Pageviews

31 Mei 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM, segmen ringkas anjuran rakan blogger Shida Radzuan melalui blognya Duniashida.com.  Menariknya mengenai segmen ini adalah "siapa yang join dapat hadiah".  So, korang semua ambillah kesempatan ini dengan menyertai segmen ini dan korang akan dapat hadiah.  Seperti akak YB buat nie, tetapi korang janganlah salin ayat yang ahkak buat nie.  Ikut kreativiti korang lah kan.

Dan entri ini adalah entri penyertaan blog YangBaik untuk segmen Kad Raya 2016 Duniashida.com.


SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM


Untuk menyertai segmen ini, antara lain syarat yang mesti diikuti adalah dengan menyatakan pendapat penulis (peserta) mengenai blog penganjur iaitu Duniashida.com.

Dan, pendapat YB mengenai blog Duniashida ada lah sedikit berbeza dengan korang semua. Hahaha... Blog shida berwarna biru dan 'sweet' sangat.  Susun atur blog nampaknya okey dan lebih kemas dari blog YB ... kot.  Apa pun semua itu ikut cita rasa pemilik blog.  Asalkan tidak semak sangat dengan iklan atau hiasan yang berlebihan.  

Di atas adalah pendapat YB mengenai blog shida.  so, korang kalau nak join sama cepat-cepat klik banner di atas.  Sekarang tau!

Segmen berlangsung sehari saja, bermula hari ini 31/5/2016 (10:00 pagi) dan tamat pada 1/6/2016 (9:59 pagi).


Terima kasih atas sokongan korang semua untuk entri SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM.


Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lewat sedikit update blog hari ini, kerana memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih mendesak. Hanya sedikit perkongsian untuk hari ini iaitu apa yang bakal terjadi bila Iman kita berkurangan. Pastinya kita tidak mahukan sesuatu yang buruk menimpa nasib diri kita dan keluarga kita.  Justeru Iman itu harus sentiasa dipelihara agar sentiasa bertambah.

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang.  Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah.  Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.('Umair bin Khumasyah)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri  Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan.

30 Mei 2016

CPUV Beratur di Blog YangBaik

CPUV Beratur di Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Beratur di Blog YangBaik walaupun blog jarang update.  Inilah dinamakan rezeki online. Agak lama juga YB tidak update status CPUV Nuffnang di blog ini.  Macam malas jer nak update, tetapi harus juga update sebagai penghargaan kepada Nuffnang dan rakan pintarnya dalam kesudian beriklan di blog YangBaik.  Ketandusan idea pun ada juga, mana tidaknya iklan CPUV selalu juga melekat di blog YB tetapi hasilnya sedikit sangat.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja iklan CPUV yang melekat, ada yang beriklan untuk tempoh yang lama dan ada juga beriklan sekejap saja. Itu semua bergantung kepada tempoh yang telah ditentukan oleh mereka (Nuffnang dan syarikat).


Nak update pun segan.  Sekarang!!! sudah terang lagi bersuluh, YB sendiri yang mengaku ... hehehe


CPUV pada 30 Mei 2016


Pada penghujung bulan Mei, walaupun masih tinggal sehari lagi masih ada 6 iklan CPUV yang masih aktif seperti di atas.  Agaknya untuk esok ada tak CPUV yang akan singgah lagi.  Antara iklan di atas ada yang pernah dilihat ada juga yang tak sempat tengok lagi macam mana rupa iklannya.  Seperti yang pernah diperkatakan oleh otai-otai blogger dalam Nuffnang, kebanyakan iklan menari pada lewat malam dan pada masa-masa tertentu yang tidak ketahui.

Jumlah pendapatan bersama Nuffnang buat masa ini belum lagi mencukupi untuk dikeluarkan. Nak tunggu sampai 4 angka adalah amat mustahil.  Dapat 3 angka pun sudah memadai.... walaupun jenuh jugalah merangkak nieh.

Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgah baca entri CPUV Beratur di Blog YangBaik.




Manfaatkan Kesibukan

Manfaatkan Kesibukan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manfaatkan kesibukan agar kesibukan itu tidak menjadikan kita lalai dari mengingati Allah. Sentiasa ingat kepada Allah walau dalam apa juga keadaan.  Manfaatkan kesibukan dengan perkara yang berfaedah dan boleh memberi kebaikan kepada kita seperti berzikir dan bertasbih kepadanya.

Sibuk sangatkah YB hingga blog pun tidak sempat nak update.  Bukan sibuk sangat pun tetapi lebih kepada mood update blog yang tidak bermaya.  Sibuk itu boleh diatasi sekiranya kita bijak agihkan masa.  Pengurusan masa dan tugas itu penting bagi memastikan kesibukan itu tidak menganggu kita dalam menjalani kehidupan harian disamping mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.


Gambar hiasan


Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.
(Al-Hasan)


Terima kasih kerana sudi baca entri ini, Manfaatkan Kesibukan.





24 Mei 2016

Seperti Pohon Kurma

Seperti Pohon Kurma 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar hiasan.  sumber


Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, menyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula.
(Ibnu 'Amr)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ringkas Seperti Pohon Kurma.

23 Mei 2016

Sepi Itu Anugerah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sepi itu anugerah


Aku yang sepi
aku yang sengaja begini
Sesekali selesa sendiri
menyepikan diri

Aku kini begini
biarkan aku seketika
mengukur khilaf
dalam diri sendiri

Aku yang menyepi
Aku yang berlari
Mencari erti diri
Mengenal mehnah diri
Mengusir resah layar lara
Memupuk kembali jati diri
Menjadi insani sejati
Menuju hidup penuh maknawi
Biar mati kelak meninggalkan yang baik untuk dikenang
Agar berkat sepanjang zaman seluruh pusaka

sepi itu indah
sepi itu anugerah
sepi itu rindu
sepi itu salam



nukilan: Yangbaik | 21 Mei 2016, 10:35 mlm

posted from Bloggeroid

Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


*STICKY POST*



Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.



SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.


Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah : 

Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy




Testimoni daripada pelanggan kami : 





Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :



1. Like facebook penaja.

SassyRose

Nalmr Blog



2. Follow instagram penaja.

SassyRose

Nalmr Blog



3. Follow Blog penaja

Nalmr Blog



4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'



5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.



6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +.

7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini. 


Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.




SENARAI HADIAH PEMENANG



Produk dari SassyRose x Tempat Pertama


Produk dari SassyRose x Tempat Kedua

Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga



Pemenang dipilih secara random


Semoga berjaya semua.. Terima kasih


p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.



Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Kerana suaranya lebih tinggi dari suara ibu

Kerana suaranya lebih tinggi dari suara ibu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.
()


Sekian.  Terima kasih sudi singgah baca entri Kerana suaranya lebih tinggi dari suara ibu