Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu serta sebagai seorang anak yang pernah suatu masa dahulu mempunyai zaman remaja... terasa terkilan juga bila melihat gadis-gadis dan remaja yang 'terlebih manja' atau 'gedik'. Tak salah mempunyai perasaan itu kerana naluri kita memang begitu, tetapi peliharalah kegedikan itu dan jangan lah sesekali dipertontonkan kepada pihak awam. Simpan lah perasaan itu untuk diri sendiri.
Sungguh memang orang akan kata, peduli apa itu 'aku punya pasalllah, engkor apa sebok'. Biasakan? Jangan dibiasakan ayat-ayat sebegitu, bila ditegur terimalah dengan terbuka dan cuba perbaiki diri.
Terasa sungguh mual dan meloyakan bila kegedikan itu jadi bahan tontonan dan bahan perleceh oleh pihak lain. Ia bukan suatu kemegahan untuk dibanggakan sebaliknya sesuatu yang sepatutnya dielakkan kerana i bisa mengundang suatu perasaan yang tidak menentu suatu masa kelak..elakkan lah yer..
Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal. (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.