Pageviews

28 September 2017

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi


Alhamdulillah, kali ini blog SZ telah terpilih antara pemenang segmen bloglist anjuran Ombak Bergigi.  Agak lewat sikit SZ keluarkan entri penghargaan ini.  Atas apapun alasannya, ucapan terima kasih dirakamkan kepada owner Ombak Bergigi atas pemilihan ini.  Juga tahniah kepada semua rakan blogger yang telah terpilih.

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Seperti yang dijanjikan, blog SZ akan berada dalam bloglist Om untuk bulan Oct & Nov.  

Entri penyertaan di SINI

Entri pengumuman pemenang di SANA 


Terima kasih. 😍

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Comel By Syahirah Valiant


Sambung semula dengan entri dengan sesi sokongan kepada rakan blogger.  Kali ini entri mengenai Giveaway Comel By Syahirah Valiant.  

Hadiah yang ditawarkan untuk giveaway ini comel-comel belaka.  Nak Tahu?  Jom klik banner di bawah.
Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

SYARAT-SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant
2. Follow Instagram Nurul & Pick Me Lifestyle
3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com
4. Klik SINI


Giveaway ini akan tamat pada 9 Oktober 2017.

Jom kawan-kawan semua kita support Giveaway Comel By Syahirah Valiant


💝


Mencari Ketenangan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari Ketenangan?




Siapa yang tidak menemui ketenangan pada zikir, solat dan membaca al-quran dia tidak akan dapat menemuinya pada apa jua perkara lain.  (Imam Hasan Al-Basri)


Terima kasih, 
💖

27 September 2017

Kehadiran mereka di sini ada sebabnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kehadiran mereka di sini ada sebabnya

Semoga kita kenal siapa diri kita dan mengapa kita jadi begini...




Allah hadirkan seseorang mesti ada sebabnya...

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR.

Jika Allah hadirkan seseorang yang menghadiahkan kita air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR,

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT.

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri ke arah lebih baik.

Muhasabah Diri

Sumber : @quotephotovideo 🍒🍒🍒

posted from Bloggeroid

Selamat pagi Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi Rabu

In Shaa Allah semoga sentiasa sihat dan cergas sepanjang hari ini untuk terus berbakti kepada agama bangsa dan negara.




Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ;-)

posted from Bloggeroid

Misteri Murah Rezeki Kini Terbongkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Misteri Murah Rezeki Kini Terbongkar


Tak perlu kata orang lain, penulis ini sendiri juga sentiasa impikan rezeki yang murah, halal lagi baik. Semuanya untuk kemaslahatan dan kelansungan hidup sementara menuju jalan ke hujung sana. Dalam menelurusi kehidupan ini pastinya kita memerlukan sokongan dan bantuan dari segala sumber, ada yang kita rasakan terlalu sukar.  Tetapi tahukah kita untuk mendapat rezeki yang murah, halal lagi baik itu bukanlan satu kesukaran yang sangat misteri.  Ianya bukanlah misteri sangat hingga semua orang terpaksa mencari-cari hingga sanggup melakukan apa saja.

Gambar Hiasan

Nak murah rezeki, ilmu senang masuk & ibadah diterima setiap hari?


Amal doa yang Nabi ﷺ ajar ni setiap kali lepas solat subuh.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka 'ilman nafi'aa, Wa rizqan toyyiba, wa 'amalan mutaqabala.

Ertinya:

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang baik dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”

[HR. Ibnu Majah no. 925 dan Ahmad 6: 305, 322]

Sumber:  @kitabdoa 📚📚📚


Terima kasih, Misteri Murah Rezeki Kini Terbongkar.


💝

26 September 2017

Alexa Traffic Rank Blog Salatul Zarida

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog Salatul Zarida 


Sudah bertahun tidak bermain entri atay keywords dengan Aleza Traffic Rank.  Kali terakhir menulis mengenai Alexa Traffic Rank ada pada bulan Februari 2016 ketika bersama blog yangbaik.  Setelah nama blog ditukar, entri ini merupakan entri pertama mengenai Alexa Traffic Rank.  Perasaannya berbaur antara suka dan teruja atau blurr.  Beberapa kali percubaan membuat entri mengenai Alexa Traffic Rank gagal dan hinggalah hari ini baru berjaya.

Okey... berikut adalah traffic alexa untuk hari ini.

Rank: 13,420,870
Link in: 9
Maklumat rank terdahulu di SINI


Sedikit info mengenai Alexa Traffic Rank


A rough estimate of this site's popularity.
The rank is calculated using a combination of average daily visitors to this site and pageviews on this site over the past 3 months. The site with the highest combination of visitors and pageviews is ranked #1. 
Updated Daily

Kejayaan hari ini sesuatu yang amat bermakna buat SZ kerana kelihatannya kedudukan blog salatulzarida di persada global telah meningkat semenjak bertukar nama beberapa bulan yang lepas. Peningkatan ini gagal dikenalpasti kerana SZ bukanlah orang yang bijak dalam hal berkaitan SEO atau traffic tetapi buat-buat pandai jer...😉


Terima kasih, ini antara perkembangan  Alexa Traffic Rank Blog Salatul Zarida 

Segmen Blogwalking bersama Atiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking bersama Atiah


Sekali lagi, kita meriahkan entri di blog kita dengan entri sokongan kepada rakan-rakan blogger.  Kali ini SZ turut serta dalam Segmen Blogwalking bersama Atiah.  Seorang rakan blogger yang baru dikenali yang merupakan alumni UiTM Perak.

Jom kita tengok ada apa dengan segmen ini.


 Segmen Blogwalking bersama Atiah

Segmen Blogwalking bersama Atiah


Klik banner di atas untuk info penuh.

Ini adalah first segmen daripada Atiah bertujuan mencari rakan blogger yang aktif. Segmen Blogwalking by Atiah bermula 23 September 2017 sehingga 11.59 malam 30 September 2017.

3 Pemenang bertuah akan menerima Reload RM5 setiap seorang. Semua di jemput menyertai segmen ini.

Syarat-syaratnya:-

1. Follow blog Blog AtiahM , Add to Circle Google+ AtiahM   , Follow Instagram cheah_shop .
2. Buat Entri bertajuk Segmen Blogwalking bersama Atiah berserta Banner.
3. Tinggalkan URL anda berserta instagram id di kotak komen ini (Klik).
4. Tarikh akan tamat pada 11.59 malam 30 September 2017.



Jom rakan blogger sekeliannya... kita meriahkan penyertaan dalam Segmen Blogwalking bersama Atiah

💖

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah


Indah sungguh dunia blog nie.  Walaupun kita tidak kenal sesiapa dan tidak pernah bersua tetapi kita mampu berkenalan di alam maya... melalui media sosial terutama blog.  Paling indahnya bila perjumpaan dengan rakan itu hanya melalui penganjuran Giveaway.  Indah kan?

Akak nie celoteh pulak.  Jom kita tengok yang rakan blogger Mardiah Diana sediakan untuk Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah.

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah


Giveaway ini akan tamat pada 15/10/2017 jam 11.59 malam. 

Klik banner comel di atas untuk turut serta.

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan untuk giveaway ini.

Contoh Hadiah
1) 5 keychain nama yang comel untuk 5 pemenang
2) 5 Brooch nama yang comel untuk 5 pemenang (hanya boleh 4huruf dan 2reben/6huruf tak ada reben)

3) 2 inner lace untuk 2 pemenang...

Hebat dan menarik hadiahnya.  Tetapi jangan lupa, penyertaan dalam giveaway ini bukanlah semata-mata kerana hadiah, tetapi untuk berkenalan dan mengenali lebih ramai rakan blogger.


Jom kita ramai-ramai meriahkan Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Apakah hak yang sering terabai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apakah hak yang sering terabai


Dalam kehidupan kita ada beberapa hal yang kita perlu ambil perhatian.  Bukan semata-mata untuk kepentingan hidup kita sendiri tetapi untuk kemaslahatan hidup insan sejagat seantero alam.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa setiap tindakan kita turut memberi kesan kepada orang lain. Kerana kita terlalu pentingkan hak kita dan terlalu menjaga apa yang dikatakan keutamaan kita.

Kita mampu merubah untuk terus menjadi lebih baik dari sekarang.


3 hak saudara seiman yang sering terabai

3 hak saudara seiman yang sering terabai


  1. Apabila engkau tidak memberi manfaat kepadanya maka janganlah membahayakannya
  2. Apabila engkau tidak membahagiakannya maka janganlah membuat dia sedih
  3. Apabila engkau tidak memujinya maka jangan engkau mencelanya.

Semua hak itu, adakah kita mampu melaksanakannya?
Semoga kita mampu memberikan yang terbaik buat insan seiman dengan kita.  In shaa Allah.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Apakah hak yang sering terabai.