Pageviews

27 Julai 2016

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah di beli dari jualan amal Persatuan Pelajar di FSSR. Banyak lagi shawl yang dijual, ada pelbagai pilihan warna dan corak serta saiz.  Sudah lama sebenarnya mencari shawl untuk Irdina Huda.  Tudung yang ada sekarang adalah tudung sarung jenis Ariani.  Sebelum raya lepas memang mencari shawl yang sesuai, tetapi tiada yang berkenan di hati. Tambahan pula dengan kesuntukan masa, tak sempat survey.  Cari kat kedai atas talian pun tak jumpa juga yang berkenan.

Kebetulan hari ini ada jualan oleh pelajar-pelajar FSSR, maka sempatlah singgah sekejap.  Itupun nak cepat juga, singgah dalam perjalanan ke satu perjumpaan lain.  Belek belek sekejap, mata terus terpaut dengan corak dan warna yang comel ini.

Dua shawl comel

RM 1.00 sehelai.  Percaya atau tidak?

Macam tak percaya kan?  Tetapi itulah, akak pun dua tiga kali tanya adik-adik pelajar tu.  Tak yakin dengan jawapan dia, bayar dengan duit besar sikit.  Dan, bila dapat baki... maka betullah itu harganya.  Entah di mana mereka dapat modal dan keuntungan dari perniagaan mereka ini.

Apa yang pastiny dua helai shawl ini akan dihadiahkan kepada Irdina Huda.  Konon-kononnya Angah sebab dia anak ke dua.  Tetapi tak pernah panggil pun dengan gelaran tu.

Shaw ini juga sebagai hadiah kerana cemerlang dalam peperiksaannya yang lepas.  Tahniah Angah!.


Terima kasih sudi baca entri ini Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz, menarik untuk disertai kerana ianya mudah.  Selain dari itu dapat menambah lebih ramai kenalan dari kalangan blogger baru... dan lama.  Cik Eyz masih belajar dan segmen ini pertama kali dianjurkan.  YB suka join segmen ini kerana berpeluang masuk dalam bloglist blog Cik Eyz.  Itupun jika ada rezeki dan mesra random.org.  Tak berjaya masuk dalam senarai bloglist tak apa, yang pasti dapat masuk dalam senarai peserta... hohohoho

Jom kita tengok apa yang Cik Eyz sediakan untuk segmen ini.

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

Segmen ini terbuka kepada semua blogger.  Terutama yang ada akaun FB dan akaun Instagram. Blogger tanpa akaun FB atau Instagram juga boleh turut serta dalam segmen ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai segmen ini, sila klik banner comel di atas.

Segmen ini dijangka tamat pada 30 Julai 2016.   So... cepat-cepat, jom berikan sokongan kepada rakan blogger, Cik Eyz.


Terima kasih atas sokongan untuk entri ini Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

Promosi Sempena Hari Raya Haji 2016 | Comfy Cosy

Promosi Sempena Hari Raya Haji 2016 | Comfy Cosy


Assalamualaikum dan selamat sejahtera























Terima kasih sudi singgah baca entri ini Promosi Sempena Hari Raya Haji 2016 | Comfy Cosy

26 Julai 2016

Join Bloglist August AinulAqma

Join Bloglist August AinulAqma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Join Bloglist August AinulAqma.  YB pun join juga denan segmen ini kerana terpengaruh dengan entri rakan-rakan blogger.  Tidak ingat pula dari rakan blogger yang mana satu.  Join segmen ini mudah sangat.  Perlu salin kod html yang disediakan dan tampal di ruang entri.  Mudah sangat.

Untuk dapatkan kod html yang disediakan, jom klik banner di bawah.

Join Bloglist August AinulAqma


1. Follow blog AinulAqma

2. Click this link to join BLOGLIST AUGUST AINUL AQMA

Thank you in advance for joining darlingsss! You all rawks! :D



Boleh ke boleh?

Terima kasih baca entri ini, Jom Join Bloglist August AinulAqma


Cerita bergambar Vanilla Coffee Scrub by SegoBugo

Cerita bergambar Vanilla Coffee Scrub by SegoBugo


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Cerita bergambar Vanilla Coffee Scrub by SegoBugo ini diambil secara langsung dari laman sosial milik #Segobugo.  Gambar ini dikemukakan di sini untuk tatapan dan pengetahuan rakan-rakan blogger serta sesiapa saja yang singgah baca entri ini.  Gambar ini juga dipaparkan di sini sebagai sokongan kepada rakan blogger yang merupakan pengasas SegoBugo.


Bermula dengan wajah ayu pengasas SegoBugo.  Aimie Mokhtars


Vanilla Coffee Scrub (#VCS) keluaran SegoBugo


Kulit lebih berseri bersama #VCS


Pack normal #VCS sedia untuk pengeposan


#VCS Better than Botox


Trial Pack #VCS


#VCS sedia untuk digunakan


#VCS untuk apa?


#VCS sebagai masker


#VCS sebagai perapi rambut


#VCS sebagai scrub badan





#VCS juga sebagai scrub muka


Kenapa mesti guna VCS


Kenapa perlu pilih Vanilla Coffee Scrub by Sego Bugo? ðŸ˜‰ 

1) TIADA BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA 
👉 Bebas dari sebarang risiko apabila guna.

2) 100% BAHAN SEMULAJADI
👉 Coffee + Virgin Coconut oil

3) TERBUKTI BERKESAN
👉 Berdasarkan feedback/testimoni dari customer.

4) MELINDUNGI , PEMBAIKAN ,PENINGKATAN
👉 Lindungi kulit secara sihat dengan guna bahan semulajadi dan secara konsisten.

5) 10 KEBAIKAN
👉Anti Selulit
👉Buang Sel Kulit Mati
👉Buang Whitehead
👉Pudarkan Parut
👉Gebu & Licinkan Kulit
👉Kecutkan Jerawat
👉Hilangkan Daki
👉Legakan Gatal gatal
👉Lembapkan Kulit
👉Anti Stress

Jadi, apa tunggu lagi?
Jom layari laman web di bawah untuk dapatkan VANILLA COFFEE SCRUB by SEGOBUGO 
Better Than Botox
FB Page :  SEGOBUGO 
Instagram: segobugo
Hotline : +014-5391470


Terima kasih sudi singgah baca entri ini Cerita bergambar Vanilla Coffee Scrub by SegoBugo

Birthday Give Away By Alia

Birthday Give Away By Alia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Birthday Give Away By Alia merupakan giveaway ke-5 untuk bulan Julai.  Tak banyak giveaway yang sempat YB join.  Entah mengapa giveaway ini pula nampak macam mudah sangat untuk disertai.  Peserta hanya perlu salin dan tampal maklumat yang disediakan.  Tiada coding ... tetapi seperti ikut coding pulak... bestkan!

Jom kita tengok ada apa dengan Birthday Give Away By Alia.  Sebelum itu YB ucapkan Selamat hari lahir kepada Alia.  Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Birthday Give Away By Alia
Birthday Give Away By Alia



Ehem2


Baru sempat nak wat GA sempena bulan kelahiran aku bulan ni.


Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.


SYARAT-SYARAT:



SYARAT PENYERTAAN



1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan 

3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup
5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'
6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini

TARIKH AKHIR 31 JULY INI....


GOOD LUCK SEMUA!


Jangan terkejut pula, perenggan di atas memang disalin bulat-bulat dari blog penganjur.  Sebab itu antara syarat yang dikenakan.

Korang jangan pula tinggalkan entri penyertaan di sini.  Tinggalkan entri penyertaan korang pada link yang terdapat pada banner di atas.  

Klik banner di atas yer.

Sekian adanya entri give away untuk kali ini.  Terima kasih kerana sudi memberikan sokongan anda untuk entri ini Birthday Give Away By Alia


Dekatkan diri dengan Penciptamu

Dekatkan diri dengan Penciptamu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dekatkan diri dengan Penciptamu kerana Dia lebih tahu apa yang ada di dalam hati.  Hatta apa yang terdetik dalam kotak fikiran.  Kita ini adalah hambaNya yang serba lemah yang penuh dengan kecelaruan.  Kecelaruan yang seringkali membuatkan kita alpa dan leka.  Sehinggakan kita melupakan tujuan asal kita diwujudkan didunia ini.  Justeru membuat kebaikan juga salah satu daripada jalan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita yang Maha Agung.  Selain daripada membaca, mendengar dan memahami isi Al-Quran.




Mendekatlah kepada Allah semampumu (dengan memperbanyak amal shalih). Ketahuilah, sesungguhnya Anda tidak akan menemukan suatu amalan yang dapat mendekatkan Anda kepada Allah yang lebih dicintai-Nya daripada (membaca, mendengarkan dan mentadabburi) firman-firman-Nya.  (Khabbab bin al-Arat)


Akhir kalam, terima kasih sudi baca entri ini Dekatkan diri dengan Penciptamu.

25 Julai 2016

Mengalah bukan kalah

Mengalah bukan kalah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengalah bukan kalah tetapi kerana memberi peluang kepada diri untuk menilai di mana silapnya. Apakah kesilapan ini kecil atau besar impaknya.  Bagaimana kita hendak menjatuhkan kesalahan dan kesilapan itu kepada orang lain sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan keadaannya yang sebenar pada ketika itu.  Biarpun kita tahu dia memang suka mencari penyakit....




Mengalah kerana memberi peluang untuk diri mencari keamanan.

Kecelaruan yang menimpa ini kadang-kadang perlu juga diamankan dengan cara mengalah.

Biarpun perit untuk menelannya tetapi itulah yang harus dilakukan.  Agar diri ini bisa berdiri sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Betapalah ego kita kadang-kadang kuat menguasai diri sehingga tidak mampu mengalah dan sentiasa membayangkan bahawa kita saja yang betul.

Kejadian hari ini berkait rapat dengan kejadian beberapa hari lepas. Bagaimana hendak digambarkan?

Tetapi peristiwa ini mengajar diri untuk mengalah dan membiarkan ia berlalu dengan sendirinya. Tidak perlu diberi kawalan kerana minda kita ini amat terhad.  Kuasa kita juga terhad.

Selagi boleh belajar, belajarlah untuk menerima seadanya apa yang berlaku.

Jadikan pengajaran dan pedoman di masa hadapan.


Terima kasih sudi membaca entri ini Mengalah bukan kalah.

22 Julai 2016

Satu Pejabat Bau Sate

Satu Pejabat Bau Sate



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu Pejabat Bau Sate tetapi mana rupa sate tidak kelihatan.  Pagi tadi, semasa thumb-print perasan juga kat luar tu macam ada majlis.  Tapi YB tidak kisah sangat.  Nak cepat masuk ofis, sebab dah lambat.  Masuk saja ke pejabat am, hidung ini sudah menangkap bau semacam bau ayam percik pun ada juga.  Kawan-kawan dalam ofis masing-masing dengan urusan sendiri. Dibiarkan saja mereka dengan bau seakan ayam percik.

Masuk bilik sendiri, ingatkan kot adalah sepiring ayam percik kot. Siapalah yang rajin betul pagi-pagi lagi sudah menyiapkan ayam bbq.  Bisik dalam hati.  Tetapi, bila difikirkan dengan logik akal ada ke orang buat bbq pagi-pagi nie.  Mana ada! Petang atau malam adalah.  Hehehe... saja jer nak buat kempunan kat diri sendiri.



YB ni, gambar bbq atau sate pun tiada dalam koleksi.  Jadi YB letak gambar potong kek marble dan kek batik.  Kek di atas diterima ketika tiada di ofis juga.  Ada kawan-kawan buat perjumpaan dan potluck.  YB tak dapat join kerana ada mesyuarat penting.  Memang tiada kaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri ini.

Dipendekkan cerita hari ini, untuk menghilangkan bau sate yang semerbak mengharum dalam bilik maka terpaksalah YB buka tingkap.  Mungkin sampai petang juga lah... Tetapi tak mengapa bukan bau busuk pun cuma bau sate ini menambah lagi rasa lapar.

Korang pun suka juga makan sate kan?

Terima kasih sudi baca entri ini Satu pejabat bau sate.

Solat sunat malam hari

Solat sunat malam hari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Solat sunat malam hari, lazimnya menjadi impian setiap orang.  Kita yang lemah ini sering juga tertewas kepada janji diri sendiri untuk bangun solat malam.



Satu rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada malam hari lebih baik daripada sepuluh rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada siang hari.  (Amru bin al-Ash)

Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk bangun solat malam dan terus istiqamah dengan solat malam.


Terima kasih sudi baca entri ini Solat sunat malam hari