FOLLOWER

10 Februari 2012

Sudah tertunaikah amanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sedetik lalu teringat peristiwa yang telah menimpa seorang sahabat.  Kejadian itu sungguh menyayat hati walaupun bukan kisah kemalangan yang meragut nyawa sesiapa tetapi kejadian itu telah meragut sebuah kepercayaan. 

Teringat pula tidak berapa lama dulu sebuah ingatan yang telah ditanam walaupun pemberi ingat itu mungkin tidak berapa disukai oleh beberapa ramai orang namun ingatan itu cukup memberi kesan kerana ia amat bernilai dan berkesan.  Tidak semua orang mampu menilai ingatan itu kerana datangnya ingatan itu bukan ketika mereka merasa peritnya kepercayaan yang dikhianati.

Ingatan bagaimana sebuah amanah atau kepercayaan seharusnya dipelihara dan dihargai.  Sekali kepercayaan itu dinodai ia mampu merobek seluruh kepercayaan dan tidak akan ada lagi kepercayaan walaupun dibayar dengan segunung emas.

Amanah tugas seharusnya dan sewajibkan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan jujur serta istiqamah.  Andainya amanah tugas itu tidak dilaksanakan dengan sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri terutamanya kesan kepada perhubungan dan pertalian dengan rakan setugas juga dengan ketua jabatan atau ketua unit atau ketua bahagian. 

Bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas sekiranya amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik serta tidak difahami asal-usul amanah itu.  Bagaimana hendak berbelanja dengan hasil gaji yang diperolehi sekiranya tugas yang diarahkan jarang sekali mencapai KPI atau sasaran. 

Tanggungjawab untuk melaksanakan tugas itu walaupun datang dari atas (bos) hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya.  Bukanlah dengan sengaja bos memberi tugas itu jika tidak kerana bos juga diberikan amanah tugas oleh bos di atasnya.

Kecil hati bukanlah satu jalan penyelesaian kepada sebuah masalah atau isu.  Setiap permasalahan ada penyelesaian dan mulakan dari sekarang jangan tunggu lagi untuk melaksanakan dan menunaikan amanah dengan baik.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan semua pihak.


~~~~~~~~~~~~~~
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.