Pengikut Setia

18 Ogos 2012

Baju Raya Untuk Sekeluarga

As salam,


Tiada ungkapan yang lebih indah dapat dilafazkan bila melihat keriangan anak-anak memakai baju raya.  Bagi ibu (yang tak berapa muda) ini, biarlah berhabisan (tidaklah sampai papa) asalkan anak-anak bergumbira dan bergaya di hari raya.

baju kurung dan baju melayu  - tempahan khas untuk hari raya pertama
baju hari raya berikutnya.... begitulah gayanya
untuk ayah pula.... tempah sendirilah umi tak pandai lagi nak menjahit baju melayu dan alasan paling kukuh adalah umi tak larat ler nak bawak perut nie... hehehe

dan.... untuk umi pula cukuplah sekadar baju ini .... hanya ini yang mampu dipakai. nak melaram sangat tak dapatlah, nak buat cam ner.... asalkan bahagia

untuk opah pula... dah bagi awal-awal lagi, tak sempat nak 'pukul gambar'.  Opah suka kan?  Suke!!!


'suka duka pentas dunia.

17 Ogos 2012

Keheningan menjelang Syawal

As salam


Menyelusuri Ramadan kian ke penghujungnya
Sungguh terasa sepinya Ramadan disulami keriuhan kicauan unggas
Adakah bersedih dengan penghujung Ramadan atau juga gembira menyambut kemuliaan Syawal
Hanya mereka yang mengerti apa yang sebenarnya berlaku
Dan.... kita di sini hanyalah pemerhati kehormat dan penunggu setia bagi setiap peristiwa

Nun... di sana di kejauhan kelihatan kelibat Pak Tua mengais helaian daun yang berguguran di tepi laluan nan luas mata memandang
Tersentak dan tersedar betapa luasnya pemandangan kerana dulu terlindung dek keriuhan dan sekumpulan graduan melintas
Siapa tahu apa yang terbuku di hati Pak Tua itu
Sambil tangannya menguis dedauan bersama lidi tua yang kian mereput
apakah persiapan menghadapi Syawal sudah tercapai atau bakal terlaksana seketika nanti
atau sekadar sesuap lemang bersama sekaya tanpa rendang rusa atau rendang itik buat pengalas perut di pagi Syawal nan mulia

Di kejauhan sana kelihatan jentera besar tersadai di pinggir jalan
Betapa mulianya Syawal... semua jentera disimpan rapi bagi memberi laluan memudahkan urusan insan

Dan... di sini layakkah kita terus mencari kesalahan tanpa rasa sedar akan kemuliaan Syawal?

Sunyi

Senyap

Sepi

12 Ogos 2012

Ucapan Hari Raya Buat Ibu

As salam


Ibu
Ramadan ini sudahpun di penghujung
Namun kasihmu ibu tiada penghujung
Sentiasa mekar di hatiku
Anakmu yang sentiasa dahagakan kasihmu

Ibu
Biarpun Nokia Lumia900 itu bernilai tinggi
Namun tidak setinggi nilai kasih sayangmu
Kasih sayangmu sungguh bernilai tinggi tiada bandingannya
Sukar untuk digantikan dengan nilai wang ringgit mahupun intan berlian bergunung tinggi

Ibu
Tiada kata-kata mampu diucapkan
Bagi menggambarkan perasaan anakmu
Perasaan yang tidak menentu menjelangnya Aidilfitri

Ibu
Biar sejauhmanapun anakmu berada
Ibu pasti sentiasa doakan kesejahteraan anakmu ini
Namun ibu, anakmu ni kadang-kadang alpa dan terlupa
terleka dengan keenakan dunia
Maafkan anakmu ini

Ibu
Izinkan anakmu ini sekali lagi memohon restu dan redamu
Semoga kehidupan anakmu ini sentiasa diberkati Ilahi
Biarpun malu namun anakmu tahu
Ibu tidak akan pernah membiarkan anakmu hidup dalam kesukaran

Ibu
Kepayahan anakmu ini tidak sama dengan kepayahanmu
Menanggung hidup kami anak-anakmu
Mendidik dan mengasuh kami
Biarpun sesekali anakmu ini nakal lagi tidak mendengar kata
Kesabaranmu menyedarkan kami

Ibu
Realiti hidup di alam dewasa kini
Terasa amat sukar untuk dilalui
Namun kaulah penguat semangat kami
dikala kami jemu menempuh alam kedewasaan

Ibu
Ucapan ini tidak bisa terhenti di sini
Gelodak rasa dijiwa ini meronta-ronta
Membisikkan sejuta rasa
Tidak bisa dihentikan

Semoga ibu sentiasa aman bahagia dan diberkati olehNya


'suka duka pentas dunia'

Carian