Selamat sejahtera 1Malaysia,
Hari ini kita dikejutkan... walaupun dah lama tau tetapi hari ini atau semalam kita dikejutkan dengan kebangkitan suara rakyat di Mesir. Keberanian dalam perjuangan menghadapi kemelut kehidupan yang tidak menentu. Untuk itu juga tiada ulasan lanjut dari aye yang tak berapa nak keluar idea nak menaip... ketukan jejari di keybord ni terasa seakan kematu... ntah ke mana hilangnya bait-bait ayat itu ?
Begitu juga gambaran perasaan kita... tidak semua yang ada dalam perasaan dapat digambarkan dengan kata2... sesekali gambaran yang terlukis hanya difahami oleh insan manusia itu atau adalagi insan lain yang pakar .... barangkali... namun ia jarang sekali tepat.
dah .... layan jer...
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
02 Februari 2011
Tanda Cinta
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sekadar berkongsi .... tanda cinta, boleh juga dijadikan bekalan untuk 14 Februari 2011.... erhhh hari ape yerk.... tak yah susah2...
Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya. (Ar Rabi' bin Anas)
01 Februari 2011
CD khurafat dah keluar!
Selamat sejahtera 1Malaysia,
CD Khurafat dah keluar?... Kenape tak tengok kat panggung jer... Tengok kat panggung lagi best giler..gempak habis, dengan sound effect yang debum. Silap2 dapat tengok 'wayang percuma'...
Bab pi panggung lagi satu hal. Aye memang dah lama sangat tak ke panggung wayang. Last pergi pun masa sekolah, itu pun pergi dengan kawan2 tengok cerita Azura... beli tiket dan tambang bas guna duit belanja sekolah... jenuh menyimpan... sekarang ni dah besau panjang walaupun dah kerja... dan dah kahwin jugak... tak berapa minat le... sorri yer... pengalaman masa tengok cerita Azura tu... dah cukup ... mengajar erti hidup... tak sanggup nak diulangi lagi... stop kat sini.
heh.... ini nak cerita tentang CD pulak... kalau CD cetak rompak mungkin dah berlambak kat pasaran sekarang... pergi jer kat pasar malam... tak pun ka kedai CD di kawasan 'gelap' pasti ada... Opsss jangan salah faham pulak... aye bukanlah dari kalangan peminat CD cetak rompak ... tak puas nak tengok...
cerita jer nak cari CD filem Khurafat... tapi sebenarnya aye ni kalau nak tengok bab seram sejuk... nih... memang rasa seram sejuk jugak... tengok dengan bantal jer la... hikikikik...
layan...

31 Januari 2011
Terkini: Harga Minyak Ron 97 naik 10 sen mulai 1 Februari 2011
Selamat sejahtera,
Harga minyak Ron 97 naik lagi, dari RM2.40 kepada RM2.50. Kenaikan sebanyak 10 sen yang dikatakan kali ke empat dijangka akan berkuatkuasa mulai 12.01 malam ini.... pasti ker.
artikel ini aye dapat dari blog aku dan sesuatu...
mungkinkah kenaikan berkenaan akan disusuli pulak dengan ROn 95.... oh tidak... jangan lagik...
sekian.

Wujudkan blog untuk kutuk blogger jutawan | Alkisah sebuah pencarian bersama Nuffnang
Selamat sejahtera 1Malaysia,
Wujudkah blog khusus untuk mengutuk blogger lain? Suatu pertanyaan yang agak keras bunyi nye, tetapi itulah hakikat yang harus diterima. Adakah blog sedemikian wujud di Malaysia atau mana-mana negara di dunia yang khusus untuk kutuk-kutuk orang. (Jawablah sendiri)
Aye bukanlah pakar motivasi atau pakar kaunseling. Pi kursus kaunseling pun baru peringkat asas jer. Memang nye yer motivasi atau kaunseling tiada kaitan dengan tajuk catatan nih, tetapi pasti ada kaitan dengan apa yang aye nak catatkan, supaya nanti tiada lah sesiapa yang membacanya terperasan pulak yang aye nih pakar itu ini.... oh tidak...
gambar dari nuffnang.com.my untuk yangbaik.blogspot.com - sebuah pencarian pada 31.1.2011 sehingga jam 11.00 pagi. |
Gambar di atas (untuk lebih jelas klik pada gambar berkenaan maka akan membesarlah gambar itu) menceritakan apa yang aye perkatakan di peranggan atas. Bacalah apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat.
Sebenarnya tadi, sejurus sebelum buat entry ni aye ada terbaca kat facebook. Tak tau pulak tak pasal2 rupanya memang ada orang cari blog yang kutuk Redmummy.com. Bukan aye nak jadi peguambela RM lagipulak aye bukan kojer ngan RM, memang tak dapat dan tak pernah dapat sesen pun dari RM (kot2 lepas ni ... itu lain citer lah). Cuma macam tak sangka kan... tiba2 ada orang cari benda2 tak baik tu kat blog nih... kontra kan dengan nama blog nih... helloooo.... nama blog neh yangbaik tau... bukan yang tak baik... isk3. Tapi tak per, at least kita tau juga asam garam dan rencah hidup manusia yang berbagai-bagai.
Then, lagi satu nak cerita tentang sebuah pencarian yang panjang mengenai Fasha Sandha... ada jugak...
cukup dulu membebel kat sini...sekian.
*p/s: istilah 'blogger jutawan' tidaklah merujuk kepada Redmummy, kerana dengan terang dan jelasnya RM telah menyatakan dalam blog nye berkali2 bahawa beliau belum pun menjadi jutawan hanya kerana blog.
peace...
Lebih dari 10 Fakta mengenai The World of Dubai
Selamat Sejahtera buat 1Dunia,
The World of Dubai! Gugusan pulau buatan manusia digelar The World di perairan Dubai, didakwa kini terbiar dan semakin terhakis.
Bagaimanapun, pemaju projek itu, Nakheel menegaskan dakwaan yang dibuat sebuah mahkamah tentang keadaan 300 buah pulau itu tidak benar sama sekali sebaliknya pulau-pulau tersebut masih stabil.
"Tiada isu tentang kestabilan pulau-pulau di The World yang yang lebih kurang 70 peratus daripadanya telah dijual dan diserahkan kepada pemiliknya.
"Pembeli pulau itu berhak meneruskan pembangunan yang telah dirancang," ujar jurucakap Nakheel menangkis dakwaan itu.
Pulau-pulau yang kebanyakannya dimiliki individu kaya dari pelbagai negara yang hanya boleh dimasuki menggunakan bot atau helikopter itu, merupakan satu daripada projek mega negara Teluk tersebut.
Pemilik-pemilik pulau terlibat telah mengumumkan beberapa perancangan untuk membangunkan pulau mereka, tetapi kerja-kerja itu masih belum berjalan sepenuhnya.

30 Januari 2011
Kesabaran dan keredhaan Fasha Sandha
Selamat sejahtera,
Dramatis popular reda apabila hubungan cintanya dengan Jejai sudah berakhir
ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini. Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Baginya, jalan yang diambil itu adalah pilihan terbaik buat mereka berdua dan selebihnya, dia memohon untuk menyimpannya kemas di sudut hati sebagai rahsia yang tidak perlu dikongsi.
“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.
“Saya tidak kecewa, sebaliknya berasa seperti mendapat kekuatan baru untuk meneruskan perjalanan hidup ini,” ulas pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan ini sarat nada positif.
Cuba disuap soalan mengenai kemungkinan hatinya masih berbekas dengan perasaan sayang terhadap Jejai, aktres kelahiran Johor Bahru itu cuma mampu menghela nafas panjang sebelum bersuara ringkas. Bisik Fasha perlahan, biar semua itu disimpan sendiri di kamar hatinya. Apa yang dapat mampu dijelaskannya, dia sudah memaafkan Jejai atas perpisahan yang terjadi.
“Langsung saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepadanya. Saya juga manusia biasa yang punya kekurangan dan tidak sempurna. Saya cuma mahu mengingati segala yang manis sepanjang bersamanya.
“Secara peribadi, Jejai seorang lelaki yang baik namun sudah tertulis dia bukan jodoh saya. Saya reda kerana perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua,” katanya yang kekal dengan pendirian untuk terus mengunci mulut.
.... sumber Berita Harian Online

Tenang hadapi musibah dan bencana
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tenang hadapi musibah dan bencana. Siapa kita untuk menduga kita yang bisa terjadi. Namun kita mampu berusaha dan berikhtiar serta merencana setiap peristiwa yang bakal kita tempuhi. Contohnya hari ini, dalam pilihanraya kawasan DUN Tenang. Dalam bersiap siaga, hujan lebat melanda dan mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan. Anggota bomba dan JPA3 sentiasa bersedia...
Dalam masa yang sama ada pula hebahan melalui SMS yang mengatakan pilihanraya dibatalkan. Mujurlah pihak SPR cepat membuat pemberitahuan... pilihanraya tetap berjalan seperti biasa seperti yang telah dirancang dan keputusannya bakal diketahui malam ini.
seketika itu dulu...
~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya
(Umar Al Khatab)
24 Januari 2011
Untuk seketika bukannya lama
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dah tengok gambar kat atas tu kan?
dah beberapa hari ni... dok asyik sangat dengan blog nih
untuk itu atas nasihat pakar rujuk dan penasihat peribadi
aye memilih untuk berehat seketika dari aktiviti blog
bukan bermakna tak buka internet atau blog
tetapi berehat unyuk memberi ruang kepada diri sendiri agar dapat berehat dengan aman bersama si jari runcing yang comel...
sambil itu menghabiskan masa dalam tempoh pantang larang dan juga makan jamu... ada jamu mak dara, jamu haruan, jamu perawan dan jamu makan nasi dengan sambal lada hitam...
tetapi itulah hakikatnya...
aye harus berehat dan akan kembali mengemaskini blog ini setelah kekuatan diri cukup untuk mencari idea-idea baru dan bernas...
masa rehat itu aye akan jeling-jeling juga ke blog ini...
sekian, selamat berbloging kepada semua...
gambar hiasan: sumber dari google.com |

23 Januari 2011
Sakit gigi atau gigi sensitif ?
Selamat sejahtera 1 Malaysia,
Mempunyai gigi yang sensitif memang menyakitkan dan menyukarkan. Kerana sensitif itulah hilangnya satu nikmat makan. Namun tahap sensitiviti seseorang berbeza dan punca atau sebabnya mungkin doktor gigi sahaja yang mampu menghuraikannya.

zaman kanak-kanak memang indah... kecantikan gigi jika tidak dijaga dan diurus dengan baik mampu mengubah cara dan corak pemakanan apabila dewasa.
apabila dewasa... kerana kelalaian atau kecuaian semasa muda (bermula dari zaman kanak-kanak) atau mungkin juga kerana semulajadi, kerosakan gigi amat menyukarkan.
untuk itu apa kata anda buktikan pada diri anda bahawa masih belum terlambat untuk mengatasi masalah gigi yang sensitif... layari laman web colgate untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jangan jadikan gigi sensitif satu penyiksaan...Buktikan bahawa anda mampu hidup bahagia..
ps: catatan khidmat masyarakat untuk colgate dan nuffnang dari yangbaik.blogspot.com
sekian...
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA