Pageviews

18 Januari 2016

Page View Blog YangBaik Mencecah 10 Ribu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Page View Blog YangBaik Mencecah 10 Ribu


10 ribu.  Bukanlah satu angka yang mudah untuk dicapai oleh blog picisan seperti YangBaik. Beberapa bulan lepas, page view blog YangBaik pernah mencecah sehingga 11 Ribu.  Oleh kerana blog kurang diupdate maka nilai itu semakin menyusut.  Hari ini, setelah hampir seminggu bertungkus lumus mengemaskini kini blog dengan entri tersendiri, maka pageview melepasi angka 10 ribu sekali lagi datang menjelma.

Bagi sebahagian besar blog yang terkemuka dan ternama, angka 10 ribu mungkin dilihat kecil kerana blog mereka boleh mencecah lebih dari angka itu.  Semuanya kerana SEO blog serta isi dan maklumat yang disampaikan oleh blog mereka menarik minat ramai pengunjung dan pembaca. Sudah pasti mereka blog otai ini ada pengikutnya yang tersendiri.

Pageview pada 18 Januari 2016
Pageview pada 18 Januari 2016

Angka 10 ribu amat bermakna.  Biarpun angka itu sering berubah naik dan turun, tetapi semangat untuk berblogging tidak pudar walaupun terpaksa menyepi seketika.

Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menyepikan diri.  Perlu kerja keras untuk mengisi kekosongan 2 kerja dalam satu masa. Hihihi.

Selamat berblogging.

Terima kasih.

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

15 Januari 2016

Tazkirah Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tazkirah Petang Jumaat |  Waktu Mustajab di Hari Jumaat


Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu watku, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan.  Carilah waktu itu di waktu setelah Ashar.  
(Hadis Riwayat Abu Daud)



Marilah kita bersama-sama mencari waktu mustajab itu.  Semoga kita tidak dilalaikan.


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam


Tajuk memang mengancam.  Kenapa mengancam?  Sebab sekarang nie anak-anak dah suka sangat dengan sambal tumis telur.  Bila mereka dah suka, maka akan menjadi ancaman kepada emaknya yang kadang-kadang mood memasaknya kedaung.

Sambal tumis telur ni sebenarnya memang menjadi kesukaan YangBaik juga.  Selain dari sedap penyediaannya juga mudah.

Dengan itu, izinkan YangBaik kongsikan sedikit resepi sambal tumis telur versi YangBaik.

Sambal Tumis Telur

Bahan utama yang diperlukan adalah telur ayam direbus sehingga masak.  Berapa banyak bilangannya terpulang kepada bilangan orang yang akan makan.  YangBaik hanya rebus mengikut bilangan ahli keluarga semasa sahaja (5 orang)

Bahan lain:
1.  20 tangkai cili kering
2.  5 ulas bawang merah
3.  sedikit belacan atau boleh digantikan dengan udang kering
4.  sedikit garam
5.  sedikit gula
*  semua bahan 1-5 dikisar bersama sehingga halus.  Jika hendak lebih mudah beli saja cili boh, bahan-bahan yang lain terpulang kepada kehendak dan keperluan.
6.  asam keping atau air asam jawa
7.  Air

Kaedah:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
3.  Masukkan asam keping atau air asam jawa.  Jika tiada boleh digantikan dengan sos tomato atau sos cili (banyak pula pilihannya :P)
4.  Setelah mendidih, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit.  Kacau seketika sehingga rata dan boleh angkat serta hidangkan.

Sambal tumis kini menjadi pilihan anak-anak kerana hanya ini yang mudah dibuat.  Selain dari itu mereka juga mungkin sudah jemu dengan lauk ayam goreng.

Selamat mencuba kepada semua.


14 Januari 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH


Sekali lagi kita join giveaway dua dalam satu (2in1).  Kenapa?  Sebab giveaway ini dianjurkan oleh Izyan bersempena tahun baru 2016 serta hari lahirnya.  Hari lahir yang keberapa?  Nak tahu kenalah check sendiri kat blog Izyan.  Paling mudah korang join giveaway ini. 

Sebelum tu YangBaik nak kongsikan bait2  lagu ini kepada Izyan.

Happy birthday to you
Makan ubi kayu
Minum susu lembu
Lembu cakap 'Thank you'

Okey tak... jangan marah yer... akak tak reti nak jual :D

Ucapan yang sebenarnya adalah begini
"Izyan Athirah, Sanah helwah.  Semoga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari segala ceruk dan peluang, dikurniakan kehidupan yang aman sejahtera disamping keluarga tersayang dunia dan ukhrawi"

Sebelum lebih banyak ucapan yang akan menjadi lebih panjang entri ni, apa kata kita tengok dulu apa yang menarik dengan New Year Giveaway 2016 by Izyan Athirah.

Assalamualaikum



Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016



NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)




PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Okey, dapat tak?

Apa lagi ... klik le banner di atas tu, kita meriahkan sambutan tahun baru dan hari lahir Izyan, :D

Terima kasih.

13 Januari 2016

Wordless Wednesday #32016 | CPUV ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #32016 |  CPUV ke-5


CPUV 5/2016:  Body Perfect Starter Pack


Terima kasih  Nuffnang!

Wordless Wednesday #22016 | Pameran Seni Orbit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #22016 | Pameran Seni Orbit



Pameran Seni Orbit
posted from Bloggeroid

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN


Tahun baru 2016 baru saja diraikan.  Rasanya catatan dan rekod azam 2016 belum lagi tertulis. Kepada yang masih lagi mencari semangat untuk memulakan azam baru, pastikan azam yang hendak dicapai itu jelas dan mampu dicapai.  Contohnya tahun 2016 saya hendak menulis dalam blog sebanyak empat entri sehari.  Itu contoh sahaja.  Kalau nak tiru pun tiadalah salahnya.

Okey untuk entri kali ini YangBaik secara rasminya menjadi peserta untuk New year Giveaway By Dyllarezan.

Untuk melihat syarat menyertai giveaway ini, apa kata klik pada banner comel di bawah ini.

New Year Giveaway by Dyllarezan

Dylla mencari seramai 5 orang blogger yang akan dipilih secara cabutan bertuah, untuk diberikan hadiah MISTERI.

Macam suspen saja kan. 

Jangan lupa klik banner di atas.  Giveaway ini dijangka akan tutup pada 16 Januari 2016.

Tunggu apa lagi?  Jom kita sama sama meriahkan segmen ini.

Terima kasih.


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent


Hari ini adalah hari Rabu yang biasanya dikenali sebagai Wordless Wednesday di kalangan blogger. Satu hari yang sangat-sangat dinantikan oleh blogger picisan seperti YangBaik.  Kenapa?  Kerana pada hari ini tidak perlu banyak bicara.

Tetapi disebabkan entri giveaway ini, YB nak menulis juga.  Dan adalah diingatkan tulisan untuk peranggan atas ini bukanlah keperluan atau syarat utama untuk Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent.

Untuk melihat persyaratan giveaway, mari kita lihat petikan berikutnya.

Silakan!


بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



(klik banner kalau nak join sekali)


Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.


Tarikh Tamat : 15 Januari 2016


Wordless Wednesday #12016 | Berdoalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #12016 |  Berdoalah


Berdoalah
Berdoalah