Pageviews

11 Februari 2016

Segmen Ucing Nak Url 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Ucing Nak Url 3


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html


Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,

Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.

Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!


Terima kasih sudi singgah dan komen entri Segmen Ucing Nak Url 3

10 Februari 2016

Alexa Traffic Rank Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Rank Blog YangBaik


Terlewat lagi YangBaik keluarkan entri Alexa Traffic Rank.  Nampaknya janji telah 'dicapati'.  Tak mampu nak ikut seperti yang telah dijanjikan.  Janji dulu nak keluarkan entri trafik rank setiap minggu tetapi hampeh... Walau apapun nampaknya ada penambahbaikan dalam kedudukan rank dan juga terdapat perubahan link.  

Alexa Traffic Rank 10 Februari 2016

Global Rank: 21,565,836
Link in: 205
Sumber

Maklumat rank terdahulu di SINI


Terima kasih sudi baca dan komen entri Alexa Traffic Rank Blog YangBaik

Segmen Blogwalking Seronoknyermelukis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Blogwalking Seronoknyermelukis


Seronoknya ada segmen.  Lagi menarik segmen dari seorang rakan blogger yang baru dalam dunia blogging.  Dapat tambah kenalan dari kalangan blogger baru.  Blogger baru biasanya semangat bloggingnya tinggi tambah pula bila ada blogger lama yang join... huhuhu terharunya.

Kan... begitu sekali intro untuk entri segmen ini.  Segmen pertama yang dianjurkan oleh rakan blogger seronoknyamelukis ini dianjurkan bagi merealisasikan azam blog pada tahun ini iaitu untuk meramaikan pengikut.

Jom kita tengok apa yang seronoknya join segmen ini...


 segmen
Segmen Blogwalking Seronoknyemelukis

Pertama sekali klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan.  Tak banyak sikit sahaja syaratnya. 

Segmen ini dijangka berakhir pada 28 Februari 2016.  

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.


Terima kasih kerana sudi singgah dan komen entri Segmen Blogwalking Seronoknyermelukis


Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




(klik banner kalau nak join)



Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.



!!TARIKH PENTING!!

Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam

Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam

Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian


Terima kasih sudi singgah baca dan komen entri Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent




OST Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


OST Cinta Si Wedding Planner


Baru semalam berkesempatan melihat drama Melayu Cinta Si Wedding Planner.  Sungguhlah YangBaik telah banyak ketinggalan mengikuti drama Melayu semenjak kebelakangan ini.  Manakan tidaknya asyik melayan kerenah anak-anak dengan cerita kartun.  Lagi pula drama ni disiarkan ketika waktu yang agak sibuk dengan urusan rumah tangga.  Sejurus saja pulang ke rumah, tempat wajib dituju adalah dapur dan urusan seterusnya.  

Menarik juga drama Cinta Si Wedding Planner, walaupun tidak ikut dari mula tetapi perjalanan ceritanya seperti dapat dibaca dari awal dan dapat ditelah apa yang bakal berlaku.  Drama Melayu kan... lagi pun kita ni memang suka sangat serkap jarang nie. :P

Oleh kerana sekarang sedang trending dengan Cinta Si Wedding Planner, maka YangBaik nak juga kongsi di sini lirik lagu OST Cinta Si Wedding Planner, Kekal Bahagia.

OST Cinta Si Wedding Planner | Kekal Bahagia
OST Cinta Si Wedding Planner | Kekal Bahagia


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku (2x)
Kekal bahagia selamanya (2x)

Bahagia…. 


Lagu: Kekal Bahagia
Artis: Ippo Hafiz 
sumber: LirikLagu.com


Terima kasih di atas kesudian singgah menghayati lirik lagu OST Cinta Si Wedding Planner

07 Februari 2016

Perlakuan Kita Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perlakuan Kita Memberi Manfaat Kepada Orang Lain


Apa yang kita buat itulah yang dilihat orang.

Apa yang kita sebut ada ketikanya tidak diingat orang, kerana mata yang melihat itu lebih dekat dengan akal yang berfikir.  Sedangkan bila kita mendengar kita jarang dapat memahami apa yang yang dikatakan melainkan setelah kita melihat perbuatannya.

3 macam perlakuan
3 macam perlakuan

Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu; Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya, jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.  (Yahya bin Mu'adz)

Semoga kita sentiasa menjadi contoh dan ikutan yang baik.


Terima kasih atas kesudian meluangkan masa di sini.

06 Februari 2016

Antara punca dosa manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara punca dosa manusia


Banyak punca yang boleh menjadikan kita ini manusia yang berdosa.  Bukan kerana manusia lain tetapi kerana diri kita sendiri.  Nauzubillah.  Semoga kita dijauhkan dari kesilapan yang boleh dielakkan.

Dosa Lidah
Dosa Lidah

Kebanyak dosa manusia muncul dari lidahnya.  (HR Tabarani)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan peringatan buat diri sendiri.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen untuk entri Antara punca dosa manusia.


05 Februari 2016

#1 SEGMEN FROM ME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



#1 SEGMEN FROM ME


Sudah beberapa hari tidak join segmen dan giveaway. Ada juga entri segmen yang tersimpan dalam draf terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh. Aduh sayangnya. Jadi, bagi tidak menghampakan peluang yang ada dengan ini sepantasnya YangBaik terus saja buat entri penyertaan untuk #1 SEGMEN FROM ME yang dianjurkan oleh rakan blogger yang dikenali dengan nama SARAH.  

Hai Sarah, awak apa khabar?

Jom kita tengpk banner segmen Farah ... cantikk

#1 Segmen From Me

Teruja kan nampak blink-blink yang terletak cantik pada banner tu.  Jom klik banner di atas untuk turut serta merasai keterujaan join segmen ini.

Yeee haa...

Segmen dijangka tamat 15 Februari 2015.  

Selamat bersegmen kepada semua.  Cepat-cepat klik banner di atas dan dapatkan maklumat lanjut mengenai segmen ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua.  Jom sertai #1 SEGMEN FROM ME.

Majlis Ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Majlis Ilmu


Wahai para pembawa ilmu, amalkanlah ilmu kalian miliki! 
Karena yang disebut alim adalah orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui dan ilmunya sesuai dengan amalnya.
Akan ada suatu kaum yang membawa ilmu tidak melebihi kerongkongan mereka.  Ilmu mereka bertentangan dengan amal mereka.  Batin mereka bertentangan dengan lahir mereka. Mereka duduk dalam halaqah (majelis ilmu) untuk saling berdebat antara satu dengan yang lain. Sehingga ada seseorang yang marah kepada rekannya, lalu berpindah ke yang lain dan meninggalkan rekannya. Amalan mereka dalam majelis itu tidak akan bisa naik kepada Allah Ta'ala.  
(Ali bin Abi Thalib)

Pembawa Ilmu

Pembawa Ilmu


Kita, sebagai pembawa ilmu jadilah pembawa ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa melawat Majlis Ilmu.


04 Februari 2016

Menang Segmen Blogwalking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menang Segmen Blogwalking


Segmen pun ada pemenang ker.  Blogwalking jer.  Tak kisahlah janji YangBaik dah update cerita mengenai blog YangBaik telah tersenarai sebagai antara pemenang dalam segmen blogwalking yang telah dianjurkan oleh Aku Bukan Innocent.  Memang YangBaik tidak bersalah kerana telah kemenangan ini telah diwar-warkan oleh penganjurnya.

Menang Segmen Blogwalking

Ketika entri ini dikeluarkan, tak dapat nak masukkan gambar kemenangan yang telah dirakam.

Update

Maaf sebab terlewat buat entri penghargaan.  Ketika entri pemakluman dikeluarkan YangBaik sempat melihat tetapi tidak sempat nak menulis dan mengarang.  Simpan dulu dalam draf.  

Entri penyertaan boleh rujuk di SINI.

Manakala entri kemenangan boleh rujuk di entri penganjurnya, di SINI.

Terima kasih atas kesudian menjejaki entri Menang Segmen Blogwalking.