Pageviews

07 Oktober 2016

Akan ada masanya kita terpaksa terima

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akan ada masanya kita terpaksa terima


Pada satu hari yang kita sendiri tidak pasti
Ada kejadian yang tidak dapat dielak
Bukan kerana kita tidak mahu mengelak
Akan ada masanya kita terpaksa terima




Kita harus faham akan situasi itu
Bila mana mereka tiada pilihan
Dan kita sebenarnya bukanlah pilihan terakhir
Tetapi kita adalah pilihan yang terbaik
Maka kita akan terpaksa terima 
Walau pada awalnya ia satu pertanyaan
Namun akhirnya menjadi arahan
Hanya kerana kita dirasakan layak

Dalam keadaan bagaimana sekalipun
Walau kita mengelak
Walau kita mendiamkan diri
Walau kita membisu
Walau kita memalingkan wajah
Walau kita menundukkan muka
Seolah tidak tahu apa-apa
Seolah tidak mahu ambil tahu
Walaupun kita tahu
tetapi kita tidak pasti
Apakah kita yang akan terima tugas ini
Atau orang lain yang lebih layak

Nah, sekarang sudah pasti kan?
Maka kita terima saja tugasan itu
Tanpa banyak bicara
Tanpa banyak alasan
Kerana orang tidak suka alasan
Walaupun kita layak untuk beri sejuta alasan

Percaya atau tidak
Arahan itu tiba bukan dengan sengaja
pastinya ada sebab tertentu
yang dinamakan takdir
Bagaimana kita hendak menolak takdir 
Bilamana kita tidak mampu melarikan diri
Seumpama ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maka kita harus terima dan pasrah

Ambil saja peluang untuk belajar
Perkara itu memang baru bagi kita
Kita punya keupayaan untuk belajar
Ambil masa untuk belajar
Jangan ambil masa yang lama sangat
Kelak menyusahkan diri kita

Ambil saja peluang itu sebagai pembakar semangat
Kita pasti tidak mahu selamanya berada di sini
Yakin kan diri bahawa kita hendak berubah
Berubah ke arah yang lebih baik
Bukan kerana tugas sekarang tidak baik atau kurang baik
Tetapi kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk tugas sekarang

Maka, 
ambil peluang ini untuk melakukan yang lebih baik
Buat yang terbaik bukan untuk anugerah
Buat yang terbaik bukan untuk nama
Tetapi,
lakukan yang terbaik kerana itu amanah yang wajib kita lakukan dengan sehabis baik.

In shaa Allah, kebaikan sentiasa mengelilingi kita
Bila mana kita ikhlas dalam melaksanakan tugas kita.




Terima kasih baca entri ini, Akan ada masanya kita terpaksa terima
@-@


Pesanan Jumaat: Fitnah di akhir Zaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pesanan Jumaat:  Fitnah di akhir Zaman


Gambar Hiasan


Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. 

Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. 

Ini demi menyelamatkan agamanya.

Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. 

Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. 

Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. 

Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. 

Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya, lagi Maha Mengasihani."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]


Semoga mendapat manfaat.


Terima kasih baca entri ini, Pesanan Jumaat : Fitnah di akhir zaman
^-^

06 Oktober 2016

Jom Puasa Sunat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Puasa Sunat


Beruntunglah sesiapa yan diberikan Allah peluang untuk berpuasa Sunat.  Kita?  Mudah-mudahan diringankan dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan amalan sunat ini.  Biarpun amalan sunat tetapi hadirnya jarang-jarang sekali berturutan.



Jom Puasa Sunat



Minggu terbaik untuk Puasa Sunat

1.  Isnin, 10 Oktober/9 Muharam
Puasa sunat Tasu'a + Puasa sunat hari Isnin

2.  Selasa, 11 Oktober/ 10 Muharam
Puasa sunat Asyura

3.  Rabu, 12 Oktober/11 Muharam
Puasa sunat 11 Muharam

4.  Khamis, 13 Oktober/12 Muharam
Puasa sunat hari Khamis

5.  Jumaat, 14 Oktober/13 Muharam
Puasa sunat Hari Putih (13, 14 & 15 setiap bulan Islam)

6.  Sabtu, 15 Oktober/14 Muharam
Puasa sunat Hari Putih (13, 14 & 15 setiap bulan Islam)

7.  Ahad, 16 Oktober/15 Muharam
Puasa sunat Hari Putih (13, 14 & 15 setiap bulan Islam)

8.  Isnin, 17 Oktober/16 Muharam
Puasa sunat Hari Isnin


Mudah-mudahan kita diberikan kelapangan dan kemudahan untuk melaksanakan Puasa Sunat.


Terima kasih baca entri ini, Jom Puasa Sunat
^-^


05 Oktober 2016

Rakan Bloglist Ogos - September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rakan Bloglist Ogos - September 2016


Agak terlewat sedikit Yb keluarkan entri penghargaan buat rakan-rakan blogger yang bertamu di bloglist sepanjang bulan Ogos hingga September 2016.  Sedaya upaya YB cuba keluarkan juga entri penghargaan buat rakat-rakan yang pernah bertamu di blog ini.  Mungkin entri ini tidak seberapa tetapi rasanya cukuplah untuk menunjukkan penghargaan tanda terima kasih kepada rakan-rakan yang pernah menyumbang trafik ke blog YB yang tidak seberapa.




Berikut adalah senarai rakan blogger yang pernah hadir dalam bloglist bulan Ogos - September.

  1. Maria_Firdz
  2. Personal & Lifestyle Blogger
  3. Kasihku Amani Imani
  4. Mia Liana
  5. ABAM KIE : Man of The House
  6. Nurfuzie.com
  7. stnrsyfh
  8. Syira Lokman
  9. BinMuhammad
  10. Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
  11. umiyumi2 : our life in perth, WA
  12. Hati dan Bicaranya
  13. // Zafirah Nazri's //
  14. Cik Nor Blog's
  15. Mieza Suhaini
  16. SpendaLusuh
  17. N U R N A B I L A
  18. Elsaalicious
  19. Info Inspirasi
  20. Lea Azleeya
  21. Mya Farisha
  22. Infinite Dream
  23. Blog Sihatimerahjambu
  24. Ucing Kadayan
  25. FARAH SANUSI
  26. A I S Y A A Z M A N.
  27. Pemburu Pelangi
  28. ZULHUSNI ZAUJAH BLOG
  29. Syahindah Ms
  30. wallflower
  31. Fly away
  32. H U M A N.
  33. My Beauty Herbs Slimfast Diet
  34. Stalky Runchyy
  35. Seindah Cerita

Ada sedikit perubahan format untuk rakan bloglist kali ini berikutan terdapat beberapa perubahan pada struktur blog.  Ada kelapangan nanti YB singgah lagi ke blog rakan-rakan semua.


Terima kasih baca entri ini, Rakan Bloglist Ogos - September 2016

.


Pertandingan Reka Bentuk Arca Awam Majlis Daerah Perak Tengah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertandingan Reka Bentuk Arca Awam Majlis Daerah Perak Tengah




HADIAH UTAMA
Wang Tunai RM2,000.00 dan Sijil Penyertaan
Penghantaran pada atau sebelum 20 Disember 2016
 
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi
En. Shah - 016-616 6216
En. Azrul - 019-577 2537
 
email kepada arcaawam.mdpt@gmail.com atau faks ke 05-374 2244


Terima kasih baca entri ini, Pertandingan Reka Bentuk Arca Awam Majlis Daerah Perak Tengah

30 September 2016

Harapan kita pada orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Harapan kita pada orang lain

Kita sentiasa mengharap. Harapan kita kepada diri kita sendiri dan kepada orang sekeliling kita. Ada ketikanya harapan tinggal harapan. Menyebabkan kita kecewa. Namun sedar atau tidak bagaimana kita bertindak ke atas harapan lain kepada kita.



_"Yang kita harap dari manusia cuma dua.
•Nasihat, dan
•Doanya

Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhuwwah kerana Allah.

Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah.

Kerana ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat._

(Ustaz Pahrol Juoi)



‎💕 Terima kasih baca entri ini, Harapan kita kepada orang lain
.

posted from Bloggeroid

28 September 2016

Nothing will happen

Nothing will happen



Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Thank yor for reading.  Nothing will happen

Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain

Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain kerana kita kenal hati kita.
Kita tahu bagaimana hati kita
Kita tahu keupayaan hati kita

Kita tidak tahu hati orang walau kita kenal dia
Kerana hati ini sifatnya berbolak balik
Kerana hati ini berbeza antara satu sama lain
Kerana nafsu itu juga berbeza



"Kita tidak mampu mengubah hati orang untuk bersangka baik."
Tetapi,
"Kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang."

Nota: Semoga hati kita dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dijalan yang diredai olehNya.


Terima kasih baca entri ini, Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain
~

posted from Bloggeroid

27 September 2016

Hari Jadi Google ke-18

Hari Jadi Google ke-18


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Jadi Google ke-18 secara rasminya pada hari ini.  Wah! Tiba-tiba pula puan YB buat entri sempena Hari Jadi encik Google.  Tetapi entri ini agak terlewat sikit, sudah petang baru sempat dikeluarkan.

Ada apa-apa yang istimewa kah?  Pastinya ada, kerana selama 18 tahun ini banyak juga bantuan yang telah encik google berikan.  Terutama dalam proses menyediakan esei ketika zaman belajar Diploma. Dan, sekarang ketika bekerja tetapi setia menggunakan khidmat carian dari enjin encik Google dalam menyiapkan kerja kerja, laporan atau pencarian maklumat yang nampak seperti sukar.

Orang selalu kata, kalau nak cari apa-apa 'google jer'.  Memang betul.  Apa yang tiada di enjin pencarian encik Google?



Google Doodle

Google Doodle


Google is now officially an adult. The internet giant is celebrating its 18th birthday on Tuesday with an animated Doodle shown to web browsers around the world.
The company, founded by Larry Page and Sergey Brin in 1998, traditionally marks its birthday on the Google homepage on September 27.
However, not even Google seems to really know when it was formed. Since 2006, it has celebrated its birthday on September 27, but the year before that, had it as September 26. Sumber

Akhir kata, selamat menyambut hari jadi ke-18 kepada Encik Google.  Semoga sambutan pada tahun ini lebih meriah dan dewasanya Google dengan pemikiran dewasa disamping membawa mesej keamanan kepada dunia.

Terima kasih baca entri ini, Hari Jadi Google ke-18.

~