Tanam ubi di tepi tebat
Orang menjala di Kampung Ulu
Hidup mati bersama sahabat
Sahabat setia menudung malu
Saya,
Suatu masa ketika kecil-kecil dan sampai sekarang memang tak ramai kawan, bukan tak berkawan tapi tak ramai. Oleh kerana dilahirkan di kawasan kampung yang hanya dikeliling oleh saudara mara, maka sahabat saya hanya terdiri daripada saudara mara. Hinggalah bersekolah baru ada kawan tapi kawan pun tinggal jauh maka berkawan jugalah dengan saudara mara.
Semasa sekolah, saya ada 4 sekolah. Sekolah rendah ada dua dan sekolah menengah juga 2. Sekolah rendah pertama tahun 1980, di Bukit Kluang Besut Terengganu dari (hanya) darjah satu jer. Kawan saya masa darjah satu... adalah beberapa orang tapi tak ingatlah namanya, kalau ada yang masih ingat pada saya terima kasih. Nama cikgu pun tak ingat yang masih diingat Cikgu kelas mengajar Bahasa dan Lukisan... wah lukisan saya dapat pujian... sebab apa? Ha... itu sebabnya cikgu yang tunjukkan kaler mana nak guna dan yang lain tu ikut tangan la.. Kalau bab mengeja pulak... tak berapa ingat yang saya ingat orang kata saya pandai dari budak-budak lain... yelah cepat dapat apa yang cikgu cakap... dan hmmmm tulisan boleh tahan la... dulu ada simpan buku tu... tapi bila dah pindah rumah ntah hilang kemana.
Darjah dua (1981) hingga enam (1985) di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar Kamunting Taiping. Memang la... budak 'teganu' mana tau cakap 'teping'... dah la... kawan-kawan pun tak paham...ada jugak kawan tapi dah la dok mengejek je cakap ... "tak tahu", tak pelah asalkan ada kawan. Oleh kerana malu dengan ejekan kawan-kawan saya dah jadi kurang sikit bercakap kat sekolah...Dua Merah, Tiga S, Empat S, Lima S dan Enam S. Ha.. kalau nak tahun merah tu warna untuk kelas pertama dan S plak untuk Sekolah, huruf pertama bagi SRKLJK dan T. S untuk kelas pertama, kerana mulai tahun 1982, huruf pertama bagi nama sekolah akan mewakili kelas dan huruf S tu kira macam A la...
... bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.