Pengikut Setia

07 Oktober 2016

Pesanan Jumaat: Fitnah di akhir Zaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pesanan Jumaat:  Fitnah di akhir Zaman


Gambar Hiasan


Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. 

Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. 

Ini demi menyelamatkan agamanya.

Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. 

Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. 

Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. 

Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. 

Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya, lagi Maha Mengasihani."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]


Semoga mendapat manfaat.


Terima kasih baca entri ini, Pesanan Jumaat : Fitnah di akhir zaman
^-^

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian