Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sensasi awal tahun 2016
Setiap yang berlaku semua orang tahu ada hikmahnya, hanya kita saja yang tidak sedar atau buat-buat tidak tahu. Kadang-kadang kita terlupa dan alpa untuk memikirkan kesan dan akibat. Atau kita semakin lelah memikirkannya.
Hujung tahun 2015 kita dikejutkan dengan isu yang agak menggerunkan antaranya kes pembunuhan dan penculikan. Maaf penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu berkenaan. Biarpun terasa sesak nafas memikirkannya tetapi isu ini pastinya menyedarkan kita atau memberi kita sedikit pengetahuan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.
Entri untuk hari pertama tahun 2016 asalnya hendak diterbitkan lebih awal lagi, atas kekangan masa dan situasi serta memberi peluang kepada masa untuk keluarga maka sudah lewat malam baru dapat dikeluarkan.
Maka tidak hairanlah, entri ini kurang isi atau seperti tergantung. Kerana penulis ini sebenarnya telah kesuntukan masa dan juga kekeringan ilham.
Semoga kehadiran tahun 2016 ini membawa rahmat dan keberkatan. Setiap kebaikan itu tidak semestinya hadir pada masa yang tertentu tetapi boleh hadir pada setiap masa yang kita mahu. In shaa Allah.
Sekian.

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.