengurusan kualiti supaya penyampaian perkhidmatannya memenuhi keperluan dan memuaskan hati pelanggan serta mematuhi MSISO 9001:2000.

Glukos... itu adalah nama sejenis gula yang penting gak untuk badan... dan hhahahah.... shortform untuk tempat penginapan kami sepanjang 2 1/2 hari ... agak frust gak... sebabnya pada second day masa kami balik dari kelas/bengkel.... bilik tak kemas langsung.... nape yek... hotel yang besar cam ni... tak prihatin...dah balik penat-penat nak rest la konon... hmmm. ... kecewa....





sekianlah adanya

Bacalah

Bacalah Al-Quran,
buatlah kajian ilmu,
dengar majlis ilmu
atau berzikirlah
dan jangan
habiskan
masa kamu
dengan perkara
yang tidak berfaedah
(Hassan Al Banna)

Yakin

"Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (merasa kehadiranNya). Walaupun kamu tidak melihatNya, yakinlah bahawa Allah melihat kamu"
(Hadis Riwayat Muslim)

16 April 2009

Amalan

" Di antara kamu ada yang beramalan jahat hingga hampir masuk neraka, kemudian datang ketentuan Allah, maka dia beramalan baik dan masuk syurga"
Hadir Riwayat Al Bukhari

03 April 2009

Sahabat dan Sekolah Rendah

Sahabat,
Tanam ubi di tepi tebat
Orang menjala di Kampung Ulu
Hidup mati bersama sahabat
Sahabat setia menudung malu
Saya,
Suatu masa ketika kecil-kecil dan sampai sekarang memang tak ramai kawan, bukan tak berkawan tapi tak ramai. Oleh kerana dilahirkan di kawasan kampung yang hanya dikeliling oleh saudara mara, maka sahabat saya hanya terdiri daripada saudara mara. Hinggalah bersekolah baru ada kawan tapi kawan pun tinggal jauh maka berkawan jugalah dengan saudara mara.

Semasa sekolah, saya ada 4 sekolah. Sekolah rendah ada dua dan sekolah menengah juga 2.  Sekolah rendah pertama tahun 1980, di Bukit Kluang Besut Terengganu dari (hanya) darjah satu jer. Kawan saya masa darjah satu... adalah beberapa orang tapi tak ingatlah namanya, kalau ada yang masih ingat pada saya terima kasih. Nama cikgu pun tak ingat yang masih diingat Cikgu kelas mengajar Bahasa dan Lukisan... wah lukisan saya dapat pujian... sebab apa? Ha... itu sebabnya cikgu yang tunjukkan kaler mana nak guna dan yang lain tu ikut tangan la.. Kalau bab mengeja pulak... tak berapa ingat yang saya ingat orang kata saya pandai dari budak-budak lain... yelah cepat dapat apa yang cikgu cakap... dan hmmmm tulisan boleh tahan la... dulu ada simpan buku tu... tapi bila dah pindah rumah ntah hilang kemana.

Darjah dua (1981) hingga enam (1985) di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar Kamunting Taiping. Memang la... budak 'teganu' mana tau cakap 'teping'... dah la... kawan-kawan pun tak paham...ada jugak kawan tapi dah la dok mengejek je cakap ... "tak tahu", tak pelah asalkan ada kawan. Oleh kerana malu dengan ejekan kawan-kawan saya dah jadi kurang sikit bercakap kat sekolah...Dua Merah, Tiga S, Empat S, Lima S dan Enam S. Ha.. kalau nak tahun merah tu warna untuk kelas pertama dan S plak untuk Sekolah, huruf pertama bagi SRKLJK dan T. S untuk kelas pertama, kerana mulai tahun 1982, huruf pertama bagi nama sekolah akan mewakili kelas dan huruf S tu kira macam A la...
... bersambung