Pageviews

01 Januari 2016

Sensasi Awal Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sensasi awal tahun 2016

Setiap yang berlaku semua orang tahu ada hikmahnya, hanya kita saja yang tidak sedar atau buat-buat tidak tahu. Kadang-kadang kita terlupa dan alpa untuk memikirkan kesan dan akibat. Atau kita semakin lelah memikirkannya.

Hujung tahun 2015 kita dikejutkan dengan isu yang agak menggerunkan antaranya kes pembunuhan dan penculikan. Maaf penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu berkenaan. Biarpun terasa sesak nafas memikirkannya tetapi isu ini pastinya menyedarkan kita atau memberi kita sedikit pengetahuan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.



Entri untuk hari pertama tahun 2016 asalnya hendak diterbitkan lebih awal lagi, atas kekangan masa dan situasi serta memberi peluang kepada masa untuk keluarga maka sudah lewat malam baru dapat dikeluarkan.

Maka tidak hairanlah, entri ini kurang isi atau seperti tergantung. Kerana penulis ini sebenarnya telah kesuntukan masa dan juga kekeringan ilham.

Semoga kehadiran tahun 2016 ini membawa rahmat dan keberkatan. Setiap kebaikan itu tidak semestinya hadir pada masa yang tertentu tetapi boleh hadir pada setiap masa yang kita mahu. In shaa Allah.

Sekian.

posted from Bloggeroid

31 Disember 2015

Entri hujung tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Entri hujung tahun

Seperti lain-lain blogger, entri sebegini sering dinantikan. Bagi YB, jarang sangat dapat buat entri ikut tema apatah lagi dijadikan viral. Namun penulisan itu sendiri merupakan satu kepuasan. Entri tanpa SEO atau tanpa viral, kerana hendak menempatkan SEO dalam entri sehingga menjadi viral bukanlah sesuatu yang mudah.

Sudah beberapa tahun blog ini bertapak di alam maya ini tetapi masih lagi tidak mendapat tempat dalam rangking blog terbaik. Manakan tidak mood menulis tidak menentu. Sekejap panas, sekejap lagi sejuk membeku. Ada masanya ketika sedang bersemangat menulis serangan lain pula datang bertubi-tubi sehinggakan hilang semua semangat.



Adalah menjadi hasrat semua blogger, idea menulis itu tidak lenyap atau lupus.

Mungkin juga sebilangan dari kita yang dahulunya pernah aktif dalam dunia blogging, berada di kemuncak kegemilangan, dikenali ramai dan mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri. Atas sebab-sebab tersendiri hanya blogger itu sendiri yang tahu, blog yang popular itu kini senyap dan sunyi.

Ke mana hilangnya mereka? Pastinya ada di antara blogger yang pernah kita kenal dulu kini menyepi, antaranya Madam Mondoq.

Apapun yang berlaku di alam ini, semoga blogger yang kekal ini terus menghasilkan karya dan penulisan yang bermanfaat buat manusia sejagat.

Selamat tinggal 2015, semoga kenangan lalu dapat dijadikan sempadan untuk kelangsungan perjalanan yang mendatang.

Sekian o (∩ ω ∩) o.

posted from Bloggeroid

Giveaway Hujung Tahun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Hujung Tahun 2015


Tahun 2015 sudah pun tiba di penghujungnya.  Tiba-tiba pula YangBaik semakin bersemangat menulis semula di blog.  Tahun 2015 bukanlah tahun yang sukar tetapi banyak sangat isu makan hati dan makan perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Semoga tahun 2015 yang bakal berakhir turut melonjakkan potensi diri untuk lebih maju dan berjaya pada tahun 2016.

Untuk itu juga mari kita lihat apa yang disediakan oleh Cik Yanie iaitu penganjur Giveaway Hujung Tahun 2015. 

Giveaway Hujung Tahun 2015

Giveaway Hujung Tahun 2015

Klik banner di atas untuk mendapatkan lebih keterangan.

Giveaway ini agak meriah juga kerana ditaja oleh dua pihak.  Nak tahu juga siapa penaja?  Maaf lah YB pun tak tahu.  Nak tahu juga, klik banner di atas dan carilah di sana. :D

Jom kita meriahkan giveaway hujung tahun 2015.  Giveaway ini dijangka berakhir pada 22 Januari 2016.

Selamat maju jaya buat semua.