Pengikut Setia

21 Januari 2011

11 Panduan Insan Yang Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila bercakap tentang bahagia, semua orang ingin bahagia.  Tetapi bahagia bagaimana yang perlu kita hadapi dan bagaimana nak uruskan bahagia itu.

Berikut adalah ringkasan bagi panduan untuk perolehi bahagia yang sempat aye kutip dari pembacaan.  11 panduan berkenaan adalah:

1.  Zuhud. 
Berpada-pada dengan pemberian Allah.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Berzuhud di dunia melapangkan hati jasad, sebaliknya keinginan melampau terhadapnya memenatkan hati dan tubuh badan".  (riwayat Ibn Majah)

2.  Istiqamah terhadap Ibadat dan Al-Quran. 
Sentiasa beramal dengan perintah Allah dan menunaikan suruhan serta laranganNya, di samping sentiasa menjadikan al-Quran sebagai rujukan dan panduan.  Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah al-Quran, bahawasanya ia akan datang pada hari kiamat sebaai syafa'ah bagi pemilik-pemiliknya (orang yang selalu membacanya)".  (riwayat Muslim)

3.  Bercakap pada yang perlu. 
Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia seperti membebel atau bercakap kosong (gossip).  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, katakanlah sesuatu kebaikan atau (lebih baik) berdiam diri".  (riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

4.  Menjaga Solat 5 waktu. 
Solat 5 waktu (Maghrib, Isya', Subuh, Zohor dan Asar) ditunaikan segera apabila masuk waktunya.  Solat itu menjadi pembersih kepada kesalahan dan kejahatan apabila dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.  Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 238, bermaksud: 
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta ('Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyu'".

5.  Waspada terhadap perkara haram dan syubhat (meragukan).
Waspada (wara') terhadap sumber makanan atau pendapatan dan menjauhkan diri daripada perkara yang meragukan.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Demi diriku yang dalam tangannya (Demi Allah), tidak seseorang hamba yag berusaha mendapatkan sesuatu harta yang haram, kemudian ia menafakahkan dengannya akan diberkati baginya dan begitu juga jika ia bersedekah akan diterima darinya dan jika ia meninggalkannya di belakangnya (sebagai harta warisan setelah dia mati) melainkan ianya akan menjadi bekal untuknya di dalam neraka.  Bahawasanya Allah tidak membersihkan kejahatan dengan kejahatan , tetapi Ia membersihkan kejahatan dengan kebaikan kerana yang kotor tidak akan dapat membersihkan yang kotor."  (riwayat Ahmad ibn Hanbal)

6.  Bersahabat dengan orang yang soleh.
Darpada 'Abdullah ibn 'Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah Ta'ala adalah orang yang paling baik bagi sahabatnya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah Ta'ala ialah orang yang paling baik bagi jirannya."  (riwayat al-Tirmidhi)

7. Tawaddu' dan tidak takabbur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang tawadhu' kepada saudaranya yang muslim, Allah akan mengangkatnya, namun sesiapa yang mengangkat dirinya, maka Allah akan merendahkan dirinya."  (riwayat al-Tabrani)
  
8.  Pemurah dan tidak kedekut.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kami.."

9.  Belas Ihsan dengan ciptaan Allah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-A'raf ayat 56 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya."
10.  Memberi manfaat kepada makhluk.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfa'at kepada manusia."  (riwayat al-Jama'ah)

11.  Sentiasa mengingati mati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jangan seseorang dari kamu bercita-cita (berangan-angan) untuk mati kerana sesuatu kemudaratan yang terkena ke atasnya (di dunia ini).  Maka jika ianya sesuatu yang terpaksa dihadapi, katakanlah, "Duhai Allah (terus) hidupkanlah daku, jika kehidupan itu baik untukku dan matikanlah daku, jika mati itu baik untukku."  (Muttafaqun 'alayh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sekian, semoga mendapat manfaat bersama.  Wallahhu a'lam


Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.(HR Tirmidzi)

2 ulasan:

  1. terima kasih kerana mengingatkan kita... kita pernah baca satu artikel yg menyebut... seseorang itu dinilai dari buruk baik sahabat disekelilingnya... (^_^) ~

    BalasPadam
  2. to manje,
    sama2 mengingati untuk diri sendiri juga...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian