Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

28 Februari 2011

Mutiara: Jalan Mujahadah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)

20 Februari 2011

Apa yang ditutup mampu mendatangkan faedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


(koleksi gambar peribadi)

Apa yang ditutup? Mampu mendatangkan faedah kepada ramai orang dan juga kepada diri sendiri.  Antaranya aurat, bagi seorang wanita Islam auratnya dari sehelai rambut sehinggalah ke hujung kaki... huraiannya... bagi setiap wanita Islam mampu mengetahuinya dan sedia memahaminya kerana kita belajar mengenai itu di sekolah dulu...

Lainnya adalah seperti berikut:
Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.  (HR Muslim)

Huraian:
Faedah 1 - menutup aurat dapat pahala untuk diri sendiri dan juga kepada ibubapa atau suami.
Faedah 2 - tidak mendedahkan rahsia (aib) orang lain dapat pahala juga di mana rahsia kita akan terpelihara.



Sekian.  Semoga mendapat manfaat.

.

11 Februari 2011

Baik bicara itu yang bagaimana?

Assalamualaikum dan selamat 1Malaysia,

Selamat pulang warga Malaysia (Pelajar atau pekerja) dari Mesir (Kaherah).  Setelah menjejakkan kaki di tanah Malaysia ini tentu lepas segala rasa gundah gulana yang berkecamuk dalam dada.  Semoga anda semua sihat dan selamat.


Kembali kepada tajuk... baik bicara itu bagaimana ya?

Aye dan anda semua tentu bersetuju baik bicara itu adalah bercakap dengan sopan dan tidak menyakitkan hati orang selain dengan nada suara yang sedap didengar. 

~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.(Ibnu Mubarak)

~~~~~~~~~~~~~~~

04 Februari 2011

Jangan tertipu

Selamat Sejahtera buat 1 Malaysia,


*
*
*
*
*
~~~~~~~~~~~~
Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan Anda atau tidak.  (Hasan Al Bashri)

~~~~~~~~~~~~

erk.... apa kaitan gambar dengan catatan kat atas tu...????

sekian...

02 Februari 2011

Tanda Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sekadar berkongsi .... tanda cinta, boleh juga dijadikan bekalan untuk 14 Februari 2011.... erhhh hari ape yerk.... tak yah susah2... 


Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.  (Ar Rabi' bin Anas)

23 Januari 2011

3 Bersaudara mengidam aiskrim Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tidak ingin memberi komen yang panjang-panjang, sebaliknya sekadar catatan untuk ingatan diri dan siapa-siapa yang sudi membaca.

~~~~~~~~~
Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.

(HR Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Sekian semoga mendapat manfaat bersama.

p/s:  nak sambung buat aiskrim... dah sejuk kot... nanti kite letakkan gambar 3 bersaudara dan aiskrim Malaysia ye...

21 Januari 2011

11 Panduan Insan Yang Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila bercakap tentang bahagia, semua orang ingin bahagia.  Tetapi bahagia bagaimana yang perlu kita hadapi dan bagaimana nak uruskan bahagia itu.

Berikut adalah ringkasan bagi panduan untuk perolehi bahagia yang sempat aye kutip dari pembacaan.  11 panduan berkenaan adalah:

1.  Zuhud. 
Berpada-pada dengan pemberian Allah.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Berzuhud di dunia melapangkan hati jasad, sebaliknya keinginan melampau terhadapnya memenatkan hati dan tubuh badan".  (riwayat Ibn Majah)

2.  Istiqamah terhadap Ibadat dan Al-Quran. 
Sentiasa beramal dengan perintah Allah dan menunaikan suruhan serta laranganNya, di samping sentiasa menjadikan al-Quran sebagai rujukan dan panduan.  Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah al-Quran, bahawasanya ia akan datang pada hari kiamat sebaai syafa'ah bagi pemilik-pemiliknya (orang yang selalu membacanya)".  (riwayat Muslim)

3.  Bercakap pada yang perlu. 
Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia seperti membebel atau bercakap kosong (gossip).  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, katakanlah sesuatu kebaikan atau (lebih baik) berdiam diri".  (riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

4.  Menjaga Solat 5 waktu. 
Solat 5 waktu (Maghrib, Isya', Subuh, Zohor dan Asar) ditunaikan segera apabila masuk waktunya.  Solat itu menjadi pembersih kepada kesalahan dan kejahatan apabila dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.  Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 238, bermaksud: 
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta ('Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyu'".

5.  Waspada terhadap perkara haram dan syubhat (meragukan).
Waspada (wara') terhadap sumber makanan atau pendapatan dan menjauhkan diri daripada perkara yang meragukan.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Demi diriku yang dalam tangannya (Demi Allah), tidak seseorang hamba yag berusaha mendapatkan sesuatu harta yang haram, kemudian ia menafakahkan dengannya akan diberkati baginya dan begitu juga jika ia bersedekah akan diterima darinya dan jika ia meninggalkannya di belakangnya (sebagai harta warisan setelah dia mati) melainkan ianya akan menjadi bekal untuknya di dalam neraka.  Bahawasanya Allah tidak membersihkan kejahatan dengan kejahatan , tetapi Ia membersihkan kejahatan dengan kebaikan kerana yang kotor tidak akan dapat membersihkan yang kotor."  (riwayat Ahmad ibn Hanbal)

6.  Bersahabat dengan orang yang soleh.
Darpada 'Abdullah ibn 'Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah Ta'ala adalah orang yang paling baik bagi sahabatnya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah Ta'ala ialah orang yang paling baik bagi jirannya."  (riwayat al-Tirmidhi)

7. Tawaddu' dan tidak takabbur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang tawadhu' kepada saudaranya yang muslim, Allah akan mengangkatnya, namun sesiapa yang mengangkat dirinya, maka Allah akan merendahkan dirinya."  (riwayat al-Tabrani)
  
8.  Pemurah dan tidak kedekut.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kami.."

9.  Belas Ihsan dengan ciptaan Allah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-A'raf ayat 56 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya."
10.  Memberi manfaat kepada makhluk.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfa'at kepada manusia."  (riwayat al-Jama'ah)

11.  Sentiasa mengingati mati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jangan seseorang dari kamu bercita-cita (berangan-angan) untuk mati kerana sesuatu kemudaratan yang terkena ke atasnya (di dunia ini).  Maka jika ianya sesuatu yang terpaksa dihadapi, katakanlah, "Duhai Allah (terus) hidupkanlah daku, jika kehidupan itu baik untukku dan matikanlah daku, jika mati itu baik untukku."  (Muttafaqun 'alayh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sekian, semoga mendapat manfaat bersama.  Wallahhu a'lam


Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.(HR Tirmidzi)

25 Disember 2010

Suara yang keras dari ibu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia,


Sebagai seorang anak, sejak dari kecil lagi kita diajar agar berlemah lembut ketika bercakap dengan ibu dan bapa atau juga dengan orang yang lebih tua dari kita.  Bukan itu sahaja bersopan dan berlemah lembut adalah budaya kita sebagai orang Melayu dan terutamanya orang Islam.

Andai pernah berkasar atau meninggi suara dengan ibu cepat-cepatlah minta maaf, supaya tak lama rasa tersinggung di hati ibu...

~~~~~~

~~hayati bait-bait berikut, semoga mendapat manfaat:-~~

"Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki".

~~~~~

22 September 2010

Siapa yang beruntung dan siapa pulak yang rugi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kesibukan mengejar dateline kerja dan due date yang semakin dekat, sedaya upaya aye cuba jugak buat entry dan kemaskini sikit blog nih...cuma mungkin juga entry sekarang nih, semenjak sehari dua atau seminggu dua nih agak kurang berkualiti kerana kesibukan dan kesedihan dan segala macam ujian serta cubaan yang sedang cuba diatasi dengan sebaik mungkin bak menarik rambut dalam tepung... rambut tak putus tepung tak berselerak... sesuai ke pepatah nih dengan cerita aye... layan jer.

siapa orang yang beruntung:
Menurut al-Quran (Firman Allah), orang-orang yang beruntung adalah
1.  orang yang khusyu' dalam solat (sembahyang)
2.  orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang lagha (sia-sia/tidak berguna)

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna".  (QS. Al Mu'min: 1-3)

untuk itu sentiasalah kita perbaiki solat dan bersegeralah solat bila masuk waktunya serta jauhkan diri kita sejauh-jauhnya dari perbuatan yang sia-sia
nak ulas panjang-panjang, rasanya semua orang tau apa dia perbuatan yang sia-sia.

Entri ini sekadar ingatan untuk diri ini yang selalu alpa dan leka.  Semoga kita tidaklah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang rugi.  Siapa pula yang rugi?... tunggu nexk entry.

Sekian adanya.  Wassalam.

06 September 2010

Akhirat, dunia dan hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nothing much to write down, just for remember and please no heart feeling....

(gambar tiada kaitan dengan isi cerita)

"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina"


(Abu Sulaiman Ad Daroni)
~~~

24 Ogos 2010

siapa yang berlagak dan sombong

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

saja nak sembang-sembang jap
heeheh.. kita tentunya biasa jumpa orang yang sombong
tapi betul ke sombong
macam sesetengah artis atau sesetengah kawan2 kita...
dia akan cakap... saya tak sombong... hanya orang yang kenal jer yang tahu
kalo difikirkan balik... mungkin juga betulkan...
yer lah tak semua orang tu peramah...
kerana dia tak pandai bercakap atau kerana dia dalam 'moody'... dah dicop sebagai sombong atau berlagak.
mintak-minta tu kita tidak terdiri dari golong yang dibenci oleh Nabi S.A.W.

maksud hadis untuk ingatan diri sendiri:-

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong.

(HR Tirmidzi)

21 Ogos 2010

bersyukur dengan apa yang ada

Assalamualaikum dan salam Ramadhan

untuk ingatan bersama, semoga di bulan yang penuh berkat ini memberi penuh makna dalam kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih

(QS Ibrahim :7)

20 Ogos 2010

Entri yang cantik [dalam hidup seorang blogger]

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

maaf kepada semua, entri ciplak lagi untuk kali ini.
namun harapnya dapat dibaca dan difahami semua yang membaca...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari bujang-kahwin No 1, no.2,  DLL.
Dari pakai moto kap, kancil-wira, Honda, seterusnye..
Badminton, Golf
Rumah sewa, rumah murah, rumah teres, banglow....
Technician, supervisor, engineer, manager...
Tv 14', 21', 29', Home theather...
Sg Danga, Tanjung Leman, Langkawi, Hadnyai, Bangkok ..
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I .....

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

permohonan orang yang berdoa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

sekadar ingatan:...

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran


(QS. Al Baqarah: 186)

12 Ogos 2010

Rahsia Solat Di Awal Waktu dan kaitannya dengan warna

Assalamualaikum selamat sejahtera buat pembaca budiman.
Di sini AYE nak kongsi email yang diterima dari seorang sahabat, 'malangnya' sumber bagi artikel berkenaan tidak pula AYE ketemui, namun AYE mengharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita.

Rahsia Awalan Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
~~~~~~~~~

Catatan AYE:
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, sebaliknya yang buruk itu datang dari AYE yang lemah dan serba kekurangan.  Namun AYE mengharapkan akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah semoga sentiasa mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.  Wallah Hu a'lam.

11 Ogos 2010

5 Perkara

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Bagimana hari ini...
untuk tidak memberatkan fikiran dan minda
layan je ...

Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati


(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

07 Ogos 2010

Tatkala tibanya bulan Ramadhan!

Assalamualaikum,

Ramadhan semakin dekat...

Kita akan menerima kunjungan bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA


Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bukan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

"ADA 7 golongan manusia yang kelak akan memperolehi naungan Allah subhanahu wata'ala (SWT) ketika tiada naungan yang lain kecuali naungan-Nya. Salah satu dari 7 golongan itu, kata Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam (SAW) sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah, adalah PEMUDA YANG TEKUN BERIBADAH".

Kata orang, masa muda adalah masa yang paling indah. Ketika itu tubuh masih tegap, kulit masih mulus, wajah masih menawan, tenaga masih kuat, keinginan masih menggunung, emosi masih meledak-ledak.

Kebanyakan pemuda merasa sayang bila masa itu lewat begitu sahaja tanpa "menghiasinya" dengan berbagai kesenangan duniawi. Pikir mereka, masa muda tak akan terjadi 2 kali. Kelak, jika sudah tua, barulah bertobat.
 
Sumber:  Ustz Md. Azmi Sukaimi, UiTM Perak

30 Julai 2010

Kemuliaan Bulan Syaaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam sedar dengan tidak, bulan Syaaban semakin menghampiri ke penghujungnya...  namun begitu rasanya belum lagi terlewat untuk dipaparkan artikel berkaitan kemuliaan bulan Syaaban, yang diterima dari seorang sahabat. 
~~~~~~~~

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Terima kasih kepada Ust. Md. Azmi Sukaimi, UiTM Perak.

16 Julai 2010

Keajaiban di Kubah Nabawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

berkongsi email yang diterima...
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.


Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

24 Jun 2010

Ada Apa Dengan Buruk Sangka? Mengapa Buruk Sangka?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah beberapa hari tak keluarkan artikel terbaru... hari ini nak buat cerita sikit tentang apa yang ada dengan sangkaan kita... Kita sering kali bersangka buruk hanya pada kali pertama kita bersua dengan sesuatu tanpa memikirkan apa disebaliknya yang kita lihat atau kita dengar... Namun untuk itu kita harus segera sedar dan memikirkan mengapa itu semua terjadi...Untuk itu ingin aye kongsi kan artikel yang aye terima dari seorang sahabat mengenai sangka buruk... semoga dapat dijadikan rujukan dan ikitibar...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sangka Buruk

Persepsi adalah sangkaan atau andaian. Fenomena membuat sangkaan terhadap sesuatu perkara atau keadaan biasa berlaku dalam masyarakat sejak dahulu lagi. Andaian-andaian dibuat kadang-kadang berdasarkan pengalaman dan pengetahuan seseorang yang belum tentu kepastian dan kebenarannya melainkan dengan bukti dan hujah yang kukuh dan sah.
Contohnya teori atau sangkaan dan andaian Charles Darwin tentang asal usul kejadian manusia. Kini andaiannya terhadap teori itu telah banyak disanggah oleh ilmuan hari ini dengan bukti dan hujjah masing-masing. Banyak lagi andaian-andaian dibuat seperti kiamat berlaku pada tahun 2012 dan lain-lain. Mungkin andaian-andaian ini ada kaitan dengan kajian saintifik, perkiraan matematikal dan sebagainya, namun ia tetap andaian yang belum tentu kepastiannya.

Dalam kehidupan bermasyarakat, Islam memberikan garis panduannya agar perjalanan hidup sentiasa harmoni dan sejahtera. Situasi yang terlalu banyak sangkaan dan andaian akan membawa kepada suasana yang huru hara dan tidak rasional. Segalanya mestilah dibuktikan sama ada melalui hujjah rasional, penyelidikan saintifik mahupun hujjah autentik.

Firman Allah SWT. , maksudnya:
Wahai orang yang beriman, jika sekiranya ada seorang fasik membawa suatu berita kepada kamu, maka periksalah dengan teliti (hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.
(Al-Hujurat : 6)

Firman Allah SWT., bermaksud :
Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.....
(Al-Hujurat : 12)

Hukum prasangka atau sangka buruk adalah haram dengan maksud sangkaan buruk itu ditujukan kepada seseorang walaupun ia hanya berlaku di dalam hati. Oleh itu jauhilah sangkaan buruk tersebut.

Menurut Imam al-Ghazali, jalan keluar untuk menghindarkan diri daripada perilaku ini ialah menjauhkan diri daripada terlalu mengikut kehendak hati atau tidak merealisasikan sangkaan buruk di hati dengan ucapan mahupun perbuatan. Segeralah beristighfar moga sangkaan di hati itu tidak berlanjutan dengan perkataan dan perbuatan.

Seandainya telah ternyata di hadapan mata sesuatu sangkaan buruk dengan hujjah dan bukti, maka sebaik-baiknya hendaklah segera menasihatkannya secara berhikmah dan jagalah diri agar tidak tertipu dengan hasutan syaitan sehingga menjadikannya sebagai bahan umpatan terhadap orang berkenaan atau mencanangkan keburukan tersebut kepada orang lain.

Biasanya sangkaan buruk ini akan membawa kepada satu lagi perilaku keji yang juga dilarang oleh Islam iaitu mengintip atau mencari kesalahan serta keburukan yang disangkakan tadi, agar ia menjadi benar-benar terjadi. Ternyata bahawa sifat menyangka buruk atau prasangka akan membawa kepada sifat buruk lain seperti mengumpat dan mengintip (sengaja mencari kesalahan orang lain).

Sama-samalah kita berdoa moga kita semua terhindar daripada sifat buruk tersebut dan hidup diberkati Allah SWT.

Wallahu a’lam

Disediakan oleh : Abd. Nasir Hj. Musa, CITU UiTM Perak.
~~~~~~~~~~~