DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017
Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017 kini dibuka untuk penyertaan. Antara matlamat sayembara ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada remaja / karyawan muda untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka dalam bidang penciptaan puisi dan lagu puisi yang tinggi nilai sasteranya.
SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017 |
Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 – 24 tahun. Lagu yang dipertandingkan hendaklah
disampaikan secara berkumpulan dengan bilangan ahli tidak kurang daripada dua
(2) orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang. Puisi atau Sajak hendaklah bertemakan
kasih sayang, ketuhanan serta kemanusiaan dan sesuai untuk dihayati oleh golongan remaja. Sajak yang hendak dilagukan dan
dipertanding-kan hendaklah karya baru ciptaan sendiri/ ahli kumpulan atau ciptaan
orang lain (bukan ahli kumpulan) yang belum pernah tersiar atau diterbitkan.
JADUAL PERTANDINGAN
Latihan Teknikal / Raptai Penuh
|
||
Tarikh
|
:
|
14 November 2017 (Rabu)
|
Masa
|
:
|
2.30 petang – 10.30
malam
|
Tempat
|
:
|
Auditorium DBP, K.Lumpur.
|
Peringkat Separuh Akhir
|
||
Tarikh
|
:
|
15 November
2017 (Khamis)
|
Masa
|
:
|
8.30 – 10.30 malam
|
Tempat
|
:
|
Auditorium DBP, K.Lumpur.
|
Peringkat Akhir
|
||
Tarikh
|
:
|
16
November 2017 (Jumaat)
|
Masa
|
:
|
8.30 – 10.30 malam
|
Tempat
|
:
|
Auditorium DBP, K.Lumpur.
|
Peluang keemasan kepada para remaja yang berminat dalam bidang penulisn puisi. Mana-mana remaja yang ada bakat terpendam inilah masa yang sesuai untuk mencuba dan menampilkan bakat. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula bakat menulis.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Zaiton Hussin, 03-21479205
atau
Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman, 03-21479207
atau boleh saja layari laman sesawang DBP untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
|
Selamat berpuisi!
Terima kasih atas keperihatinan DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017