Pengikut Setia

14 Februari 2012

Mencari alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan

  1. Mencari alasan untuk bertindak atau tidak bertindak.  Ada yang mencari alasan berpusing-pusing kepala kerana mencipta seribu alasan.
  2. Mencari alasan untuk cuti.  Mengapa mesti dicari alasan lain jika sepatutnya kita mesti cuti. 
  3. Senaraikan lah berapa banyak juga alasan yang terbaik atau yang paling buruk sekali untuk mendapat cuti.
  4. Cadangan senarai cuti ?  Sesekali tidak akan dipamerkan di sini kerana apa juga alasan yang diberikan untuk kelulusan cuti pastikan ia adalah benar dan kita percaya dengan alasan itu, bukan sekadar alasan semata.
  5. Alasan itu tergantung kepada keperluan mustahak untuk cuti.  Seandainya tiada saudara mara yang sakit mengapa harus diberikan alasan nenek sakit.  Dalam nenek dok sihat wal afiat, tiba-tiba jatuh sakit pula dan andainya nenek sudah tiada apakah sanggup kita menipu diri sendiri dengan alasan yang tidak masuk akal.
  6. Apapun alasan yang dicari... berpeganglah kepada kebenaran dan hakikat.
.

1 ulasan:

  1. Alasan. Macam2 alasan orang akan reka bila nak bercuti atau "melepaskan diri" dari sesuatu perkara/tanggungjawab. Kadang2 tu sampai sanggup menipu nenek sakit la, adik eksiden la. Betul2 kena baru tahu

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian