Assalamualaikum
Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam. Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri. Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu. Semuanya tidak sihat. Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya.
Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa. Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna. Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya. Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.
Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut. Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah. Mudah-mudahan mereka selamat. Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah. Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa. Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...
Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula. Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...
....>-<
......
Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.