Keseronokan berblogging
Berblogging mampu menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Terutama bila ketika penulisnya mempunyai idea yang banyak dan bernas untuk dipaparkan. Paling menyeronokkan bila catatan yang dihasilkan dari titik peluh perahan idea sendiri mendapat sambutan.
Prestasi blog yang baik untuk sesuatu tempoh tertentu mampu memberi impak yang besar ke atas penulisnya bagi menghasilkan catatan atau penulisan yang lebih baik dan bermutu. Tidak dinafikan juga ada tempoh masa tertentu idea menjadi buntu dan hilang arah tuju lalu menjadikan paparan idea itu seperti bisu dan buta.
Catatan terbaik
Sepanjang bulan Januari 2012, sebanyak 59 catatan yang telah terhasil. Antara catatan yang paling mendapat sambutan adalah Baucer Buku 1Malaysia dan Majalah Nur Januari 2012 Dilema Bajet. Boleh dikatakan catatan ini adalah yang antara yang terbaik untuk bulan Januari 2012. Berkaitan Baucer Buku 1Malaysia amatlah menyedihkan apabila terdapat sebilangan pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan dan pemberian berjumlah RM200.00 dengan menjualnya atau menggunakan untuk membeli barang selain dari buku atau alatulis.
Analisa paparan
Mengikut analisa dari Nuffnang, terdapat 3953 paparan telah dihasilkan manakala pengunjung yang unik hanyalah 2278. Daripada analisa berkenaan peratus pengunjung mengikut negara adalah MALAYSIA 85.76%, UNITED STATES 12.07%, INDONESIA 1.38%, BRUNEI DARUSSALAM 0.22%, Unknown 0.13%, AUSTRALIA 0.09%, VIRGIN ISLANDS, BRITISH 0.09%, GERMANY 0.09%, UNITED KINGDOM 0.09% dan JAPAN 0.09%. Boleh tahan jugalah cuma agak musykil juga mengenai kehadiran dari negara yang tidak dapat dikesan, dari manalah agaknya.
Pautan tertinggi dari blog mengikut turutan adalah:
1. Eizil.com
2. redmummy.com
3. ar-rifke.com
Banyak lagi sebenarnya blog popular lain yang turut menyumbang link, antaranya denaihati.com dan ariffshah.com. Ramai lagi blogger yang turut menyumbang link ke blog Yangbaik dan diucapkan terima kasih kepada anda semua. Anda memang terbaik.
Sekian.
*.*
Semoga capai stats yand lebih baik untuk bulan February.
BalasPadamto GreenLava,
BalasPadamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen