Mencari pintu kebaikan
Entri ini bukan lah terakhir untuk tahun 2015 dan bukan juga yang terakhir untuk hari ini.
Semoga YB dikurniakan kekuatan dan semangat yang cekal untuk terus bergelumang dalam dunia blogging. Nak kata merajuk tu bukanlah tetapi semangat dah lemau bercampur baur. Agak-nya banyak sangat kelodak kot.
Sementara itu mari kita terus mencari kebaikan dan bersegera lakukan kebaikan.
Semoga dengan kebaikan yang kita lakukan itu dapat menutup cacat cela keburukan yang telah dilakukan tanpa sengaja. YB pasti kita bukanlah sengaja melakukan keburukan kerana tiada siapa yang mahu dilihat buruk. Tetapi keburukan itu kita lakukakan tanpa kita sedari selagi tiada siapa yang mahu menegur perbuatan kita.
Jika pintu kebaikan dibukakan untuk Anda, maka bergegaslah menuju ke sana. Karena Anda tidak tahu kapan pintu itu akan ditutup. (Khalid bin Ma'dan)
Carilah kebaikan biarpun sekadar menyusun pinggan di kedai makan.