Pengikut Setia

22 Mei 2014

The Liebster Award by MyCherita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


The Liebster by MyCherita / Anugerah Liebster oleh MyCherita


malaysia blogger award, anugerah untuk blogger di malaysia

Logo di atas barangkali sudahpun diketahui ramai blogger.  

Ada kemungkinan ramai juga yang telah ditag oleh rakan blogger dan telah menghasilkan entri berantai berkaitan The Liesbter Award ini. Puas juga mencari makna dalam Bahasa Melayu, sebaliknya ia adalah kata nama khas dan memberi makna Anugerah Liebster. 

Kemungkinan menjadi satu trend atau ikutan adalah besar memandangkan melalui penyertaan di dalam anugerah ini blogger akan menjawab beberapa soalan dan seterusnya memanjangkan anugerah ini kepada rakan blogger yang lain.  

Namun, kemungkinan rantaian ini terputus juga ada memandangkan tidak semua blogger gemar akan anugerah ini kerana setiap blogger mempunyai gaya penulisan tersendiri dan tidak ramai yang suka terlibat dengan budaya ikutan sebegini.

Walau apapun melalui anugerah ini juga blogger dapat saling berkenalan mengetahui serba sedikit isu berkaitan rakan blogger yang menjawab persoalan dimajukan.

Anugerah Liebster ini YANGBAIK terima dari seorang rakan blogger yang secara jujurnya memang tidak pernah dikenali.  Dan tanpa disangka YANGBAIK telah ditag oleh blogger MyCherita.  Terima kasih tidak terhingga di atas penghargaan ini.  Agak lama juga sebenarnya YANGBAIK telah ditag tetapi baru sekarang baru berkesempatan membalas tag berkenaan.

Untuk rekod anugerah liebster ini bermula dari SINI.

Sekarang tiba giliran YANGBAIK untuk menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh MyCherita.

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.  

Secara jujurnya YANGBAIK tidak berapa gemar bercerita mengenai diri secara langsung di dalam blog.  YANGBAIK lebih suka bercerita mengenai situasi yang berlaku di sekeliling dan bersangkut paut dengan kehidupan seharian. Mungkin dari entri berkaitan rakan blogger yang kerap berkunjung akan mengenali serba sedikit mengenai YANGBAIK.  Hatta soalan sebegini setiap kali bila diutarakan ketika temuduga YANGBAIK akan gagal untuk menjawabnya dengan baik.  

2. Di mana anda tinggal?  

Secara skemanya, YANGBAIK tinggal di bumi Allah di tanah tumpahnya darahku Malaysia tercinta.  Tinggal di salah satu daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan.

3. Apa Hobi anda?

Hobi memang banyak sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan kerjatangan selaku seorang wanita.  Pada zaman sekolah dulu pernah menanam minat untuk mengumpul setem sebagai hobi... tetapi tinggal separuh jalan apabila buku setem hilang dalam simpanan.

Hobi utama sekarang adalah memasak terutama pada hujung minggu.  Tidak termasuk blogging dan mengubahsuai kedudukan perabot di dalam rumah.

4. Apakah makanan kegemaran anda? 

Selaku warga yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, makan kegemaran YANGBAIK adalah nasi dagang dan nasi kerabu.  

Sedang berusaha untuk meminati masakan mamak seperti kari dan kurma memandangkan makanan berkenaan adalah kesukaan encik suami.

5. Apakah sukan kegemaran anda? 

Sukan... sudah lama tidak aktif dengan sukan semenjak ada anak.  Walaupun sebenarnya YANGBAIK sendiri tiada sukan yang betul-betul digemari kecuali ketika zaman sekolah iaitu Bola Jaring.  Namun zaman berubah dan rentak bertukar seiring dengan perkembangan semasa serta bagi mengikut citarasa anak-anak, sukan yang digemari akan berubah dari semasa ke semasa antaranya Badminton dan mengayuh basikal.  Sesekali berjoging di Taman Tasik UTP.


6. Apakah warna kesukaan anda? 

Pernah menyukai warna merah dan biru serta hasil dari campuran keduanya iaitu ungu.  


7. Dimanakah tempat yang paling suka anda lawati di Malaysia? 

Banyak tempat yang suka dilawati.  Antaranya sudah tentu kampung halaman tercinta di Terengganu.  Tempat ini tidak termasuk rumah saudara mara yang lama ditinggalkan.  Buat masa sekarang angan-angan untuk melawat jauh terpaksa dipendamkan memandangkan anak-anak masih kecil.  

Untuk di negeri Perak, tempat yang paling suka dilawati adalah Lumut dan Teluk Batik.  

Lain-lain tempat, bukan tidak suka tetapi perlu diperhalusi dahulu bagi memberi ruang untuk anak-anak membesar dan sihat.

8. Apa Pendapat anda tentang blog MyCherita?

YANGBAIK baru saja mengenali blog MyCherita dan tidak sempat menghayati apa kandungan blog MyCherita.  

Secara peribadi YANGBAIK berpendapat blog MyCherita adalah seperti blog personal atau peribadi yang ringkas dan menarik.  

Tidak banyak yang dapat digambarkan kerana masih dalam proses memahami kandungan blog.

9.  Dari mana anda dapat tahu tentang blog MyCherita?

YANGBAIK kurang pasti tetapi seingatnya blog MyCherita diketahui melalui tag menerusi award Liebster oleh pemilik blog ini.

10. Apa perasaan bila anda melawat blog MyCherita?

Buat masa ini perasaan itu bercampur baur antara suka  dan teruja serta kurang pasti. Namun tiada perasaan yang dapat digambarkan sebagai benci atau menyampah kerana pengisiannya tidaklah keterlaluan yang boleh menyinggung perasaan atau menyakiti hati.

Semoga pengisian yang menarik dapat diteruskan dan diperbaiki.


Sebelum berakhir, YANGBAIK ingin tag blogger berikut:
  1. farah's bubblynotes
  2. Relaks Minda
  3. ::AIDA'S HOME SWEET HOME::
  4. Kakcik Seroja
  5. A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
  6. [♥] Zakwan-Nayli [♥]
  7. Gostan Sikit
  8. AIMI SYAHIRAH || iN tHe sTOrY
  9. ciklaili.com
  10. Nabeel Fikree

Berikut adalah soalan yang perlu di jawab oleh blogger yang telah di tag.  Jawapan boleh dalam salah satu bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Soalan ini diambil dari laman web The Liebster Award dan telah dialih bahasa menggunakan khidmat pakcik Google translate.  Soalannya seperti berikut:

1. Siapakah yang mempunyai pengaruh terbesar pada anda?
2. Apa yang anda suka tentang blog?
3. Apa yang anda tidak suka mengenai blog? (Be jujur​​!)
4. Apa yang membuatkan anda ketawa dengan kuat?
5. Apakah buku kegemaran anda?
6. Apakah quote (mutiara kat

a) kegemaran anda?
7. Apakah bentuk (jenis) media sosial kegemaran anda? (cth.  facebook, twitter etc.)
8. Adakah anda suka puisi? (Jika ya, sila nyatakan Puisi berkenaan atau puisi yang telah dihasilkan)
9. Apakah filem kegemaran anda atau rancangan TV?
10. Apakah perkara yang paling sukar yang pernah anda lakukan, atau halangan yang paling besar anda telah menghadapi dalam hidup anda?



Akhir kata, anda semua yang hadir ke blog ini adalah dialu-alukan untuk turut serta dan menjawab soalan yang tertera di atas.

YANGBAIK juga mohon maaf andainya anugerah liebster terhenti di sini dan sekiranya berhenti di sini ianya bukanlah kesilapan sesiapa sebaliknya "setiap yang bermula pasti akan berakhir".

Terima kasih.

3 ulasan:

  1. dapat juga mengenali siapakah yang berada disebalik blog yang baik ini.. :)

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab balas entri saya... salam ukwah, salam perkenalan... dok perak juge ye... ate setempat ler kite ye... ^_^

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian