Pengikut Setia

10 Februari 2016

OST Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


OST Cinta Si Wedding Planner


Baru semalam berkesempatan melihat drama Melayu Cinta Si Wedding Planner.  Sungguhlah YangBaik telah banyak ketinggalan mengikuti drama Melayu semenjak kebelakangan ini.  Manakan tidaknya asyik melayan kerenah anak-anak dengan cerita kartun.  Lagi pula drama ni disiarkan ketika waktu yang agak sibuk dengan urusan rumah tangga.  Sejurus saja pulang ke rumah, tempat wajib dituju adalah dapur dan urusan seterusnya.  

Menarik juga drama Cinta Si Wedding Planner, walaupun tidak ikut dari mula tetapi perjalanan ceritanya seperti dapat dibaca dari awal dan dapat ditelah apa yang bakal berlaku.  Drama Melayu kan... lagi pun kita ni memang suka sangat serkap jarang nie. :P

Oleh kerana sekarang sedang trending dengan Cinta Si Wedding Planner, maka YangBaik nak juga kongsi di sini lirik lagu OST Cinta Si Wedding Planner, Kekal Bahagia.

OST Cinta Si Wedding Planner | Kekal Bahagia
OST Cinta Si Wedding Planner | Kekal Bahagia


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku (2x)
Kekal bahagia selamanya (2x)

Bahagia…. 


Lagu: Kekal Bahagia
Artis: Ippo Hafiz 
sumber: LirikLagu.com


Terima kasih di atas kesudian singgah menghayati lirik lagu OST Cinta Si Wedding Planner

2 ulasan:

  1. Akak ikuti citer tu, mula2 aritu tengok kat internet je, time cuti thaipusam, pulun 15 episod sbb dah janji 2016 x mo tengok citer pkl 7,.. nak fokus pd buku anak.. tp imanku lemah, cswp buat mama duduk dpan tv juga...
    Do follow blog nie..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian