Pageviews

19 Oktober 2017

Jom Beristighfar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom Beristighfar


Kita ini, hidupnya terlalu banyak dengan kesibukan dunia hinggakan ada ketikanya terabai urusan akhirat.  Jom ambil kesempatan yang ada ini untuk mendapatkan keampunan Allah atas kekhilafan kita.

Hari ke 💕 28 MUHARAM 1439



Tidak ada orang yang merasa cukup dari taubat kepada Allah dan memohon ampun dari dosa...Bahkan, setiap orang senantiasa memerlukannya

Jom beristighfar...


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk entri ini, Jom beristighfar.

17 Oktober 2017

Alexa Traffic Rank 17 Oktober 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank 17 Oktober 2017


Alhamdulillah, nampaknya ada peningkatan dalam kedudukan rank Alexa Traffic.

Alexa Rank 17 Oktober 2017
Alexa Rank 17 Oktober 2017

Rank: 9,684.708
Link in: 9

Maklumat rank terdahulu di SINI

Perlu lebih gigih dan berusaha lagi untuk memberi penambahkan berterusan kepada blog ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua yang sudi membaca entri ini, Alexa Traffic Rank 17 Oktober 2017

DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017  kini dibuka untuk penyertaan.  Antara matlamat sayembara ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada remaja /  karyawan muda untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka dalam bidang penciptaan puisi dan lagu puisi yang tinggi nilai sasteranya.

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 – 24 tahun.  Lagu yang dipertandingkan hendaklah disampaikan secara berkumpulan dengan bilangan ahli tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang.  Puisi atau Sajak hendaklah bertemakan kasih sayang, ketuhanan serta kemanusiaan dan sesuai untuk  dihayati oleh golongan remaja.  Sajak yang hendak dilagukan dan dipertanding-kan hendaklah karya baru ciptaan sendiri/ ahli kumpulan atau ciptaan orang lain (bukan ahli kumpulan) yang belum pernah tersiar atau diterbitkan. 

JADUAL PERTANDINGAN

Latihan Teknikal / Raptai Penuh
Tarikh
:
14  November 2017 (Rabu)
Masa
:
2.30 petang – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Separuh Akhir
Tarikh
:
15  November 2017 (Khamis)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Akhir
Tarikh
:
16  November 2017 (Jumaat)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.

Peluang keemasan kepada para remaja yang berminat dalam bidang penulisn puisi.  Mana-mana remaja yang ada bakat terpendam inilah masa yang sesuai untuk mencuba dan menampilkan bakat. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula bakat menulis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Zaiton Hussin, 03-21479205
atau   Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman, 03-21479207

atau boleh saja layari laman sesawang DBP untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Selamat berpuisi!  

Terima kasih atas keperihatinan DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤


Hari yang ceria ini, jom kita raikan dengan menyertai giveaway dari rakan blogger.  First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ diberi nama pada giveaway ini.  Menawarkan hadiah hebat berupa  facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi yang dimasukkan dalam satu kotak.  



First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤


Untung sungguh siapa yang terpilih kelak.  Seperti biasa juga motif utama menyertai giveaway ini bukanlah hadiahnya (poyo jer kan 😏) .  Sebab kenyataan macam nilah yang selalunya akan sudah lama tidak terpilih sebagai pemenang... dush dush dush 💥💥💥

Korang janganlah takut pulak nak join.  Akak memang suka join giveaway terutama bila idea menulis tak berapa nak menjadi... jadi bila ada peluang dan ruang giveaway ni kira penyelamat akak lah menarik trafik dari korang semua... heheheh

Giveaway tamat pada 20 Oktober 2017.... ada berapa hari lagi?

Jomlah kita meriahkan giveaway nie.  Klik banner di atas untuk turut serta dalam  First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤



Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat



Kunci Kebahagiaan
Kunci Kebahagiaan

Kebaikan dunia dan akhirat ada pada 5 hal:

  1. Kekayaan jiwa
  2. Menahan diri dari mengganggu orang lain
  3. Penghasilan yang halal
  4. Pakaian ketaqwaan
  5. Percaya kepada Allah Azza wa Jalla dalam semua keadaan
(Al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi'iy)

Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat


16 Oktober 2017

Berhenti menulis kerana hati tak gembira?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhenti menulis kerana hati tak gembira?


Tidak juga.
SZ tidak berhenti menulis
Tetapi SZ mengumpul semangat untuk menulis
Semangat ni kadang-kadang tidak berapa stabil
Terutama mood tidak berapa nak okey
Nak tulis mengenai mood pun kena ada cara dan gaya yang betul
Silap tulis dan salah pula pemahaman orang
Walaupun kita tulis dengan nada yang betul... pada pandangan kita




Hati tidak gembira?
Positifkan minda
Kita tidak dapat tukar perasaan yang tidak gembira itu
Kerana kita manusia biasa
Tetapi kita boleh fikirkan yang positif atas apa yang berlaku yang menyebabkan hati kita tidak gembira

Setiap apa yang berlaku ada atas kehendakNya
Biarpun kita tidak pernah meminta
Tetapi itu semua lumrah
Kita mampu mengelak tetapi kudrat kita terbatas kerana pemikiran kita
Justeru jadikan apa yang yang berlaku sebagai pengajaran

Tidak semestinya yang berlaku pada orang lain itu tidak berlaku kepada kita.
Hanya cara dan masa saja yang berbeza mengikut keupayaan dan kemampuan kita.

In shaa Allah saya okey... cuma ambil masa untuk stabilkan emosi dan perasaan.
Sehingga kini masih lagi pasrah dan berserah kepadaNya.
Kerana setiap penyakit itu ada penawarnya.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, Berhenti menulis kerana hati tidak gembira?

14 Oktober 2017

Agama Itu Nasihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Agama Itu Nasihat





بسم الله الرحمن الرحيم☔☔

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR. Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. 🌱Agama ini terletak pada nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

2. 🌱Ibnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.

3. 🌱Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.

4. 🌱Nasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.

5. 🌱Nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.

6. 🌱Nasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah. Jangan biarkan pemimpin berterusan dalam kemurkaan Allah.

7. 🌱Nasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.

*🌿Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.🌿*

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

🌱🌺🌱🌺🌱🌺🌱🌺🌱🌺
posted from Bloggeroid

13 Oktober 2017

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Jumaat Penghulu Segala Hari


Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dan kemurnian hingga Jumaat akan datang.





Jika kita tidak mampu bersiang dengan para Salihin dalam beribadah, berlumbalah dengan para pendosa dan beristighfar.


posted from Bloggeroid

10 Oktober 2017

30 PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL QUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


30 PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL QUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA



Dalam kehidupan kita seharian tidak lari dari melaksanakan amanah dan perintah.  Dalam banyak-banyak perintah terdapat perintah yang wajib kita patuhi.  Bukan pilihan antara hendak atau tidak antara perlu atau tidak tetapi wajib buat dan laksanakan.  Justeru tulisan ini adalah disalin semula untuk peringatan diri sendiri dan untuk perkongsian bersama pembaca yang sudi singgah.




1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan arogan (QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan (QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)  (QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki kamar peribadi ibu bapa tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan wang (QS 2 – Al Baqarah : 275)

16. Jangan melakukan penyuapan ( rasuah)(QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan semena-mena (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari prasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)


Nota:  Semoga peringatan ini dapat dilaksanakan.

Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, 30 PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL QUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA

Hari yang cuak hati tidak cukup kental

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari yang cuak hati tidak cukup kental


Entah bagaimana nak dimulakan rasa hati ini.
Hari ini tidak seperti hari-hari yang lalu
Tidak juga seperti hari-hari yang lepas
Ya benar, mana mungkin setiap hari adalah hari yang sama
Setiap hari itu ada bedanya... hanya kita rasakan sama bila dia sentiasa di depan mata kita




Baru hari ini... atau sudah lama
Dirasakan hati ini tidak cukup kental
Biarpun mampu dijerit serata alam
Namun hati ini tidak bisa mendengar jeritan itu
Jeritan di dalam hati ini... tenggelam di dasar
Kelu... lesu...resah...

Tunggulah...