FOLLOWER

11 Januari 2014

Nuffnangers pada hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru berkesempatan update entri terpanas untuk hari ini.  Pagi tadi tak sempat nak berblogging... sibuk masak untuk anak-anak dan encik suami.  Maklumlah pada hari cuti macam ini bila tiada kerja lebih masa atau tiada aktiviti luar... maka dipenuhkan masa terluang dengan aktiviti masak-masak.

Selepas makan bersama keluarga... keluar 'jalan-jalan' sekejap pusing bandar Seri Iskandar sampai ke Puncak Iskandar... hajat nak tengok perkembangan rumah baru tergendala kerana jalan ke sana belum siap. Masuk pusing-pusing di kawasan perumahan Desa Iskandar, kebanyak rumah di sana adalah dari jenis banglo mewah dan memang besar-besar.  Suka melihat suasana di kawasan berkenaan kerana boleh nampak kelainan dari segi lanskap dan hiasan luar serta reka bentuk rumah yang pelbagai...



Keluar sekejap saja kerana sayangkan kain di jemuran.  Mana tidaknya semalam seharian hujan dan mendung kain memang tak berapa kering.  Oleh kerana hari ini matahari menampakkan sinarnya walaupun tidak tinggi sangat... tetapi memadai untuk mengeringkan kain yang lembap termasuk longgokan kain yang dibasuh pada hari ini.

Sekarang ketika entri ini ditaip, matahari mula menyelinap bersembunyi di sebalik awan yang kelabu. Nampaknya memang tidak dapat melaksanakan aktiviti luar lagi hari ini... tunggu petang sikit tengok cuaca macam mana pulak.

Sementara itu, di atas dapur sekarang kacang hijau tadi telahpun mula menggelegak tunggu masa untuk dimasukkan santan, gula merah dan bahan sampingan lain.  Aye guna santan kotak, mudah dan senang disimpan.  Semasa tinggal di Sungai Galah/Kg Makmur dulu pernah juga menyimpan kelapa biji untuk masakan tetapi sayangnya tidak dapat bertahan lama kerana jarang sangat masak bersantan.

Berbalik kepada blogging hari ini, sementara menantikan kacang hijau itu empuk 'on' internet dan buka blog terus buka Nuffnang.  Tengok-tengok ramainya nuffnangers singgah di blog aye.  Teruja dan 'excited' sangat.
Berikut adalah nuffnangers yang dimaksudkan.

Nuffnangers yang melihat blog yangbaik hari ini (11012014)
Terima kasih kepada kalian semua yang sudi singgah dan memberi sokongan kepada blog yangbaik.  Lihat pada gambar kita tidak tahu siapa kan? Jadi berikut adalah senarai blogger/nuffnangers yang singgah bermula dari kiri tidakkalahSihatimerahjambuAll About LifeKisah Si Diary, safura, syakirah rashid, suka gelak, cik akak, faezah, mamaniza, syuhada dan tifa.  Kira-kira 12 orang semuanya.  Mungkin juga lebih lagi tetapi disebabkan mereka tidak berekod dengan Nuffnang maka tidak termasuk dalam senarai nuffnangers.  Kepada semua yang tidak tersenarai jangan pula berkecil hati.  Kehadiran anda ada juga direkod di ruang komen sekiranya anda meninggalkan komen di mana-mana entri yang anda tiba.

Akhir kata, selamat berhujung minggu dan teruskan berblogging dengan sihat.  Semoga dapat memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$

2 ulasan:

  1. tertiba tengok si gadis bertudung merah...
    adakah itu aku...hahaha

    BalasPadam
  2. Ehh ehh , saya ada lahh. Huhuhu . Terima kasih . Tahniah sebab ramai nuffnangers yang singgah di blog yang baik ^_^

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.