Pengikut Setia

26 Februari 2012

Cerita seorang blogger yang tersinggung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Seringkali bila menulis blogger bakal berhadapan dengan berbagai kerenah pembaca dan pengunjung.  Tidak kurang juga blogger yang menulis sesuka hati mengenai kisah hidupnya bila di'komen' mula melenting.

Bukanlah cara yangbaik untuk cepat melenting atau tersinggung.  Kerana apa yang ditulis dalam blog ini terlebih dahulu ditapis oleh pemikiran yang waras.  Tidak semua cerita yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis secara langsung sebaliknya adalah seputar alam yang menjadikan cerita itu wujud.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan manusia sendiri dalam menilai sesuatu yang berada di hadapannya.

Sekian.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Ada 2 yangbaik dalam entri kali ini....memang baik pun!

    BalasPadam
  2. Sekadar renungan:
    Bila sesetengah orang itu merasakan dirinya dan kehidupannya sudah cukup sempurna, keangkuhan dan sifat sombong mudah menjalar dalam tubuh badannya. Orang lain tak bisa menegur atau memberi kritikan terhadap dirinya, kerana apa ya?

    1. Dr segi pakaian, kesemuanya sudah mengikut syariat dan menutup aurat sepenuhnya.
    2. Dr segi rumahtangga, tak pernah sekalipun berantakan atau wujud kes main kayu tiga. Suami, isteri cukup setia dr mula kahwin sampai kini. Suami, isteri, anak2 semua cantik molek dan bijak-bijak.
    3. Dr segi kewangan dan hartabenda, tak pernah merasa susah, tak pernah tahu kesukaran orang lain yang tak cukup makan,minum, tak pernah tahu apa perasaan jika wang tinggal 10 sen di dompet
    4. Dr segi ilmu, dia cukup cerdik, ilmu dunia dan akhirat semuanya ada di dada.
    5. Dr segi pergaulan sosial, 'aku cuma kisah diriku dan keluargaku, peduli apa dengan orang lain?"
    6. Sikap suka memandang rendah yang sukar dikikis...

    Makanya, bila sesekali hamba Allah yang lain menegur atau memberi kritikan membina, bagai gunung berapi menidak, menafi dan membidas semula. Padanya, orang yang menegur itu tidak layak menegurnya, kerana berpendapat si penegur berperangai & berperibadi lebih teruk dari dirinya.

    Aku pernah dengar, sejahat-jahat manusia itu apabila dia mengeluarkan kata-kata yang bernas dan memberi manfaat hendaklah kita bersikap terbuka menerimanya dan janganlah memandang rendah kepada hamba Allah itu. Hanya Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui siapakah yang layak dimasukkan ke syurga ataupun ke neraka.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian