Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label hari raya Aidil Adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya Aidil Adha. Papar semua catatan

13 Jun 2024

Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, akan adanya majlis korban dan petugas korban.  Petugas ini ada yang diupah dan ada juga bekerja secara sukarela.



عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih


Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban





Pengajaran:

1.🪵Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2. 🪵Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.🪵Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 

4. 🪵Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5. 🪵Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir.

6. 🪵Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7. 🪵Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 

8. 🪵Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9. 🪵Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 

10. 🪵Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). 





Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.


Sumber:  PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


Terima kasih.  

15 Oktober 2013

Aidiladha dan ulangtahun yang terlepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekali update cerita melalui note smart.  Cerita ini pada asalnya telahpun direkod pada tengahari tadi tetapi atas kekhilafan sendiri... cerita itu terpadam atau mungkin juga terawang awang entah di mana.

Sila abaikan cerita di atas kiranya ia terlalu skema atau menjengkelkan.

Selamat menyambut Aidiladha.  Semoga Aidiladha ini memberi erti yang mendalam dan amat bermakna.  Sesungguhnya Aidiladha merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terutamanya di Malaysia sehari sebelum 10 Zulhijjah 1434, penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan rasminya adalah hak ekslusif umat Islam.

Semalam juga iaitu 14 Oktober, merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama Muhammad Abid.  

Semoga Abid dikurniakan kesihatan yang berkekalan dan diberkati.

Suka dunia pentas dunia

Keletihan dan mengantuk

Assalamualaikum

Letih sungguh hari ini.  Sudahlah malam tadi tidur lewat, pagi ini bangun awal.

Setelah siap semua orang hari ini sarapan lemang dengan rendang dan minum pula Milo.... tersangatla mengantuknya sekarang ni

Shhhhhh.... Abid nak tidur!

:)

06 November 2011

Qurban yang dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

catatan melekat mulai 3/11/2011 - 6/11/2011

Gambar hiasan - ada maksud yang tersirat di sebaliknya

BINGKISAN QURBAN - DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

• Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

• Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

• Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)



HUKUM IBADAH KORBAN

Bagi setiap umat Islam yang mampu amat digalakkan oleh agama untuk melakukan ibadah korban dan hukumnya adalah sunat muakkad ( sunat yang amat dituntut)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

• Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

• Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

• Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

• Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Menzahirkan rasa kasih sayang dan mengeratkan ukhuwwah melalui amalan bersedekah daging korban atau menjamu makan dengan korban tersebut

• Menzahirkan ketaatan kepada perintah-perintah Allah SWT, sebagaimana taatnya para nabi rasul dalam melaksanakana segala suruhan dan larangan

• Menyuburkan sifat pemurah dan mengikis sifat kedekut . Ibadah korban yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT mendorong kepada pemupukan sifat-sifat pemurah yang dipuji dan mengikis sifat kedekut yang tercela.


Kedudukan orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


Kesimpulan

Marilah sama-sama kita (bagi yang berkemampuan) melakukan ibadah korban pada hariraya korban kali ini samada untuk diri sendiri atau kepada orang lain, kerana kita belum cukup pasti apakah kita boleh atau sempat untuk melakukannya pada tahun yang akan datang.

sumber:  CITU UiTM (Perak)

Carian