Hari Isnin memang agak kalut dengan anak-anak. Walaupun belum lagi cuti sekolah tetapi dah mula liat bangun pagi. Malam tadi bukannya tengok badminton Piala Thomas. Memasing tidur awal...
Pemandangan indah di waktu pagi. Gambar hiasan
Intro sangatlah jauh beza dengan tajuk di atas kan. Boleh la untuk menunjukkan bahawa saya tidak sombong boleh bercerita apa saja selagi rasa nak bercerita.
Jangan pula ada orang cop saya sebagai sombong walaupun kadang-kadang saya tak pandai bercakap dan tak pandai bercerita kerana mood serig berubah mengikut rasa hati. Jika saya rasa nak cakap banyak... saya cakap banyak tetapi masih ada had. Dan bila tiba saya malas nak bercakap... saya akan diam dan hanya senyum sahaja melihat keletah awak. Begitupun cap itu telahpun bersebati dengan saya... :D
Pagi-pagi lagi dah kena 'sound' dengan encik suami... bukan kerana saya pun tetapi kerana orang lain. Jadi saya nak berkongsi di sini bukan sahaja untuk bacaan orang ramai tetapi untuk mengingati diri sendiri supaya tidak mudah cap orang lain ikut sesuka hati.
Dua kerugian orang yang sombong adalah;
Pertama dia tidak akan punya ramai kawan. Kawannya mungkin terhad kepada orang di tempat kerja sahaja tidak lebih dari itu. Kawan ditempat kerja pun hanya kerana kerja sahaja dan tidak lebih dari itu.Kedua, orang yang sombong akan susah mendapat bantuan. Bukan tiada bantuan tetapi bantuan lambat tiba kerana tidak ramai yang mengenalinya.
6 Perkara yang menyebabkan kesombongan |
Antara kriteria orang yang sambung adalah tidak menyambut teguran orang. Mungkin juga orang yang menegur itu tidak mengenali kita tetapi tidak salah rasanya menyambut teguran itu.
Kata-kata itu menginsafkan saya agar tidak sombong dengan orang sekeliling.
Sekian. Kita punya pandangan dan pendirian yang berbeza tetapi tidak salah untuk berkongsi.
Assalammualaikum...YB,
BalasPadammoga kita jangan mempunyai 'sombong' dalam diri.. perlukah kita sombong? tak perlu lah kan.. yer tak? Semuanya Allah yang punya.. kita hanya mengusahakan saje yer tak...
mselim3
pls: nice entry..
terima kasih saudara mselim3
Padamsiapalah kita untuk menyombong.
hye saya maria. salam perkenalan n kita tak sombong ;p
BalasPadamye maria... kita tak sombong juga :D
Padambetul. Apa guna sombong hidup kita terlalu singkat. Sesingkat azan dan Solat.
BalasPadamWaktu dilahirkan diazan
Waktu kematian disolatkan.
saya jarang ke blog ni. Insyaallah pasni saya serbu lagi ke sini
terima kasih atas perkongsian... datanglah lagi :D
Padambetul2 .. tak dak guna sombong.. banyak kerugian adalah .
BalasPadam:)
rugi betul orang yang sombong yer...
Padambetul tu cik akak... tiada untungpun orang yang sombong..
BalasPadam