Pengikut Setia

07 Oktober 2011

Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


7/10/2011. 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


~~~~~

Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung.  Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!

Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012.  Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.

Aku anak Malaysia Merdeka!

Sekian.

*.*


Kesibukan yang menakutkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hindari kesibukan yang tidak mendatangkan faedah
Hentikan sibuk-sibuk kat pasaraya
Hentikan sibuk-sibuk kat cafe'
Hentikan sibuk-sibuk dengan hal dunia

"Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya". (Al-Hasan)

06 Oktober 2011

Ada apa dengan Steve Jobs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Seharian, di mana-mana diperkatakan mengenai Steve Jobs, "mastermind" di sebalik lahirnya Apple's iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTunes, telah meninggalkan dunia yang fana ini di usia 56 tahun.




Harimau mati meninggalkan belang,
Gajah mati meninggalkan gading,
Steve Jobs mati meninggalkan Apple,
Kita mati meninggalkan apa....? (tinggalkan lah jasa untuk anak cucu)




sekian.

Carian