Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pejabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pejabat. Papar semua catatan

22 Julai 2016

Satu Pejabat Bau Sate

Satu Pejabat Bau Sate



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu Pejabat Bau Sate tetapi mana rupa sate tidak kelihatan.  Pagi tadi, semasa thumb-print perasan juga kat luar tu macam ada majlis.  Tapi YB tidak kisah sangat.  Nak cepat masuk ofis, sebab dah lambat.  Masuk saja ke pejabat am, hidung ini sudah menangkap bau semacam bau ayam percik pun ada juga.  Kawan-kawan dalam ofis masing-masing dengan urusan sendiri. Dibiarkan saja mereka dengan bau seakan ayam percik.

Masuk bilik sendiri, ingatkan kot adalah sepiring ayam percik kot. Siapalah yang rajin betul pagi-pagi lagi sudah menyiapkan ayam bbq.  Bisik dalam hati.  Tetapi, bila difikirkan dengan logik akal ada ke orang buat bbq pagi-pagi nie.  Mana ada! Petang atau malam adalah.  Hehehe... saja jer nak buat kempunan kat diri sendiri.



YB ni, gambar bbq atau sate pun tiada dalam koleksi.  Jadi YB letak gambar potong kek marble dan kek batik.  Kek di atas diterima ketika tiada di ofis juga.  Ada kawan-kawan buat perjumpaan dan potluck.  YB tak dapat join kerana ada mesyuarat penting.  Memang tiada kaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri ini.

Dipendekkan cerita hari ini, untuk menghilangkan bau sate yang semerbak mengharum dalam bilik maka terpaksalah YB buka tingkap.  Mungkin sampai petang juga lah... Tetapi tak mengapa bukan bau busuk pun cuma bau sate ini menambah lagi rasa lapar.

Korang pun suka juga makan sate kan?

Terima kasih sudi baca entri ini Satu pejabat bau sate.

16 April 2013

Terlepas bukan kerana melepaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


corak dan motif hiasan | rona merah jambu bersempena hari Selasa

Terlepas bukan kerana melepaskan.  Tajuk entri kali ini agak klise sikit.  Ia adalah sebenarnya berkaitan dengan entri yang dikeluarkan pagi tadi dan juga malam tadi.


sumber gambar dari rakan FB
Iaitu berkaitan Wacana Kepimpinan Isu Semasa:  Sebelum Senja Berlabuh.  Wacana berkenaan dapat diikuti secara langsung pagi tadi.  Atas sebab-sebab tertentu aye tidak dapat ikuti wacana itu.  Sungguh rasa kerugian kerana terlepas sebuah program ilmu yang sudah pastinya banyak manfaat.

Bukan dengan sengaja melepaskan peluang keemasan itu, sebaliknya kerana ada aral melintang yang sukar dinafikan.  Datangnya dengan tiba-tiba tanpa disangka-sangka.

kitar semula gambar sedia ada... chak!!!
Inas Insyirah dengan tidak semena-mena dari awal pagi tadi muntah-muntah.  Pagi tadi bawa ke Poliklinik Dr Azhar, doktor mengkhabarkan ianya berkaitan dengan pemakanan dan bukan kerana jangkitan virus memandangkan badannya tidak panas.  Dibekalkan ubat untuk menahan muntah dan juga ubat cirit-birit.  Entahlah, apa yang dimakan kurang pasti dan tidak dapat dikenalpasti lagi.


bukan gambar terkini
Selain dari Inas, Muhammad Abid pula telah diberikan suntikan imunisasi semalam (15/4/2013) sempena umurnya 6 bulan.  Pihak KKIA tidak bekalkan ubat demam tidak seperti Klinik Desa dulu-dulu.  Mungkin juga kerana polisi telah berubah... mana lah tahu.  Hari ini badan Abid terasa panas sikit sepertinya mahu demam... bergegas pula ke Klinik Zakaria  dapatkan ubat demam untuk Abid.



Dan, tengahari pula sekembalinya Muhammad Alif dari SKSI dikhabarkan demam juga.  Badannya memang panas lalu diberikan ubat sirup panadol untuk kanak-kanak.  Punca Alif demam lagi lah ummi tak dapat nak kenalpasti memandangkan semalam Alif sihat jer.

Satu-satunya berita gembira untuk hari ini dibawa oleh Irdina Huda.  Dapat nombor satu dalam Ujian Pengesanan yang dibuat oleh PASTI.  Tahniah sayang... Tanya mana surat, katanya Ustazah simpan.  Okey.


Bukan sahaja Wacana - Sebelum Senja Berlabuh yang terlepas tetapi ada beberapa tugasan penting lain yang tertinggal untuk hari ini dan esok dan esok-esok lagi.  Terima kasih tidak terhingga kepada Seri dan juga Maiza dan juga sahabat lainnya yang sudi membantu dari jauh, hanya telefon pengganti diri dalam komunikasi untuk laksanakan tugas pada hari ini.

Mudah-mudahan kesihatan anak-anak tidak menjejaskan tugas ummi di pejabat.  Semoga permata hati ummi segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.


(^-^)

11 Julai 2011

Babak: AKTIVITI KU DI PEJABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hah!... tersentap jap.  Sabtu semalam dah la separuh demam buat pasal dengan Mak Dara dengan segmen aktiviti di rumah.  Penat beraktiviti dengan anak2 kat rumah tak habis lagi. Tiba-tiba ada aktiviti baru pulak di pejabat.  Huhuhu...

Okey, oleh kerana hari ini Isnin aye tak ada di pejabat out-station ke InED Shah Alam. Ada urusan modul untuk student ePJJ.  Kesian depa dah masuk bulan ke dua, kelas berjalan tanpa modul.  Tapi yang penting semangat mesti kuat dan teruskan pembelajaran. Syabas!

Sementara itu, layanlah dulu antara aktiviti aye dalam perjalanan ke InED Shah Alam...hehehe


Agak-agak lah sesuai tak gambar kat atas tu menggambarkan aktiviti aye di pejabat untuk hari ni...



Sekian adanya.

p/s:  entry ni auto publish... buat siap-siap.. sebelum pergi ke Shah Alam.  Of course lah gambar tu yang real punya, aye tangkap tak berapa lama dulu dalam perjalanan ke Shah Alam juga. :-)
Kalau ada apa yang tak kena balik nanti aye betulkan yerk...

Update:
Dah tukar tajuk... gara-gara auto publish, pandai-pandai jer buat tajuk sendiri... heheh

Carian