Pengikut Setia

25 Januari 2014

Pelihara maruah dan nama baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Pelihara maruah diri sendiri dan maruah keluarga.  Maruah adalah lambang kehormatan dan nama baik.  Adalah penting untuk kita menjaha nama baik keluarga kerana dari keluarga itulah asal usul kita.  Jika pun maruah sudah tercemar tak perlu diperbesar-besarkan.... simpanlah ia baik-baik.

Tulisan untuk entri kali ini mungkin agak berat dengan tajuk yang dipilih juga agak berat.  Namun aye akan cuba bincangkan dengan cara yang lebih mudah serta tidak memberatkan pemikiran.  Bak kata pepatah melayu lama 'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul'.

Memang berat pada pandangan mata kasar kita apabila terlihat salah laku atau perilaku yang tidak manis. Contohnya budaya 'couple'.  Boleh dikatakan mana-mana tempat kita akan nampak.  Sungguh kurang manis dan tidak sesuai langsung dengan akhlak agama Islam.  Aye tak berani lah nak kata anak orang lain tetapi lebih kepada pandangan peribadi ... Nauzubillah...semoga perilaku yang tidak baik ini dapat dihentikan segera dan maruah serta nama baik kita sebagai umat Islam terpelihara.  Ini adalah memang jelas kelihatan budaya yang tidak baik ini berlaku di kalangan orang kita.


pemandangan laut lepas.
gambar hiasan
Memang sesuatu yang amat menakutkan.  Baru saja menjeling sudah dicebiknya kita. Selalu juga terdetik dalam hati... Ya Allah peliharalah mereka ini dari perkara maksiat dan jauhkan mereka dari dosa besar. Semoga maruah dan nama baik mereka dan keluarga mereka terpelihara.  Bukan apa bimbang gejala sosial ini merebak dan berlaku tanpa kawalan sehingga tiada batas.

Tulisan aye di sini sekadar berkongsi pandangan.  Semoga tiada yang berkecil hati tetapi jadikan tulisan ini sebagai sempadan...





Ingin aye kongsikan di sini petikan Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud seperti berikut:
Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.  (HR Muttafaq Alaihi)

Sekian adanya... semoga bermanfaat buat semua.  Kita mampu mengubah dari negatif ke positif.  Sama-samalah kita pelihara maruah dan nama baik diri sendiri serta keluarga dan masyarakat kita.



suka duka pentas dunia


$$$

8 ulasan:

  1. insya allah time kasih mengingatkan..sentiasa menjaga nyee ;)

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas peringatan ini kak, In Shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama farah...semoga kita sentiasa saling ingat mengingat...

      Padam
  3. As salam..
    Perkongsian yg baik
    Moga kita semua dpt bermuhasabah diri...

    Ps: nnt kasi alamat ye
    Hantar ke nadyaewani@gmail.com

    BalasPadam
  4. to Nad, semoga yang terbaik untuk semua... tq

    BalasPadam
  5. to fae, terima kasih sudi-sudilah datang lagi ... :D

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian