Pageviews

23 November 2017

SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH


Sudah lama sebenarnya tidak join segmen anjuran Cikgu Ayu Insyirah.  Mana tidaknya sudah lama tidak jalan-jalan ke blog Cikgu Ayu.  Pernah juga sekali dulu nak join segmen tetapi dah tutup... nak kecewa pun tak juga sebab dah memang silap sendiri bila lama sangat tak jumpa kawan-kawan di alam maya sampai banyak event yang mereka anjurkan kita terlepas pandang.

Panjang pula ceritanya 😏.  Okeylah jon kita tengok ada apa dengan SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH kali ini.

SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH

SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH


Segmen ini berlangsung mulai 11 November hingga 11 Disember 2017.

Jom kita meramaikan segmen ni..Nak join segmen ini, klik banner di atas atau boleh saja klik di SINI.


Terima kasih atas perhatian awak semua untuk entri ini, SEGMEN: BLOGLIST ISTIMEWA CIKGU AYUINSYIRAH.

GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)


Wah... entri ini ditujukan khas buat baby Dhia Sumayyah.   Semoga Baby Dhia berjaya dalam pertandingan GUGU GAGA BEBE Anugerah.



GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)
GUGU GAGA BEBE Anugerah
 


Jom rakan-rakan blogger semua kita berikan sokongan padu kepada baby Dhia.

Klik sini untuk lihat keunikan blog mama Baby Dhia dan mengenali lebih dekat siapa sebenarnya di sebalik MyPeroduaclub.


Terima kasih semua atas sokongan untuk entri ini, GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)

KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER


Jenuh akak fikirkan tajuk yang sesuai untuk buat entri ni.  Kononnya nak cari kelainan sebab tak nak menunjukkan sangat apa yang dimaksudkan.  Akak tahu mungkin ada yang kurang selesa atau pelik dengan tajuk yang diberikan.  Tetapi untuk memberikan kelainan kita kena berani... sikit jer.  Sebab ingat juga pesan Encik Suami, kalau nak buat kelainan janganlah nampak sangat lainnya, nanti nampak pelik pulak.  

Korang rasa tajuk ni pelik tak?  Biasa-biasa je kan?  Ok

Sebenarnya nak diceritakan blogh akak telah terpilih sebagai pemenang bagi GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER.  Entri Giveaway di SINI.



Senarai pemenang


Keputusan pemenang ada di SINI.  Blog SZ di No. 7, Peserta no. 58.  Apalah agaknya buku yang terpilih itu?  

Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang sama-sama turut terpilih sebagai pemenang.  Juga terima kasih tidak terhingga kepada penganjur GA juga owner blog ASTRAVELER iaitu sis Julia Tarmidi.


Terima kasih juga kepada awak semua yang sudi singgah baca entri ini, KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER




Pagi Khamis Nan Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pagi Khamis Nan Indah



Selamat pagi kepada semua yang singgah di blog ini.  Hari ini pagi Khamis yang indah.  Segalanya berjalan lancar.  Alhamdulillah.

Dan, diberitakan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan keluar pada hari ini. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada adik-adik atau lebih tepat anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang lainnya, keputusan hari ini bukanlah penamat kepada segala usaha anda.... kerana kejayaan itu bukan untuk hari ini sahaja, masih banyak masa dan peluang untuk mencipta dan mencapai kejayaan, yang penting usaha dan usaha tanpa kenal jemu.



Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Syukur itu menjadikan kita bahagia...

@quotephotovideo 🐝🐝🐝


Terima kasih atas perhatian anda untuk entri ini, Pagi Khamis Nan Indah.
szi😍

22 November 2017

Belajar Bersabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar Bersabar




Aku belajar untuk bersabar atas segala persoalan yang sedang ku hadapi, kerana aku percaya, kesabaran itu akan membawaku pada sesuatu yang lebih baik.


Terima kasih kerana sudi Belajar bersabar 😊

21 November 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com



Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.



Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/



Terima kasih kerana membaca entri ini.  Jom ramai-ramai kita support Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Jangan lupa cantikkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan lupa cantikkan hati


Jangan sampai terlupa cantikkan hati.  Kita mungkin punya wajah yang cantik pada pandangan mata kita, namun sejauh mana kita punya hati yang cantik. 





Sekarang ini, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mencantikkan wajah.  Sehingga terlupa untuk mencantikkan hati.

Kita akan ketemu banyaknya lambakan bahan untuk mencantikkan wajah.  Tetapi kita jarang ketemui bahan yang banyak untuk mencantikkan hati.

Allah, terasa kerdil sungguh diri ini bilamana tidak mampu mencantikkan hati sendiri dek kekhilafan diri sendiri.  Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar dalam usaha mencantikkan hati kita.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Jangan lupa cantikkan hati.
szi 💝

20 November 2017

Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal


Hari ini Isnin 20 November 2017, bersamaan 1 Rabiul Awal 1439. 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara itu kita selusuri ada apa disebalik bulan Islam yang mulia ini.



💕 RABIUL AWAL


Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan.

Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.

Selepas kedatangan Islam, Rasulullah ﷺ telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.

@quotephotovideo 😍😍😍

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal.


posted from Bloggeroid

18 November 2017

Jangan melihat keaiban orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan melihat keaiban orang lain


Berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Baginda ﷺ dan janganlah melihat keaiban orang lain.

Kesibukkan kita menilai orang lain akan melupakan kita kepada Allah.

Syeikh Yusuf Muhyiddin Bakhour Al-Hasani ~


Masjid Terapung Kuala Ibai, Terengganu Darul Iman

@quotephotovideo 🐣🐣🐣


Terima kasih sudi membaca entri ini, Jangan melihat keaiban orang lain.

szi 💗💗💗

17 November 2017

10 entri popular minggu ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 entri popular minggu ini


Minggu ini, rasanya tak banyak entri panjang lebar.  Kebanyakan entri ringkas kerana mengejar masa. Walaupun ada juga cuba berusaha untuk buat entri panjang tetapi ianya memerlukan kecekalan dan semangat yang kental.  Sementelahan tuan tanah kedaung ni agak kedekut dengan ingatan... huhuhu.


Entri popular

Entri popular


  1. Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet
  2.  Gulsan Nar Eksisi | Jus delima dari Turki
  3.  15 koleksi ucapan bergambar hari Jumaat                                   
  4.  Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com                                 
  5.  Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) ...                                          
  6.  Giveaway by Yanieninie   
  7.  Tentang Rezeki
  8.  Mengapa mesti jaga akhlak?          
  9.  Memahami itu sulit
  10.  Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional

Apa-apapun semoga entri yang dipaparkan dapat memberi manfaat buat anda semua terutama kepada yang menulis entri ini.  Setiap tulisan itu penting untuk peringatan diri sendiri dalam usaha muhasabah diri.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, 10 entri popular minggu ini.