Pageviews

31 Disember 2015

Mencari pintu kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari pintu kebaikan


Entri ini bukan lah terakhir untuk tahun 2015 dan bukan juga yang terakhir untuk hari ini.

Semoga YB dikurniakan kekuatan dan semangat yang cekal untuk terus bergelumang dalam dunia blogging.  Nak kata merajuk tu bukanlah tetapi semangat dah lemau bercampur baur.  Agak-nya banyak sangat kelodak kot.



Sementara itu mari kita terus mencari kebaikan dan bersegera lakukan kebaikan.

Semoga dengan kebaikan yang kita lakukan itu dapat menutup cacat cela keburukan yang telah dilakukan tanpa sengaja.  YB pasti kita bukanlah sengaja melakukan keburukan kerana tiada siapa yang mahu dilihat buruk.  Tetapi keburukan itu kita lakukakan tanpa kita sedari selagi tiada siapa yang mahu menegur perbuatan kita.

Jika pintu kebaikan dibukakan untuk Anda, maka bergegaslah menuju ke sana. Karena Anda tidak tahu kapan pintu itu akan ditutup.  (Khalid bin Ma'dan)

Carilah kebaikan biarpun sekadar menyusun pinggan di kedai makan.

30 Disember 2015

Warkah Dari Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Warkah Dari Hati 


Entah dari mana nak mula warkah ini
Setelah sekian lama membisu
Gentar rasa memula bicara
Penghujung tahun bersama seribu rasa
Awal tahun yang entah ke mana
Mampukah fokus sepenuhnya

Nasihat Buat Hati



Warkah datangnya dari hati
Adakah perlu ditulis setiap hari atau pada masa yang dirasakan perlu
Warkah ini untuk tatapan pada masa depan





15 Disember 2015

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif


Sekali lagi menggagahkan diri menceriakan blog.  Kali ini YB join segmen bloglist pula.  Segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger Farahana Sharif.  Rakan blogger yang baru dikenali bersempena dengan segmen ini.

Bukan susah cari rakan blog baru.  Cari saja mana-mana segmen yang dianjurkan, kita join.  Dek kekangan masa maka nak join segmen pun tengok pada keadaan dan syarat.  Oleh kerana syarat segmen ini mudah sangat maka sempatlah YB buat entri.


Segmen Bloglist 2016  Farahana Sharif

Pandai-pandai jer letak caption kat banner tu.

YB sudahpun join segmen ini ... korang yang nak join jangan lupa syarat utama harus klik pada banner di atas dan ikuti langkah seterusnya.

Cepat-cepat yer.  Segmen ini akan berakhir pada 26 Disember 2015.

Jom kita raikan 2016 bersama rakan blogger.

Selamat bersegmen kepada semua.