Pageviews

15 Disember 2017

Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal


Selamat Pagi dan Salam Jumaat Penghulu segala hari.  Semoga Jumaat hari ini terus membawa keberkatan dan rahmat dalam hidup kita.  Semoga kita dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian hidup disamping tugas harian dan terus berbuat baik kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Semoga setiap pekerjaan kita mendapat pahala dan kebaikan kepada semua orang.  In shaa Allah dengan niat yang baik akan hadir bersama keberkatan.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya







🌹 Mulakan hari dan perjalanan hidup kita dengan selawat. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

🌹 Orang yang paling bahagia itu. Bukan sebab punya segalanya yang dicinta. Bukan sebab semata punya orang yang setia mencinta.

🌹 Bukan sebab semata punya ramai orang yang memuji dan mendekatinya.

🌹 Tapi orang yang paling bahagia itu. Bila dia selalu genggam erat dan sedari, ada ALLAH yang selalu sudi mencintainya.

🌹 Walau dia tidak punya apa-apa. Sedikit yang ada disyukuri, apa yang tiada, disabari.

🌹 Kerana dia tahu, Tuhannya jauh lebih hebat menyayangi. Berdasarkan iman dan takwa yang bersemi di hati.


Terima kasih kerana membaca entri Jumaat terakhir di bulan Rabiul Awal.

14 Disember 2017

Dunia ini bukan tempat berebut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dunia ini bukan tempat berebut


Selamat pagi semua.  Ya, dunia ini bukan tempat berebut.  Apa pun yang tidak memuaskan hati kita jangan sampai kita menyusahkan orang lain.

Ambil iktibar agar kesusahan orang itu tidak melanda kita.  Dek kerana hendak berebut kuasa nan seciput... hingga menyusahkan diri sendiri tanpa disedari.

Tidak salah rasanya terima saja hakikat itu dan hadapinya dengan tenang, selagi ia tidak mengganggu kerja dan ibadah kita kepada Allah.

Hidup ini untuk mengumpul bekal ke sana.




Gunakanlah dunia ini untuk engkau semakin dekat dengan Allah.
Bukan untuk kau semakin dekat dengan dunia.  
Dunia ini sementara,
Akhirat itu selama-lamanya.

**In shaa Allah, syurga itu idaman kita.

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapa kami 
dan dosa-dosa kami yang telah lalu dan akan datang.


Terima kasih kerana membaca entri yang agak emosianal sikit pagi ini.  Sekadar peringatan buat diri, Dunia ini bukan tempat berebut.




13 Disember 2017

First Giveaway and Pyka Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


First Giveaway and Pyka Birthday Giveaway


Sekali lagi join giveaway.  Setiap hari akan ada saja giveaway yang dijumpai.  Paling best bila jumpa giveaway yang dianjurkan rakan blogger yang baru bertapak dalam dunia blogging.  Ada yang bagi simple task.  Tak kurang juga yang bagi task panjang berjela... huhuhu... kalau yang macam ni memang la ikut mood nak join sebabnya banyak sangat task.

Eh... siapa nak susah, kan? Semuanya nak mudah ada yang dah mudah nak mudah lagi.  Tapi tak der sampai nak mudahkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain.  Let it go jer dengan benda-benda yang kita tak suka.

Apa ek...  yang sebenarnya SZ nak cerita giveaway ni tak adalah susah sangat mudah jer... buat entri ikut kefahaman kita.

First Giveaway and Pyka Birthday Giveaway

First Giveaway and Pyka Birthday Giveaway


Giveaway ini pertama kali dianjurkan oleh blogger Pyka sempena dengan birthdaynya yang ke-20 pada awal tahun 2018.  Happy birthday in advance my dear Pyka 💖

Nak menambahbaik blog?  Oleh kerana baru saja berjumpa dengan blog ini, tak banyak yang dapat dicadang.  Pada pandangan awal, tulisan mungkin boleh dibesarkan sikit dan kalau dapat dikurangkan sedikit widget mungkin nampak selesa.  Itu sekadar pandangan semuanya ikut keselesaan pengunjung dan pemiliknya.

Apa lagi, ayuh rakan blogger semua, kita meriahkan giveaway ini.  Klik banner di atas untuk detail penuh.

Giveaway ini dijangka tamat pada 14/1/2018.


Terima kasih semua atas sokongan untuk entri ini, First Giveaway and Pyka Birthday Giveaway