FOLLOWER

5 Mei 2014

Ada apa dengan tangan kiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedari kecil kita diajar supaya makan dengan tangan kanan dan dimulakan dengan Bismillah supaya kita kenyang dan makanan yang masuk ke dalam perut juga mendapat berkat.

Sekarang bila dah jadi mak... kenalah ambil perhatian dengan cara pemakanan anak-anak. Kadang-kadang kita tidak perasan anak-anak makan dengan tangan kiri.  Bila ternampak cepat-cepatlah tegur jangan dibiarkan sahaja.

Makan dengan tangan kanan.  Gambar hiasan


Mungkin kita akan biasa dengar orang akan kata ... "alahhh biarkan aje budak-budak tu, bila dah besar nanti taulah dia"

Tetapi dari kecil lah kita hendak bertegas dengan mereka.  Mungkin mereka tidak faham mengapa mesti makan dengan tangan kanan.  Kita yang dah dewasa sepatutnya menjelaskan dengan betul supaya mereka tidak terbawa-bawa hingga dewasa.

Mungkin petikan hadis berikut boleh dijadikan pedoman buat kita semua.

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.  (HR Muslim)

Tidak sukar sebenarnya nak ajar anak-anak sekiranya kita sentiasa mendidik mereka dengan cara yang betul dan sabar.

Sekian adanya.  Terima kasih.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$ 

8 ulasan:

  1. betul tu melainkan ada kecacatan yang memaksa dia guna tangan kiri

    BalasPadam
  2. SETUJU ..anak2 ni kita kena ajar sedari kecil ..
    Kalau dah mereka terbiasa buat sesuatuyg tak betul dari kecil dan kita cuba nak ubah bila diaorg dah besar mmg payah ...Nak melentur buluh biarlah dr rebungnyerr bukan dah jadi buluh baru sibuk2 nak lentur huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan anak-anak memang kena bertegas dari kecil... :D

      Padam
  3. Betul tu.... Kene selalu tegur jangan biar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. teguran membina jati diri kannn :D

      Padam
  4. didikan terbaik bermula dari rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa kan

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.