Jangan lupa cantikkan hati
Jangan sampai terlupa cantikkan hati. Kita mungkin punya wajah yang cantik pada pandangan mata kita, namun sejauh mana kita punya hati yang cantik.
Sekarang ini, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mencantikkan wajah. Sehingga terlupa untuk mencantikkan hati.
Kita akan ketemu banyaknya lambakan bahan untuk mencantikkan wajah. Tetapi kita jarang ketemui bahan yang banyak untuk mencantikkan hati.
Allah, terasa kerdil sungguh diri ini bilamana tidak mampu mencantikkan hati sendiri dek kekhilafan diri sendiri. Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar dalam usaha mencantikkan hati kita.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Jangan lupa cantikkan hati.
szi 💝
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.