Bekerjasama bukan penderaan tetapi satu proses belajar bertanggungjawab. Kerana melalui amalan ini kita akan dapat memahami betapa kesusahan dan keperitan yang dialami oleh orang lain. Betul tak?
Nak bagi contoh kerjasama yang lain aye tak pandai. Tetapi berkongsi semangat kerjasama yang ada pada anak-anak aye sendiri. Contohnya pada hujung minggu yang lepas. Bukan atas ajakan atau arahan tetapi sekadar pemakluman sahaja. Berebut mereka bertiga menolong ayahnya mencuci kereta. Kereta kecil saja.
Semoga kerjasama seperti ini berterusan dan berkekalan sehingga bila-bila.
Ayat umi pun dah macam ayat dalam surat rasmi sudah...
Si kecil ini pun tidak ketinggalan membantu membersihkan kereta. Semuanya tanpa arahan. Panas atau tidak bukan alasan janji dapat membantu. Baik kan?
Kalaulah semua kerja macam tu... taklah susah bos di pejabat kan? Asal bagi jer perancangan semuanya terlaksana tak perlu diberi arahan lanjut atau paksaan.
Walaupun tanpa arahan, pemantauan perlu ada juga. Supaya perancangan tugas itu terlaksana dengan baik dan sempurna.
Baiklah sangat kan. Umi tukang cerita tangkap gambar dan muat turun dalam blog. Abih umi tak tolong ker? Heee... mana boleh kalau umi tolong nanti tak siapa pulak nak tangkap gambar dan nanti tiada rekod pulak.
Sebenarnya lepas tangkap gambar ni, giliran umi pula membersihkan sisa-sisa sabun yang tertinggal.
Sekian adanya coretan ringkas lagi padat.
suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com
$$$
bagus..bagus heheh
BalasPadamwell done kids :D
BalasPadamlol cantik plate number
BalasPadambagus la mcm tu... happy famli....
BalasPadamRecent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.