Pengikut Setia

13 Januari 2014

Petang 13 Januari 2014, Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, Isnin 13 Januari 2014 bersamaan 11 Rabiul Awal 1435.  Umi dan ayah bekerja seperti biasa.

Umi dan ayah balik kerja mesti disambut anak-anak terutama Inas.

Ini adalah sebahagian gelagat Inas sewaktu menyambut kepulangan umi dan aya pulang dari kerja.  Gembira bukan main lagi.  Sampaikan tak sempat pakai selipar.  



Bila Inas perasan umi rakam gambar,dia terus melarikan diri sembunyikan wajahnya.  Gambar atas sekali dah blurr... gambar ni pun blurr jugak.


Dah masuk dalam rumah... masam mencuka.  Tak tahu apa yang tak kena.  Tadi dari dalam bilik air umi dengar Inas menangis... kena sakat dengan ayah lah tu...


Tengok tu... tak nak senyum pun.  Hidung tu dah peset.  Pakai baju abang Alif yang tak muat.  Walaupun baju 'power rangers' dia tetap suka pakai.


Inas Insyirah memang suka merajuk... tetapi cepat jer okey... tak der merajuk lama-lama nanti rugi.

Sekianlah, ceritera petang seorang anak berusia 3 tahun 9 hari.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian