Pengikut Setia

15 November 2011

11.11.11 | Seharian berkampung di HAT Lumut

Assalamualaikum


Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam.  Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri.  Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu.  Semuanya tidak sihat.  Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya. 

Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa.  Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna.  Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya.  Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.

Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut.  Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah.  Mudah-mudahan mereka selamat.  Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah.  Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa.  Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin  suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...

Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula.  Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...


....>-<
......

Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...

.

09 November 2011

Wordless Wednesday | Demam

Assalamualaikum



Ya Allah, sembuhkanlah penyakit anakku dengan kesembuhan yang tidak berulang sakitnya.

06 November 2011

Qurban yang dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

catatan melekat mulai 3/11/2011 - 6/11/2011

Gambar hiasan - ada maksud yang tersirat di sebaliknya

BINGKISAN QURBAN - DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

• Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

• Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

• Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)



HUKUM IBADAH KORBAN

Bagi setiap umat Islam yang mampu amat digalakkan oleh agama untuk melakukan ibadah korban dan hukumnya adalah sunat muakkad ( sunat yang amat dituntut)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

• Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

• Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

• Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

• Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Menzahirkan rasa kasih sayang dan mengeratkan ukhuwwah melalui amalan bersedekah daging korban atau menjamu makan dengan korban tersebut

• Menzahirkan ketaatan kepada perintah-perintah Allah SWT, sebagaimana taatnya para nabi rasul dalam melaksanakana segala suruhan dan larangan

• Menyuburkan sifat pemurah dan mengikis sifat kedekut . Ibadah korban yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT mendorong kepada pemupukan sifat-sifat pemurah yang dipuji dan mengikis sifat kedekut yang tercela.


Kedudukan orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


Kesimpulan

Marilah sama-sama kita (bagi yang berkemampuan) melakukan ibadah korban pada hariraya korban kali ini samada untuk diri sendiri atau kepada orang lain, kerana kita belum cukup pasti apakah kita boleh atau sempat untuk melakukannya pada tahun yang akan datang.

sumber:  CITU UiTM (Perak)

Duduk dalam majlis ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita berkongsi lagi:


Wahai para pembawa ilmu, amalkanlah ilmu kalian miliki! Karena yang disebut alim adalah orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui dan ilmunya sesuai dengan amalnya. Akan ada suatu kaum yang membawa ilmu tidak melebihi kerongkongan mereka. Ilmu mereka bertentangan dengan amal mereka. Batin mereka bertentangan dengan lahir mereka. Mereka duduk dalam halaqah (majelis ilmu) untuk saling berdebat antara satu dengan yang lain. Sehingga ada seseorang yang marah kepada rekannya, lalu berpindah ke yang lain dan meninggalkan rekannya. Amalan mereka dalam majelis itu tidak akan bisa naik kepada Allah Ta'ala.
(Ali bin Abi Thalib)



*

05 November 2011

Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di Denaihati.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di denaihati.com.  Denaihati memang pemurah ditambah lagi dengan tagline "Hidupkan Untuk Memberi", memang terbaiklah. 

Pendaftaran sebagai peserta contest dibuka mulai 4/11/2011 hingga 11.59 mlm 9/11/2011.  Jadi sementara masih ada peluang eloklah cepat-cepat daftar di denaihati.com. 

Syarat-syarat pendaftaran tak susah, antaranya:

1.Blog mesti berdaftar dengan membuat satu entri ringkas menyatakan hasrat untuk menyertai Contest Gadget Impian.

2.Tinggalkan komen di entri ini (http://denaihati.com/daftar-sebagai-peserta-contest-gadget-impian) dengan kata-kata berikut:  “Saya menyertai contest Gadget Impian” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.

3.Blog MESTI pasang button RETWEET, FB like dan GOOGLE +1 sebelum buat entri pendaftaran.

4.Letakan ayat berikut di akhir entri “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak

5.Tarikh tutup pendaftaran contest Gadget Impian pada 11.59pm, 9/11/2011.

6.Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia.

7.Peserta digalakkan memasang plugin/widget “Waktu Solat” dimana-mana lokasi dalam blog. (bukan syarat wajib).

Yangbaik tertanya-tanya juga apa lah gadget impian yang bakal diumumkan oleh Denaihati.  Jika nak diikutkan Yangbaik, memang banyak sungguh gadget yang menjadi impian terutamanya yang melibatkan teknologi.  Walaupun Yangbaik bukanlah celik sangat tentang teknologi IT yang canggih, tetapi Yangbaik memang suka sangat gadget yang canggih manggih nih... jom explore antara gadget impian Yangbaik pula... kot-kot ada dalam senarai Denaihati.
 
Lamborghini tu... kalau ye pun nak dimasukkan dalam senarai gadget lampu bolehlah tak pun side mirror. Tak pun model saja...


Adakah ianya Samsung Galaxy SII.. elok sangat la handphone Yangbaik pun dah lama tak tukar baru... masuk 4 tahun dah...


Atau... kamera digital Sony Nex-C3...


atau....


masih lagi rahsia... kerana setiap peserta yang layak perlu ikuti perkembangan dan arahan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan oleh Denaihati.com

Tunggu aje lah.

Akhirkata... last but not least:
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak

04 November 2011

Yang baik tentang rahsia dan nasihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rahsia.  sesuatu yang menjadi milik peribadi seseorang dan kadang-kadang tanpa disedari rahsia yang ada pada diri kita menjadi rebutan banyak pihak untuk mengetahuinya.  Atas apa tujuan?  Hanya mereka yang tahu.  Dan mungkin juga kerana sedikit kesilapan dan kealpaan kita rahsia itu walaupun pada asalnya biasa-biasa akan jadi luar biasa dan mampu menjatuhkan maruah serta peribadi kita.

Nasihat.  jarang sangat seseorang itu suka mendengar nasihat.  namun sebagai seorang sahabat yang mengetahui tentang sesuatu rahsia tentang sahabat haruslah bijak menjaga rahsia dan memberi nasihat yang patut-patut kepada sahabat itu mengenai rahsia yang tidak diketahuinya.

memang sukar dan susah hendak memberi nasihat terutama kepada sahabat yang kita sanjungi atau sahabat yang baru kita kenali.  Baru sahaja nak kenal dengan lebih rapat tiba-tiba ada rahsia lain yang mencelah seolah menjadi batas dan sempadan antara dua sahabat.

So.. bagaimana situasi sekarang?  Dilema kan... Biarkanlah dilema itu berlalu pergi atau perlukah pedulikan rahsia itu atau bagaimana lagi...

.... keliru... migrain... sentap pula...

"Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya".  (Imam asy-Syafi'i)

nasihat, rahsia, nama baik, khianat



*

02 November 2011

Mutiara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

perkongsian ilmu...

....

...

Jangan berikan ilmu Anda kepada orang yang tidak mau menuntutnya. Jangan Anda tebarkan mutiara kepada orang yang tidak mau mengambilnya. Dan jangan gelar dagangan Anda di hadapan orang yang akan menghancurkannya.


(Yazid bin Maisaroh)

Yang baik antara kesenangan dan tanggungjawab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita sering tersekat antara dua atau lebih pilihan.  Pilihan untuk melakukan, tidak melakukan atau tidak mengambil tindakan.  Atau mungkin juga ada pilihan lain yang tidak kita sedari. 

Memang sukar untuk membuat pilihan anda kita tidak bersedia dengan setiap apa yang bakal berlaku.  Bermakna di sini kita perlu bijak dan paling kurang pun kita perlu tahu mentafsirkan apa yang bakal berlaku di sekeliling kita dan kaitannya dengan sesuatu peristiwa.  Kelak kita tidak dicop sebagai penghalang kejayaan kepada organisasi kita. 

Kesenangan.  Semua orang nak senang namun tidak semua orang sanggup bersedia menerima tanggungjawab.  Untuk berhadapan dengan kesenangan bukan datang bergolek seperti mentimun atau datang melayang seperti kekabu.

Semua kesenangan yang bakal kita perolehi datangnya bersama tanggungjawab.  Tanggungjawab untuk mempertahankan kesenangan dan jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan kesenangan.


Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia :
(1) mengingat kematian dan
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.


(Ibrahim at-Taimi)
 
 
 
 
Semoga setiap dari kita sentiasa bersedia dengan tanggungjawab.
 
Sekian.

Hentikan kegedikan melampau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu serta sebagai seorang anak yang pernah suatu masa dahulu mempunyai zaman remaja... terasa terkilan juga bila melihat gadis-gadis dan remaja yang 'terlebih manja' atau 'gedik'.  Tak salah mempunyai perasaan itu kerana naluri kita memang begitu, tetapi peliharalah kegedikan itu dan jangan lah sesekali dipertontonkan kepada pihak awam.  Simpan lah perasaan itu untuk diri sendiri. 

Sungguh memang orang akan kata, peduli apa itu 'aku punya pasalllah, engkor apa sebok'.  Biasakan?  Jangan dibiasakan ayat-ayat sebegitu, bila ditegur terimalah dengan terbuka dan cuba perbaiki diri.

Terasa sungguh mual dan meloyakan bila kegedikan itu jadi bahan tontonan dan bahan perleceh oleh pihak lain.  Ia bukan suatu kemegahan untuk dibanggakan sebaliknya sesuatu yang sepatutnya dielakkan kerana i bisa mengundang suatu perasaan yang tidak menentu suatu masa kelak..elakkan lah yer.. 


Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.                      (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)




.

01 November 2011

Cerita banyak di bulan Oktober

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah banyak rupanya aye bercerita di sepanjang bulan Oktober 2011.  Macam-macam cerita dan yang lebihnya dalah berkisar kehidupan seharian dan yang berkaitan dengan kehidupan aye atau kehidupan anda juga.

Cuma satu kekurangan aye adalah bercerita tentang kewangan dan pelaburan.  Sedangkan dunia sekarang hatta dalam blog pun banyak yang bercerita mengenai kaedah menambah pendapatan sama ada melaui insuran, jualan langsung atau perniagaan 'online'.  Memang bukan dunia aye nak bercerita bab-bab kewangan.  Namun mana tahu beberapa masa kelak aye akan bercerita mengenai dunia kewangan pula. 

Antara catatan bulan oktober yang paling mendapat sambutan adalah:

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 5 Tahun , Ramaikan Folower, dapatkan pembaca dan 16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Sebenarnya banyak lagi catatan popular tetapi bukanlah catatan bulan oktober sebaliknya catatan bulan-bulan yang lepas termasuk juga tahun-tahun yang lalu.

Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di blog aye yang seberapa ini.  Walaupun ada singgah sebagai silent reader atau tersinggah kerana cari yang lain jumpa yang lain.  Kesudian anda meningkatkan trafik di blog ini sungguh-sungguh dihargai dan secara tidak langsung meningkatkan keazaman aye untuk menambahbaik kualiti karya di blog ini.

Terima kasih. 

Oktober dalam kenangan, November pula menggamit ingatan.


,

Carian