Memaparkan catatan dengan label MerryFendy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MerryFendy. Papar semua catatan

5 Mei 2015

PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA MERRYFENDY SIMPLE BLOGS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA MERRYFENDY SIMPLE BLOGS


Syukur Alhamdulillah, rezeki berblogging juga bersempena dengan bulan kelahiran.  Sekali lagi terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs. Giveaway berkenaan telah berlangsung mulai 10 hingga 30 April 2015 dan hanya pada 16 April 2015 baru YangBaik sempat join.

Begitulah resam dunia, ada ketika kita terpilih dan ada ketika peluang itu adalah milik orang lain. Putaran itu sentiasa bertukar dan bersilih ganti.  Walau apapun persahabatan tetap juga penting selain daripada menambah kenalan.  Hadiah itu satu anugerah dan bonus yang hadir bersama rezeki. :D


Senarai Pemenang


16 April 2015

Jom Sertai Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Sertai Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs


Bukan senang juga untuk menganjurkan Giveaway terutama untuk pertama kali.  Banyak persediaan dan perancangan yang perlu dilakukan, antaranya menetapkan kumpulan sasar, tempoh berlangsung, hadiah dan kaedah pemilihan pemenang.

Kaedah pemilihan pemenang yang lazim dilakukan adalah menggunakan khidmat random.org dan ada juga yang menggunakan cabutan sendiri nombor peserta.

Kaedah yang paling sukar (mungkin) yang digunakan adalah oleh sebahagian blogger untuk contest SEO yang mana kaedah pemilihan pemenang agak lain dari yang dinyatakan di atas.  Nak cerita panjang lebar mengenai kaedah ini kena tunggu entri lain pula.

Sementara itu kita lihat dulu apa yang ditawarkan oleh MerryFendy melalui giveawaynya yang pertama ini.

Jom lihat...

MerryFendy Giveaway

http://pearlsweets.blogspot.com/2015/04/jom-sertai-giveaway-mudah-di-merryfendy.html


Giveaway berlangsung mulai 10 hingga 30 April 2015.

Hadiah yang ditawarkan agak lumayan juga untuk giveaway yang pertama kali dianjurkan.

Nak tahu apa hadiah yang ditawarkan klik banner di atas.

Boleh juga dapatkan syarat penyertaan.

Dengan ini saya tag anda semua yang melintas dan singgah baca entri ini.

Silakan.



babab.net