Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Tugas Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tugas Baru. Papar semua catatan

07 Oktober 2016

Akan ada masanya kita terpaksa terima

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akan ada masanya kita terpaksa terima


Pada satu hari yang kita sendiri tidak pasti
Ada kejadian yang tidak dapat dielak
Bukan kerana kita tidak mahu mengelak
Akan ada masanya kita terpaksa terima




Kita harus faham akan situasi itu
Bila mana mereka tiada pilihan
Dan kita sebenarnya bukanlah pilihan terakhir
Tetapi kita adalah pilihan yang terbaik
Maka kita akan terpaksa terima 
Walau pada awalnya ia satu pertanyaan
Namun akhirnya menjadi arahan
Hanya kerana kita dirasakan layak

Dalam keadaan bagaimana sekalipun
Walau kita mengelak
Walau kita mendiamkan diri
Walau kita membisu
Walau kita memalingkan wajah
Walau kita menundukkan muka
Seolah tidak tahu apa-apa
Seolah tidak mahu ambil tahu
Walaupun kita tahu
tetapi kita tidak pasti
Apakah kita yang akan terima tugas ini
Atau orang lain yang lebih layak

Nah, sekarang sudah pasti kan?
Maka kita terima saja tugasan itu
Tanpa banyak bicara
Tanpa banyak alasan
Kerana orang tidak suka alasan
Walaupun kita layak untuk beri sejuta alasan

Percaya atau tidak
Arahan itu tiba bukan dengan sengaja
pastinya ada sebab tertentu
yang dinamakan takdir
Bagaimana kita hendak menolak takdir 
Bilamana kita tidak mampu melarikan diri
Seumpama ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maka kita harus terima dan pasrah

Ambil saja peluang untuk belajar
Perkara itu memang baru bagi kita
Kita punya keupayaan untuk belajar
Ambil masa untuk belajar
Jangan ambil masa yang lama sangat
Kelak menyusahkan diri kita

Ambil saja peluang itu sebagai pembakar semangat
Kita pasti tidak mahu selamanya berada di sini
Yakin kan diri bahawa kita hendak berubah
Berubah ke arah yang lebih baik
Bukan kerana tugas sekarang tidak baik atau kurang baik
Tetapi kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk tugas sekarang

Maka, 
ambil peluang ini untuk melakukan yang lebih baik
Buat yang terbaik bukan untuk anugerah
Buat yang terbaik bukan untuk nama
Tetapi,
lakukan yang terbaik kerana itu amanah yang wajib kita lakukan dengan sehabis baik.

In shaa Allah, kebaikan sentiasa mengelilingi kita
Bila mana kita ikhlas dalam melaksanakan tugas kita.




Terima kasih baca entri ini, Akan ada masanya kita terpaksa terima
@-@


08 Januari 2015

Cabaran tugas penting hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran tugas penting hari ini


Perancangan untuk tugas penting hari ini telah dibuat pada tahun lepas tetapi tidaklah sampai 12 bulan, hampir 1 bulan tetapi disebabkan tahun yang berbeza nampak macam lama sangat.

Kita mampu merancang. In shaa Allah dengan kehendak Allah atas tujuan yang baik, perancangan kita akan terlaksana dengan sempurna.  Setiap halangan pastinya dapat diatasi walaupun penuh debaran.

Hari ini, perjalananan dari Seri Iskandar ke Tapah melalui jalan Kampung Gajah ke Chenderong Balai betul-betul mencabar.  Bukan kerana pemandangan sepanjang jalan yang penuh dengan air, tetapi terpaksa meredah air atas jalan.

Misi Selesai


Gambar di atas diambil semasa perjalanan balik dari Tapah, antara jalan dari Chenderong Balai ke Kampung Gajah.  Tidak ingat pula apa nama jalan atau nama tempat.  Tetapi tempat ini biasa dilalui untuk perjalanan ke Teluk Intan dan juga Tapah.  Bezanya pada hari yang lain yang pernah dilalui, jalan ini tidaklah sebegini mencabar.

Misi penting di Tapah bukan kerana hendak menyelamat mangsa banjir tetapi atas tugas rasmi yang merupakan satu daripada agenda penting untuk pendidikan. Walla... Cabaran untuk misi penting itu sudah selesai dan pelaporan juga telah berjaya disiapkan sebentar tadi.  Mungkin ada penambahbaikan sikit tunggu komen dari ketua kumpulan.

Cabaran yang penting yang menggoncang jantung dan kepala lutut adalah ketika melalui jalan ini. Syukur Alhamdulillah, berjaya dilalui dengan selamat.

Semoga urusan kita didasar dengan niat yang ikhlas untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada petugas Misi Bantuan Penyelamat.  Sematkan keikhlasan dan kesabaran.  Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Terima kasih.

19 Februari 2013

Doa mula tugas

As salam,





Sebelum melaksanakan sesuatu ada baiknya dimulakan dengan Bismillah dan doa.

02 April 2011

Terbuka kepada sesiapa yang belum teka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nampaknya catatan cuba teka tugas aye dapat sambutan yang agak.... kurang memberansangkan...

oleh itu teka lah... tempoh dan masa masih terbuka kepada sesiapa yang berminat...

yang belum tau... baca kat sini

nak bagi jawapan kat sini boleh, atau kat catatan di atas pon boleh gak...

apa kata jom pakat ramai2 meneka...

Carian